Our hearts can't be filled with both haq and batil in one time. Soalannya, boleh kah ana gunakan hujah (Surah al-Ahzab: 4). bahwa tidak ada dua kecintaan dalam hati . erti kata lain, pilih antara haq atau pun batil.

Ada beberapa pandangan ulama' Mufassirin (Ahl Tafsir Al-Quran) berkaitan dengan ayat ini.
Imam Al-Tabari berkata: Para ahl ilmu berselisih pendapat mengenai ayat ini ditujukan kepada siapa, sebahagiannya berpandangan ia diturunkan kepada orang munafik. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan mereka ini seperti orang yang memiliki dua hati, lalu Allah menafikannya dengan menurunkan ayat itu (Al-Ahzab:4).
Sebahagian mufassirin mengatakan ayat ini diturunkan kepada seorang lelaki Quraisy yang dikenali sebagai Dihyah yang mana beliau ini seolah-olah memiliki dua hati (licik). Lalu Allah menurunkan ayat ini menjelaskannya.
Ibn Kathir membawakan riwayat bahawa ayat ini diturunkan mengenai Zaid ibn Harithah.
Allahua'lam.

View more