Hai, kenapa saya dah mcm heartless teruk sekarang , macam mana nak buang heartless ni? 😢

ijechua
Orang yang menuju Allah itu amat sedikit. Orang yang berprasangka, dia berjalan menuju Allah itu ramai.
Bagaimana kita kata kita menuju Allah sedangkan kita adalah pendusta.
Jangan marah, jika kamu di kata pendusta! Kerana sememangnya kamu lupa akan janji-janji mu.
Lihatlah hidup mu?
Siang mengejar dunia. Malam mu menatap dunia. Subuh mu di alam fana’ memeluk dunia.
Hidup kamu berputar mencari sesuatu yang telah ada, sedangkan melupakan sesuatu yang kamu tiada.
Kamu hanya memiliki diri tapi tidak memiliki cinta yang hakiki.
🍃

View more