Ask @FaithAmmar:

Sajak Idolaku

Iman Zahrah
Ya ALLAH
sungguh aku ingin
sangat berjumpa dengan
baginda.
Hamba tahu
hamba tak layak berjumpa
dengan baginda
kerana diri hamba ini jijik
banyak dosa yang
hamba buat.
Tapi disudut kecil hati hamba
hamba ingin sangat jumpa dengan baginda
kerana baginda sayangkan umat ni
sangat sayangkan islam.
Baginda dihina
disakiti tapi imannya
sungguh kuat untuk perjuangankan agama islam
tidak pernah goyah walaupun sekali
dengan tabah baginda harungi.
Baginda sangat menyayangi umatnya
sangat sayang tapi
apa yang kita balas padanya?
hari ni islam dicemuh disebabkan orang islam sendiri.
Sungguh aku sedih
tidak ramai yang mengenang
pengorbanan baginda
baginda cukup sayang kepada umatnya
nafas terakhir baginda hanya menyebut
ummati, ummati.
Tapi hari ni kita lupa
kita lupakan baginda
jahil kan kita
sanggup lupakan orang yang sayangkan kita
sanggup lupakan orang
yang telah banyak berkorban untuk kita.
Siang malam baginda menangis
mengenangkan nasib kita
tapi hari ni kita
lupakan baginda.
Andai baginda masih hidup
baginda pasti sedih melihat
umatnya begini
yang sudah jauh terpesong
terikut trend barat
lupakan sunnahnya.
Cukuplah teman
cukup buat baginda menangis sebab memikirkan kita
takkan kita nak buat
baginda menangis disebabkan
keadaan kita sekarang.
Bunga. Melaka.

View more

Kenapa susah pulak kalau kita tahu dosa kita bertambah ke tak ??

sebab bukan kita yang hitung. kita takkan sedar yang kita buat dosa. contohnya, kita cakap sampai orang tu terasa hati. adakah kita sedar yang kita dah buat dosa? tak kan. kita tak perlu fikir dosa kita bertambah atau tidak. yang penting kita lakukan solat taubat selalu. even tak buat dosa pun kita still kene bertaubat sebab kita takkan sedar yang kita buat dosa ataupun tidak.

View more

Jom contohi akhlak baginda.

Iman Zahrah
1. Baginda selalu diam. bercakap bila perlu. bila bercakap ia fasih, ringkas dan padat. bercakap dgn menghadap pada org yg bercakap dgnnya.
2. Hatinya selalu sedih kerana inginkan umat dlm kebaikan dan terlepas drpd azab Allah.
3. Selalu menundukkan pandangan kerana tawadhu'.
4. Berfikir terus-menerus.
5. Menghargai nikmat Allah tanpa memperlekehkan. baginda tidak pernah mencela makanan. apabila suka, baginda makan. jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
6. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn unsur dunia. jika marah, ia bkn kerana nafsu.
7. apabila kebenaran dipermainkan, baginda akn bangkit mempertahankannya.
8. apabila marah, bagina memalingkan mukanya. apabila suka baginda akn memejamkn matanya.
9. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
10. Tidak berteriak-teriak di pasar.
11. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. malah baginda memaafkn dan berlapang dada.
12. Tangan baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad di jalan Allah.
13. Apabila menghadapi dua perkara, baginda memilih yg paling mudah selagi ia bkn dlm perkara maksiat.
14. Di rumah, baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu dan membuat sendiri segala keperluan diri.
15. Ketika duduk atau berdiri, baginda selalu berzikir.
16. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut dan peramah.
17. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih2 lgi mencela org lain.
18. Tiga perkara yg baginda jauhi; perselisihan, sombong dan segala yg tidak diperlukan.
19. Tidak pernah mencela dan memaki hamun orang lain.
20. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
21. Tidak pernah bercakap kecuali sesuatu yg menjanjikn pahala.
22. Percakapannya memukau sesiapa pun yg mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
23. Sesiapa yg melihat baginda sepintas lalu akn berasa gerun dan hormat kepadanya.
24. Sesiapa yg selalu bergaul dan telah dekat mengenali baginda, akn menyayanginya sepenuh jiwa raga.
25. Baginda pasti memberi tempat kpd org ingin duduk dan tidak membezakn di kalangan mereka.
26. Sesiapa yg meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atas jika sebaliknya, ditolak dgn tutur kata yg lemah lembut.
27. Tangan baginda selalu terbuka kpd sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. baginda adalah ayah bgi mereka semuanya.
28. Di mana pun baginda berada, di situlh terpancar cahaya ilmu, sikap malu dan sabar serta amanah.
29. Tidak ada yg berani meninggikn suaranya di hadapan baginda kerana kewibawaannya.
30. Semua mengakui keutamaanya krna ketaqwaannya: menghormati org tua, menyayangi yg kecil, mengutamakn org yg ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan org asing.
31. Tidak terus memotong percakapan org lain. jika memotong, baginda hentikn dahulu atau berdiri.
32. paling berlapang dada.
33. paling tepat dlm berbicara.
34. paling halus keperibadiannya.
35. paling ramah dan beradab dlm pergaulan dan muamalahnya.
-saya dh kongsikn tntg akhlak baginda. bce tau!

View more

-

Iman Zahrah
Diri ini sudah letih,
.
untuk mengenal sesiapa lagi.
.
cukup manusia yang dah ada disekelilingku ini. jangan ditambah lagi. perangai yang ada ni pun aku tak terlayan. ni kan pula nak tambah lagi. aku dah penat layan perangai manusia ni.
.
ye dunia ini amat memenatkan. disana la tempat kita berehat. jadi banyakkan amal. dah la kat dunia, kita penat bekerja dan sebagai. kat dalam kubur pun, takkan nak penat lagi? penat sebab kene seksa? Allahu T_T

View more

Advice👌

dunia semakin tenat. dah nak kiamat dah. ubah diri kita. jangan kita mati pulak dalam kekufuran. Allahu. bertaubatlah dengan segera. jangan tangguh2kn lagi. jaga hati jaga iman jaga mata semuanya kne jaga. banyakkn la berzikir kerana itu la makanan kita di zaman dajjal nanti. basahkan lidah dgn zikir bukannya mencarut K. jangan mencarut. jaga lidah. jangan kita sibuk perbaiki amal kita tapi lidah tak jaga. jangan disebabkan lidah kita yang tajam ni, kita diheret ke neraka nanti. Allahu. sama2 la kita muhasabah diri.

View more

-

Iman Zahrah
Cinta yang suci adalah cinta yang terbina dengan lafaz "aku terima nikahnya." kalau ada yang bercinta pastu nak tunggu bagai tapi tak tahu ke mana, baik abaikan je. takut2 makan hati nanti. sebab kita tak tahu siapa jodoh kita. ajal atau jodoh? see! yg penting jgn berharap pada manusia. ajar diri berharap pada Dia. dia nak tinggalkan kita, tinggalkan la. yg penting kita ada Allah. maybe jodoh kita ajal kn. banyakkan amal. fkir soal mati.

View more

Next