@addien90

Ad-Dien

Apa hukum memakai purdah on-off ? Saya.kadang kala hanya sekadar memakainya ketika menghadiri satu.majlis ilmu/program dan ketika berjalan seorang diri.

Anda perlu jelas apa tujuan anda pakai purdah sebenarnya. Ramai niqabis yang tak jelas tujuan pakai purdah. Bila ditanya kenapa memakai purdah, kebanyakannya tidak mampu menjawab dengan jawapan yang jelas ataupun punya ilmu tentangnya. Ada yang kerana trend, ikut kawan atau nampak islamik dan sebagainya. Perlu ada kefahaman yang jelas mengapa pakai purdah dengan ilmu.
Pemakaian purdah secara on-off, Allahua'lam saya tidak lagi jumpa dalil mengharamkannya secara mutlak. Namun perbuatan ini boleh menimbulkan fitnah kepada pemakai kerana ia seolah-olah mempermainkan pemakai purdah atau memberi fitnah kepada pemakai purdah yang lain. Jadi sebaiknya cubalah istiqamah jika ingin pakai, dan jika tidak mahu pakai tidak mengapa.
Yang paling penting sebelum pakai, perlu jelas dan faham apa tujuan pakai purdah itu. Dan tidak dapat tidak, ia mestilah atas dasar ilmu. Allahua'lam.
❤️ Likes
show all
nhamizahkefli’s Profile Photo IskandarALfasyi’s Profile Photo Aaqilahz’s Profile Photo ariffsyakif’s Profile Photo mrdorara’s Profile Photo

Latest answers from Ad-Dien

Saya harap ustaz dpt aktif lagi dlm ni stlh crash byk kali twitter ustaz, semoga Allah merahmati ustaz

InsyaAllah, saya cuba. ☺

Ustaz, buku ustaz takde dijual di Popular, MPH atau bookstore lain ke? Kena beli online je eh?

Ade jual di mph, kinokuniya pun ade. Nal beli direct dengan karangkraf pun boleh. Pergi website karangkraf okay. ☺

Lukisan cupcake purple tu comel sangat. Ustaz lukis ke?

Doodle kat ig tu? ha'ah saje lukis tengah boring ☺

Ustaz nak cari pasangan yg mcm mana?

Saya pun tak tau. Saya pun tak layak untuk sesiapa. Diri sendiri banyak kurang serba serbi tak boleh nak jaga orang lain lagi. huhu 😔

Ustaz , jangan la sedih. Allah kan ada , saya takkan faham apa ustaz rasa tapi saya tahu ustaz kuat. Ustaz jangan la deactive, saya bersyukur sgt sbb jumpa ustaz sbb banyak benda yg saya dah lama nak jawapan , saya dapat jawapan dengan lengkap. Jadi saya boleh share dengan orang hehe. Kuat eh ustaz

Terima kasih.. Doakan saya okay ☺

Language: English