"Perbanyakkan doa ketika sujud. Sebab masa itu, kita paling dekat hampir dengan Allah." so mksudnye..kita lps bce subhana narabial............. kita blh doa lah skjp apa yang kita nak?mcm tu ker?

Ya, hadith itu sahih. Sebetulnya begitulah, kita digalakkan lamakan sujud untuk berdoa. Ya boleh minta apa sahaja yang dihajati kerana saat itu saat yang mustajab asbab dekatnya Allah dengan kita. Begitu juga selepas tahiyyat, disunnatkan berdoa kepada Allah. Jika solat mengikut imam maka keutamaan adalah mengikut imam. Jika imam sujud sekejap maka sekejaplah kita sujud. Jika lama maka lamalah. Jika tak dapat sujud lama pada solat dengan imam, maka sujudlah sepuas-puasnya pada solat sunat dimana kita bersolat bersendirian dan mohonlah hajat apa sahaja yang baik kepada Allah ta'ala. Doakan kebaikan untuk seluruh ummat Islam juga, insyaAllah.

View more