maksud takwa adalah takut dalam bahasa arab.. tetapi ade mnyatakan bahawa barangsiapa yg merasai dirinya takwa kepada Allah maka ia takabur.. minta komen anda

Ulama' Mufassirin membahagikan perbezaan antara khashyah dan taqwa. Kedua-dua ini bermaksud takut secara asasnya.
Ibn Kathir menyatakan khasyah sebagai takut terhadap dosa yang telah dilakukan. Manakala taqwa ialah takut untuk kembali melakukan dosa dimasa akan datang.
Taqwa ialah rahsia antara kita dengan Allah dan tak perlu diri sendiri mengakui kita sudah bertaqwa. Allah sebaik-baik penilai amalan dan hati kita. Allahua'lam.

View more