Terfaktab™ @terfaktab
Terfaktab™ @terfaktab
Malaysia
Skuad Penulisan Terfaktab. Diuruskan oleh syarikat Terfaktab Media. Hal cinta dan relationship memang makanan kami. Belilah #kitabterfaktab #bajuterfaktab
Make a gift
Ask me a question
RSS Report answers
aku ada bf, aku tahu dia ada org lain, tapi aku thn, but then dia selalu ckp, dia nak kawin dgn aku. lately, hub kitorg hilang sparkle dia. apa aku nak buat?
mari saya frasakan semula soalan ini dalam bentuk yang lebih mudah.
1) boyfriend curang
2) hubungan sudah mula hambar.
kesimpulan: apa tunggu lagi? pintu di sana, tolak dia keluar.
10 people like this
kau rasse kn loser ke hah bile seseorg tu selau sorg2, mkn sorg2, kuar sorg2, tgok wyg pon sorg2. even die ade gf/bf diorg tak sllu jmpe sebb jauh. tpi die tk kish pon klu buat tu semue sorg2. sebb kawn2 die suck gile!
ini tanda-tanda anda seorang introvert, bukan seorang loser. http://www.ehow.com/info_8394352_signs-introverts.html
3 people like this
"kau ni cakap sweet sweet dgn aku ,bini kaulah,nk tunggu aku jd makmum kaula. ni aku nak tanya kau ni , kau suka aku ke tak ? sbbnya aku suka kau , aku pun x tau sbb ape aku suka kau . kalau kau tak suka aku, aku nak lupakan kau je . wakaka" ok x confess mcmni ?
sweet and direct. dah guna ke belum ayat ni? kalau tak gua nak guna. wakakaka
18 people like this
Dulu dia pernah cakap dia suka aku.Aku pun suka dia.Tp time tu dia ada gf.Skrg dah putus.Aku terdetik nak tanya."Bagi kau, aku ni siapa?"Dia jawab "Setakat ni kita kawan.Sebab aku belum sedia dan hati aku belum terbuka untuk mana2 perempuan lg" Dia xnak kat aku kan? Perlu ke aku jauhkan diri?
dia taknak, tapi mungkin tak nak sementara. nak jauhkan diri pun boleh juga, mungkin lepas dia dah bersedia nak terima perempuan, anda boleh masuk line balik. gitu.
1 person likes this
lelaki yg pentingkan kwn and suka lepak ni mmg perkara biasa ke?sbb dia duduk rumah pun tkda kerja.saya faham,sbbtu dia selalu keluar.tp saya sunyi lah jgk bila dia asyik ignore saya.bila saya slow talk dgn dia pasal ni,dia mcm tk faham.ego lah katakan.hish
well, dalam perhubungan kawan-kawan pun ada masalah begini juga. ada orang ada dua grup kawan, grup kawan exskulmate dgn grup kawan tempat sekerja. then orang tu lebih kerap lepak dengan grup kawan sekerja berbanding exskulmate eventhough boleh je dia lepak dengan dedua. Nak tahu kenapa? mungkin sebab lepak dgn rakan sekerja tu seronok, dan dengan exskulmate tu boring, asyik cerita benda yg sama je. ataupun exskulmate tu kuat gossip lepastu nak borak hobi pun tak boleh sebab they got nothing in common.
ha faham tak kaitannya di situ?
2 people like this
Seorg perempuan dh terlanjur dgn ex dia (ringan2). Skrg couple dgn lelaki lain. Kdg kdg bf ada ungkit yg dia dpt barang second hand. Sumpah saya sedih bila dia ungkit. Tp dia tetap terima saya seadanya & dia yg bg support utk saya bertudung & dia janji dia tkkan tgglkan saya. Blh percaya ke? :'(
jangan percaya janji manusia dia. biarpun dia boleh beli langit dan bumi belum tentu dia boleh tunaikan. Nak tahu siapa yg boleh tunaikan janji? Allah SWT. Janji dia bahawa wanita yang baik akan mendapat juga lelaki yg baik. Adik berubah dulu 100% ke arah kebaikan--bukan utk pakwe adik ni, tapi berubah untuk Allah, utk kemajuan diri sendiri. insyaallah kalau hati ikhlas memang akan ada orang yang terima adik seadanya. mungkin dia ni, mungkin jugak orang yang baru. siapa tahu?
