Assalamualaikum. tumpang tanya, bagaimana utk melakukan sujud syukur? saya ada cuba cari tetapi semua berlainan cara. saya agak confused mana yg betul. syukran wa jazakallah.

Jumhur (Majoriti) Ulama' berpendapat bahawa sunat melakukan sujud syukur apabila memperoleh nikmat atau terhindar dari musibah/ keburukan. Hadith-Hadith berkaitannya ada banyak. Antaranya hadith dari Abu Bakrah dalam Sunan Abu Daud، Ibn Majah dan Al-Tirmizi menceritakan nabi bila dapat khabar gembira beliau segera sujud tanda syukur. Dan ada lagi hadith-hadith lain berkaitannya.
Ulama berselisih sama ada perlu memenuhi syarat seperti solat atau tidak sebelum sujud syukur. Menurut kitab Fath al-'Allam، tidak disyaratkan memenuhi syarat-syarat seperti solat kerana sujud syukur bukanlah termasuk dalam kategori solat. Pada pandangan saya pendapat ini kuat، sujud syukur bukan sebahagian dari solat.
Kata Imam As-Syaukani: Hadith-Hadith yg menyebutkan tentang sujud syukur tidak ada menjelaskan tentang kewajiban berwudhu' sebelum sujud، menyucikan pakaian atau dimana tempat sujudnya. Dan saya sependapat dengan pandangan Imam As-Syaukani ini.
Caranya ialah dengan bertakbir (menurut kitab al-Bahr takbir perlu sblm sujud) kemudian terus sujud syukur selama mana yang anda mahu، bertasbihlah memuji Allah sebanyak dan selama yang anda mahu. Nabi pernah sujud syukur begitu lama hingga Abdul Rahman bin Auf sangka nabi wafat dalam sujud (Rujuk Musnad Ahmad dan Mustadrak al-Hakim).
Sujud sekali sahaja memadai. Tidak disebutkan dalam hadith Nabi sujud dua kali. Allahua'lam.

View more