apa hukum lelaki pakai inai di jari

Inai (henna) adalah sebahagian daripada perhiasan perempuan. Bagi lelaki, menurut pandangan dalam mazhab Imam As-Syafie tidak dibolehkan memakai inai di jari bagi lelaki kecuali ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya. Sebahagian pendapat mengatakan ianya boleh dengan bilangan beberapa jari (2-3 jari) untuk perkahwinan namun pada pandangan saya pendapat ini tidak ada asas/ dalil yang menyokongnya melainkan uruf (adat).
Pandangan tidak dibenarkan ini sebagai perhiasan di jari lelaki ini ialah pandangan Imam An-Nawawi dalam Al-Majmu' nya, Fatwa Syaikh Masyhur Hassan Salman, Yusuf Al-Qaradhawi dan Fatwa Lajnah Al-Daimah Lil- Buhus I'lmiyah Wal Iftaa' . Allahua'lam.

View more