5 people like this
aku yg tanya pasal bf perangai setan. dia cuba berubah, tp x boleh. skrg perangai lama dia dtg blk kecuali dia dh x main pelacur. sbb dh ada aku. dia serius dgn aku nk buat bini. cuma perangai lain yg jenis menggatal dgn pompuan apa semua tu takleh hilang. lepas kawen baru blh. camne tu?
iye ke lepas kahwin baru boleh hilang perangai menggatal tu? tak percaya lah. memang susah nak hilang. melainkan dia betul2 taubat nausha terus pakai kepiah lepak masjid bagai.
3 people like this
Aku suka seseorang ni, tapi aku dapat tau dia ada crush. Masa kawan dia twitjek dia, mention yang konon2 dia suka aku, kenapa dia tak delete aje eh tweet tu? Kenapa dia bior je orang RT and fav tweet tu? Dia tak kisah ke kalau crush dia baca? :(
mungkin dia ego dan segan nka delete. ala crush je pun. tanya dia apa perasaan dia pada anda. atau suruh kawan2 yg mentweet jeck tu tanya. "eh, aku acah2 kenen kan korang berdua, apasal engko tak marah? engko suka dia ehhh..."
2 people like this
" mencintai tak semestinya memilik " ape pendapat tentang ayat tu ? boleh diterima pakai ?
boleh. mencinta bermaksud kita beri dia bahagia--biarpun dia bahagia tak bersama dengan kita.
ambil contoh ginilah--kita ada makwe tapi mak kita 100% tak suka ke makwe tu. tapi kita kahwin juga dengan dia. apabila kahwin je mak kita buat tahi dengan dia--kalau datang rumah masam muka, marah-marah selalu cari kesalahan, pilih kasih kat cucu-cucu time raya, taknak tolong bila susah, etc etc--apakah kita bagi dia bahagia? Kita bagi dia merana adalah. kalau boleh diundurkan masa, nak je kita suruh dia kahwin dengan orang lain, di mana takdelah mak mentua kejam ala-ala nyonya mansor. biarpun bukan dengan kita, at least dia bahagia.
4 people like this
Kawan aku dah ada bf . Dalam masa yang sama ramai kengkawan lelaki dia call and mintak couple. dia pun layan je siap panggil kengkawan dia sayang, bie and etc. aku nak tegur dia tapi tak tahu macam mana.
duduk dengan dia dalam bilik ke mana ke, then tanya dia pasal ni. "kalau pakwe awak buat camni apa awak rasa?" "kalau awak tak suka ni terkena pada awak, janganlah awak buat ke orang lain juga..."
1 person likes this
bro, bg tips sikit utk pikat perempuan. budak ni kwn baik aku. tp dia dah ada bf. aku dah confess kat dia aritu and dia still kwn dgn aku. tp masalahnya dia ni ramai peminat. aku dah buat mcm2 utk dia dan harap dia nmpk. aku taknak kalah dgn org lain. aku still bleh tnggu kalau2 dia break dgn bf dia
provided that this advice im giving is for a person who is not trying to "sailang", i gotta say that you have to be a nice guy to her. nice, but not pushover. but keep your distance a bit--if you get too close she might friendzone you. just show your good side when you're at her distance, and you'll be fine. and when she is single, make your move! good luck bro!
8 people like this
aku senang suka orang, yg fortunately suka aku jugak. tapi, bila ada 1 benda yg aku tak suka dkt dia, terus aku akan rasa benci gila on everything yg dia buat, lalu aku blah. terus lost contact. apa masalah dgn aku ni, and ada tak cara yg boleh buat aku tak jadi gitu lagi.
awak ni perfectionist lah. dan juga sukar memaafkan orang. cuba kurangkan sikit perfectionist tu. cuba kalau orang lain buat awak macamtu, nak tak? contoh lecturer yang terus gugurkan awak dari course sebab hari pertama awak 5 minit lewat. atau parents yang tendang awak keluar rumah sebab awak terlupa cuci bekas berak kucing. logik tak pada awak? tak logik kan? jadi janganlah buat camtu kat orang...
