salam. boleh cerita secara ringkas knpa waktu zuhur dan asar berjemaah, bacaan imam adalah sirr? saya ada baca sejarah dia dlm buku, tp krg fhm. Syukran.

Ada beberapa pandangan baik dalam kitab tafsir Al-Quran dan hadith. Antara yang sempat saya temui :
Pandangan (1) dalam tafsir As-Sya'rafi menafsirkan ayat ke 87 surah Yunus; dikatakan bahawa Umat Islam ketika itu menghadapi intipan daripada musuh Islam. Jadi diperintahkan untuk solat secara sirr disiang hari agar musuh Islam tidak tahu lokasi mereka bersolat. Manakala pada malam hari secara kuat supaya para sahabat dapat mempelajari Al-Quran.
Pandangan (2): Berdasarkan hadith pula Dalam riwayat Al-Bukhari, Imam Al-Bukhari memuatkan hadith dimana ada sahabat pernah ditanya kepada Khabbab ibn Al-Arat, adakah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam membacakan surah (selepas Al-Fatihah) dalam solat Zohor dan Asar? Maka Khabba menjawab ya. Ditanya pula bagaimana dia tahu? Khabbab menjawab melalui gerakan janggutnya.
Hadith yang dimaksudkan ialah:
حدثنا قتيبة : ثنا جرير ، عن الأعمش ، عن عمارة بن عمير ، عن أبي معمر ، قال : قلنا لخباب : أكان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقرأ في الظهر والعصر ؟ قال نعم . قلنا : من أين علمت ؟ قال : باضطراب لحيته
Imam Ibn Rajab al-Hanbali dalam syarahnya ke atas hadith ini berkata:
Sesungguhnya bacaan dalam solat Zohor dan Asar ialah secara sirr (perlahan), dan ini tidak ada khilaf dalam kalangan umat Islam. Di amalkan dari sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam hingga kini.
[Rujuk: Fath al-Bari lil Ibn Rajab al-Hanbali 5/253]
Pandangan saya secara peribadi, pendapat yang no. 2 itu lebih kuat dan tepat berbanding no. 1 kerana ianya disampaikan melalui hadith yang sahih. Setiap perkara yang melibatkan amalan ummat Islam hendaklah ada sumber dari Nabi, maka pandangan no. 2 menurut saya amat kuat. Allahua'lam.

View more