apa hukum solat sewaktu azan berkumandang?

Tidak ditemukan dalil yang khusus tentang larangan solat katika azan. Namun ada hadith sahih berkaitan keutamaan/kepentingan dengar dan jawab azan. Kerana itu ulama berselisih pendapat tentangnya. Mazhab Maliki dan Hanbali menyatakan makruh solat ketika azan. Sebahagian Mazhab Hanbali membenarkan namun jawab azan lebih utama. Dalam Mazhab Syafie sebahagian mereka melarang solat dan menyatakan solat tersebut tidak sah. Jadi untuk ihtiyat (hati-hati) maka solatlah selepas azan. Ia lebih baik، selamat dan menepati sunnh. Allahua'lam

View more