5 people like this
cam mana nak buat bila bf kita asyik teringat kat ex dia.citer psal ex dia? kata takk boleh lupakan ex dia n dia kata nak jujur sebab tu dia citer.aku pernah kata nak tarik diri sbb takut dia still sygkan sgt kan ex dia.tapi dia pula yg sedih even dia relakan aku pergi.dia sayang kat aku ke tak?
dia tak boleh nak move on ke ex dia. cerita pasal ex sekali sekala boleh lah, tapi kalau setiap minit dia cerita, setiap kali dating dia mesti petik nama ex, parah juga tu. kalau begitulah jadinya, berikan dia tempoh bertenang. bila dia dah ok dah dapat move on baru datang balik.
sebenarnya dalam hal ni kita tak boleh nak buat apa, melainkan dia sendiri ada effort utk melupakan ex tu. kalau takde, hmm jawapnya anda ni rebound jelah...
1 person likes this
cemana nak pujuk laki yg dh kecik hati ngn kita ni? tawar hati kononnya. susah la. mohon bantuan angkatan tentera utk guwa buat renjatan senjata. huwaaaa. mintak tips sket cemane nk pujuk ni :3
lelaki once they make up their mind, memang susah le nak pujuk. lepaskan dia, kasi dia tempoh bertenang....
1 person likes this
sambungan ketiga. dh tu, patut ke tak patut aku terus berharap kt laki cemtu?
jawapannya, tak perlu. nampak macam dia sendiri tak sure apa dia nak.
sambungan kedua. *then mmg dia buat aku happy. but sehari dua lepas aku ada tercakap kasar ngn dia. terus dia kecik hati. then smlm dia ckp dia still ada awek lain lagi. aku tak tahu apa yg dia ckp tu betul ke tipu. siap cakap ada niat nak kawen 3 lg tu. motif?
perasan hot. isk isk isk. bunyi ayat dia macam "ala awak tu bukan hebat sangat, sekali petik sepuluh datang." mungkin dia nak kat awak tapi dia takut dikecewakan so dia cakap besar.
Camner nak suruh husband lebih romantik? Sebab dia cam light2 je. Udah memang cara dia dari before kawin camtu, tapi kita nak jugak romantik. Tetiba dpt suprise bunga ke cincin ke.
saya nak jawab soalan ni tapi saya lupa saya belum kahwin. oops! nah saya translate sikit dari website relationship:
CAMNA NAK JADI ROMANTIK
1) jaga appearance--tahulah anda selalu rasa selesa pakai baju kelawar dengan rambut gerbang dan dia tak kisah, tapi cuba berhias untuk suami. sebab bila si suami dah terbiasa nampak anda dalam keadaan yg membosankan, mungkin dia tak berahi lagi dan tak melihat anda dalam sudut yang romantik.
2) Gunakan perkataan pencinta--komunikasi tu penting. mana dia nak tahu anda nak apa? cakap anda sayang pada dia. share harapan, keninginan, impian. bagitahu yang anda rasa bertuah kahwin dengan dia. kemudian beritahu dia apa sifat-sifat dia yang anda suka. dia akan rasa dicintai dan dihargai. Selalunya komunikasi orang kahwin disulami komplen, apa kata sekali sekala beritahu dia apa yang dia buat yang menggembirakan hati anda. ini akan menaikkan romantik tu balik.
3) Sentuhan yang lembut -- sentuhan (bukan seksual ye) boleh meningkatkan perasaan romantik dan rasa rapat antara dua orang. jadikan dia sebahagian daripada komunikasi anda hari-hari. contohnya pegang muka, letak tangan atas bahu, cubit-cubit manja, usap rambut, gitu.
4) Masa berdua--bila dah kurang berdua-duaan, suami isteri lama-lama akan menjarakkan diri. kadang-kadang dia gunakan anak-anak atau kawan sebagai "buffer" sebab malas nak duduk berdua. kena biasakan diri, dan cari masa juga untuk duduk berdua. dating, tengok bola, movie, atau amik kelas usrah hujung minggu sesama pun boleh.
5) Main dan ketawa bersama--tengok macamana budak2 bermain? orang dewasa ni lupa cara nak have fun,sebab kepala asyik sesak dengan kerja dan tanggungjawab. sekali-sekala carilah benda yg boleh enjoy sama. main Wii sesama ke, arked ke, cosplay ke, jadilah kanak-kanak buat sementara waktu.
