Saya mempunyai penyakit was was yg sgt teruk. dah lama sy hidup dibelenggu penyakit ni. Mengikut apa yg akhi penah belajar, ada tak cara efektif utk sembuhkan penyakit ni? syukran.

Semoga Allah menanamkan ilmu dan keyakinan kepada anda. Dalam kawdah fiqh ada disebutkan kaedah :"Al-Yaqin la yazulu bi al-syak" (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan).
Melalui kaedah ini ada beberapa perkara yang mampu membantu dengan melihat kepada "asal" sesuatu perkara. Contoh dalam was-was batal solat atau wuduk. Jika ragu sama ada dah kentut atau tidak، maka anda perlu pastikan anda ada terdengar bunyinya atau hidu baunya. Jika tidak ada maka wudhu itu masih sah kerana 'asal' wudhu' itu sah melainkan ada bukti yang menunjukkan ia batal. Buktinya ialah bunyi dan bau tu. Ini berdasarkan hadith lelaki yang mengadu hal begitu kepada Nabi.
contoh no.2: Jika anda nak solat tapi was-was anda dah berwudhu' atau belum. Jadi kalau ikut "asal"، anda masih belum ambil wudhu' melainkan ada bukti yang anda dah ambil wudhu'. Dan itulah yang anda perlu yakini، iaitu anda belum berwudhu'.
Contoh 3. Anda puasa kemudian anda was-was dah masuk waktu berbuka atau belum kerana tak dengar azan Maghrib. Jadi kalau ikut "asal" belum azan، asalnya ialah siang sebelum ada bukti yang telah masuk maghrib.
Allahua'lam.

View more