Ask @Natasyapink:

ape korg buat kalau kwn korg abaikan korg smpai tahap frenship breakup gitueh

Memula ofc akan try to fix tapi kalau kawan tu taknak then takleh nak buat apa lah.
Pernah ada kawan cemni. Dulu kitorang macam satu geng selalu keluar sensama then sampai satu masa tu setiap kali kitorang ajak keluar dia taknak ikut dah, banyak je alasan dia bagi, takde duit la ape la, tapi keluar dengan orang lain boleh. Berapa kali juga lah kitorang ajak juga dia keluar walaupun tau dia taknak lepastu tak ajak dah. Terus tak contact macam tu je.
Entah taktau kenapa. Maybe sebab kitorang kalau keluar pergi tempat yang sama setakat tengok wayang and makan je kot, ye lah bajet kecik kan kenderaan pun harapkan parents hantar. Dia keluar dengan kawan lain dia tu everytime pergi kedai fancy fancy kedai histur banyak pulak duit dia 😅
Maaflah terjadi karangan pulak sebab geram gila bila fikir balik.

View more

Tahniah adik adik kerana telah menghabiskan masa cuti anda dengan sia sia 😂😂😂 Dah nanti mula start kelas semuanya baru yer , azam baru , semangat baru , impian baru , cita cita baru , bukak buku baru tutup buku lama.

Malangnya saya bukan adik adik yang awak maksudkan uhuhu cuti study week dah nak habis, dah nak start final exam tapi diri ini masih belum start study 😂

View more

Weh camana kalau kau dah start fell in love dengan dia tapi kau takut dia tak ada hati kat kau do. Adakah kau akan bagitahu dia perasaan kau atau pun pendam sorang sorang.

Kalau cukup berani untuk confess then go on. Takpe kalau kena reject pun, at least you know how that person feel. Daripada awak syok sendiri suka dia lepastu sakit hati bila that person ada tiba tiba ada lover. Mana tau that person pun suka awak balik. 💪

View more

betol ke org cakap.. kat social media lebih riuh dari real life? cer habaq mai.. kiranya org mcmtu tkde life ke cane? kahhh

Nede.. Mana tau orang tu jenis pemalu irl. Ada jenis orang tak berani bersuara bila berdepan dengan seseorang, jadi social media jela jadi medium untuk dia luahkan sesuatu tanpa perlu berhadapan dengan seseorang tu.

View more

Next