Pendapat ad-Dien tentang perhimpunan terbuka dan revolusi?

Perhimpunan terbuka dan revolusi adalah dua perkara yang berbeza. Perhimpunan terbuka/ demonstrasi/ muzaharat ini soalan khilafiyyah (diperselisihkan) antara ulama'. Ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada yang mengharuskannya. Kedua-duanya ada hujjah masing-masing.
Saya secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat yang moderat/ sederhana sebagaimana pandangan Syaikh Yusuf al-Qaradhawi, Wahbah az-Zuhaili, Al-Tarifi, Nasir Ulwan dan selain mereka. Hukum asalnya harus. Ia bukan haram secara mutlak. Namun apabila ada unsur-unsur yang menyebabkan kemudharatan atau mafsadah (keburukan) yang besar, maka ia boleh berubah menjadi haram. Allahua'lam.

View more