6) Lawati balik kenangan lama-- ada tak tempat dating lama dulu? konsert penyanyi feveret time bercinta ke? port lepak sesama ke? lawati balik tempat yg special, dapat membantu menaikkan perasaan romantik sama seperti dulu-dulu. dan teruskan menambah tempat-tempat atau aktiviti-aktiviti romantik yang boleh korang lakukan. biarpun tak sama dengan orang lain tapi asalkan dedua gembira, boleh je kan?
selamat mencuba!
Aku rasa nak menangis tapi agaknyer dah banyak sangat rasa sakit pedih derita sengsara yang aku alami buatkan aku x tau nak nangis cam mane and nak expresskan feel yg aku sedih. Gua sedih asyik kena reject.
pada saat ni ko harus berhenti cari cinta manusia. cari cinta Ilahi.
6 people like this
Kawan aku ni,ade macam tabiat la.bila macam dia chat dengan pompuan,agak macam semingguvberturut-turut,pastu die dah macam angau,senang cite syok sendiri la.next week dengan orang lain,tabiat dia pun sama.camne tu?ke memang die ni syok sendiri atau sumthing wrong?  R☆Xuzen
erk! aku pernah dengar kot orang macam ni. aku syak dia low attention span la. tapi takpe, aku harap dia macam org yg aku kenal tu jugak, dapat sorang makwe yang dapat mengkontrol ke"kasanovaan" dia tu sampai ke jinjang pelamin.
2 people like this
aku suka seorang ni kat facebook , tapi dekat luar aku nampak dia ,aku cam x de perasaan punn . walhal org yang same je punn . ha , kenapa eh ?
kadang2 orang dalam internet lain kat luar lain. oh wait, most people like that also...
1 person likes this
apa makna nya bila aku suka tgk someone tuh and aku rasa mcm "recharge' je bila tgk dy?? da mcm power bank plak dy tuh.haha
ayat ni power, power.
tu tandanya dia ada personaliti yang menyenangkan, dan ada aura positif. gitew
1 person likes this
I’m not sure if we’re dating quite yet. Kami buat everything that couples do. Gayut, cakap iloveyou, morning wish goodnight wish. bbm 24/7. Tapi i dont know where i stand. Kiteorg tak pernah declare pape pun but ada one day tu dia kata "you lah awek i" Since when?? Rasa mcm relay kami tergantung.
ambil satu masa yang sesuai untuk talk this one out. "awak, kita ni sebenarnya apa? saya nak tahu juga. kalau ada harapan untuk pergi lebih jauh."
2 people like this
aku tengah tunggu result SPM ni , baru baru ni ada classmate lelaki nih hantar surat kat aku, dia kata dri 2 thun lpas dia suka kat aku, tapi x nak ganggu pelajaran aku. So skrg baru dia bgtahu . Dia baik pun baik, kelakar pun kelakar. Tp aku x de pun rasa suka kat dia. Aku nak suka dia balik tak ?
awak takde rasa suka tapi personaliti dia menyenangkan. so apa salahnya try it out? bak kata mak kawan saya, kepada kawan saya semasa rakan sekelas dia suka ke dia: "macamana u nak tahu u suka dia ke tidak, melainkan u berkenalan dengan dia dulu? Keluarlah sekali dua tengok camana." good luck!
3 people like this
Should I, or should I not fight for this love? Dia reject sebab aku tua (sikit) dari dia & he chose a younger gal instead. Mmg x masuk akal. Dia penah bgtau yg pompuan ni kuat mengongkong, tapi pompuan tu jugak dia pilih. :(
sad to say, tapi memang hakikatnya ada manusia yang memilih perkara yang eksistensial. contohnya umur, pekerjaan, paras rupa, bentuk badan dll. biarlah orang macam ni. apalah sangat beza umur kalau semua sama-sama dah habis belajar, dah bekerja semua. seriously, at one age, it'll no longer matter :)
1 person likes this
I know he's cheating on me, but damn it I still hope dia sedar I selalu ada utk dia selama ni, I terima baik buruk dia even though other people don't. I try nak fahami dia sampai I tried reasoning everything. Maybe he had enough with me, then why he still here? Please tell me what to do.
maybe he'll realize how much precious you are, after you left. just sayin....
1 person likes this