أنه شكا إلى رسول الله صلى عليه وسلم الرجل الذي يخيل إليه أنه يجد الشيء في الصلاة. فقال لاينفتل أو لاينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا. mohon penjelasan tentang hadis ni..

Hadith ini tentang seorang lelaki yang ragu-ragu sama ada solatnya dah terbatal atau belum kerana dia syak bahawa dia terkentut. Lalu Rasulullah kata jangan batalkan solat sehinggalah benar-benar yakin kentut dan tandanya ialah dengan mendengar bunyinya atau hidu baunya. Jika rasa was-was, maka tetapkan keyakinan bahawa masih belum kentut. Mengikut kaedah fiqh: Al-Yaqin la yazul bi al-syak: "Keyakinan tidak hilang dengan keraguan".
Allahua'lam.

View more