salam.dlm blog saudara ada tulis bahawa malaikat x masuk rumah yg di dlmnya ada anjing atau patung.boleh x jelaskn dgn lebih mendalam jenis patung yg disebutkan?

Ulama' membahaskan isu ini panjang lebar. Sepanjang pengetahuan saya mereka mengatakan haram bagi patung yang bersifat 3 dimensi berdasarkan hadith-hadith yang banyak meriwayatkan tentangnya. Pengecualian diberikan bagi patung untuk mainan kanak-kanak kerana terdapat hadith yang berkaitan dengan hal itu.
Al Qadhi 'Iyadh berkata pendapat yang menyebut bolehnya patung mainan dan ia katakan bahwa ini adalah pendapat mayoritas ulama. Begitu juga Imam Nawawi mengikuti pendapat ini dalam Syarh Muslim. Beliau rahimahullah berkata bahawa dikecualikan dari larangan gambar atau patung iaitu jika dimaksudkan untuk patung kanak-kanak karena ada dalil yang menunjukkan keringanan hal ini.
Kebolehan di sini terserah mainan tersebut dalam bentuk manusia atau haiwan, baik berbentuk tiga dimensi ataukah tidak, begitu pula yang berbentuk imajinasi yang tidak ada wujud asalnya seperti kuda yang ada sayap dan sebagainya.
Allahua'lam.

View more