"Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik." Adakah hadis ini sohih ? Kalau hadis hasan apa pula ye?

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya, beliau mendhaifkan hadith ini selepas meriwayatkan hadith ini, baginya hadith ini mursal. Sebahagian ulama' mutaakhirin (terkemudian) menilai hadith ini hasan (baik) antaranya Imam Ibn Hajar al-Asqalani al-Syafie.
Hadith itu ialah:
من صلَّى لله أربعينَ يومًا في جماعةٍ يدرِكُ التَّكبيرةَ الأولى ، كتبَ لهُ براءتانِ : براءةٌ منَ النَّارِ ، وبراءةٌ منَ النِّفاقِ
[Sunan Al-Tirmizi no.241]
Hadith hasan termasuk dalam hadith maqbul (diterima) cuma darjatnya rendah sedikit dari hadith sahih kerana perawi hadith itu ingatannya tidak sebagus perawi dalam hadith sahih. Hasan maksudnya hadith itu baik. Allahua'lam.

View more