ade ke keringganan yang islam kasi untuk solat sambil pegang bayi? depa ckp tu solat org wahabi.. wa'allahualam

Ada dalil hadith bahawa Nabi pernah solat sambil mendukung Umamah binti Zainab, begitu juga hadith hasan dan hussain panjat belakang nabi ketika nabi solat. Bagi saya kita tidak boleh terlalu mudah melabel-label sebegitu sebelum membuat kajian dan membaca perbahasan fiqh mengenainya. Jangan sampai kebencian kita terhadap sesuatu membuatkan kita tidak berlaku adil dan menafikan kebenaran yang dibawa. Sama-sama kita menjadi Muslim yang adil dan berbaik sangka, insyaAllah.

View more