Ask @MieraMierrah98:

Who is more jealous - girls or boys?

girls .
Perempuan punya nafsu ada banyak malah lelaki ada satu je . Perempuan dengan emosi ialah seakan akan kembar , melekat kuat sangat , tariklah macam mana pun emosi dari perempuan , ia akan tetap melekat .
Girls , tipulah kalau korang kata korang tak jealous bila lelaki yang korang suka tu suka orang lain ?
At first sis selalu cakap macam tu kat kawan kawan sis "tak seh aku tak jealous la" and dorg semua tak cakap pape cuma satu je kawan sis asik cakap dengan sis "tipulah kau tak jeles , mesti ada sikiit perasaan jeles tu kan?" jujur dalam hati jela , kat mulut cakap tidak tidak tidak sebab tak nak kecil hati. Perempuan kalau jealous dia boleh buat apa saja untuk lepaskan perasaan sakit hati dia tu sebab jealous .
Lelaki pulak , kalau girl dia dengan oramg lain , apa susah ? carilah orang lain . Haha , tak saya tak pasti tentang lelaki sebab saya bukan lelaki . But memang its the fact that perasaan sayang perempuan tu lagi kuat daripada lelaki sebab tu hargai lah kalau ada wanita yang menyayangi awk , seperti mak antunna semua . Jangan hargai girlfriend lepastu mak sendiri abaikan , tu namanya bengap , mak sendiri dah besarkan kita tapi kita pentingkan
orang lain yang tak halal bagi kita .
Lastly , kalau perempuan dah suka satu lelaki tu , memang lelaki tu jelah yang dia suka , bagilah orang lain sehensem mana pun dia tknk jugak (ops , ckp diri sendiri ke haha)

View more

Have you witnessed any paranormal acitvities?

Yes !
Err is it orang yang kena rasuk then ada orang ubatkan is paranormal activities ?
HAHA hentamlah ,
Yang penting ni nak cita ni , waktu kat asrama dulu , terlampau banyak orang2 yang attention seeker aka MPO (mencari perhatian orang) dan diantara cara cara nya ialah dengan step kena rasuk , step nampak hantu beh nangeh2 . Alah tu semua sis dah lalu dah , memang banyak sangat and sis pun pernah buat jugak kihkihkih . Tapi tulah padahnya , mula2 buat nampak haa kau ternampak betul betul. Nak main2 sangat kan ? nak orang kesiankan kita sangat kan ? ha meh Allah bagi betui2 . Tak ke ngeri .. sejak dari tu memang sis tk penah lagi dah nak tipu tipu acah2 nampak benda alah tu heee . Tapi ada juga yang memang betul2 kena rasuk .
Every khamis dia akan pengsan sebab nampak roh mak dia yng dah meninggal waktu dia 9 taun . sebab mak dia hanta saka kat dia tapi dia taknk terima , lagi pulak dia masuk asrama tahfiz. Jadi benda tu keeps on mengganggu dia . Bila dia balik satu malam tu , bila pintu terkuak je .. entah macam ada satu angin yang luar biasa masuk and semua irang rasa yang sama sampai bulu roma semua tertegak pergh . Dah tknk ingat seterusnya k bai 😜

View more

Who are you?

Aku adalah Hamba Allah .
yang sering mendambakan redhaNya ,
yang baru ingin mengenal penciptaNya ,
melalui ilmu ilmu yang selalu dipelajari ,
Aku adalah Hamba ,
yang tidak pernah lekang dari dosa ,
malah ingin sentiasa memperbaiki hakikat itu ,
dengan selalu beristighfar kepadaNya dan bertaubat ,
Sungguh Aku adalah Hamba ,
yang tidak punya apa apa ,
sedang jari ini bergerak pun dengan IzinNya ,
dicintai oleh penciptaNya sedangkan diri bergelumang dengan dosa ,
Benar Aku adalah Hamba ,
yang kerjanya hanyalah menghambakan diri kepadaNya ,
menuruti segala perintahNya ,
menjauhi segala laranganNya .
Aku adalah HambaNya ...
yang Maha Pemurah , Maha Pengasih , Maha Penyayang .
Penciptaku adalah pencipta segala Hamba yang berada di muka bumi ini .
-hamba

View more

Next