kenapa tak boleh berdebat?

Debat atau jidal bukan tidak dibolehkan secara mutlak. Ada ketikanya ia dibolehkan seperti ketika ingin mencari kebenaran، mengasah skill berbahas، pertandingan dan sebagainya. Jika dulu pengikut Mazhab Abu Hanifah selalu menggunakan metod debat ini untuk membahas isu-isu fiqh hingga bercambah banyak cabang-cabang fiqh yang tiada pada zaman itu.
Debat ini ada caranya، kaedah dan adabnya. Para Salafussoleh kebanyakannya tidak menggemari debat kerana ianya boleh mengeraskan hari، menimbulkan permusuhan dan perpecahan. Debat pada asalnya untuk mencari kebenaran bagi kedua-dua pihak. Tapi bukan mudah nak bertemu dua-dua pihak yang sanggup rendahkan ego untuk mengaku salah dan menerima hujjah/kebenaran yang disampaikannya.
Jadi bagi kita yang cetek ilmu ini، tak perlu terjun dalam jidal ini. Adalah lebih baik dan utama jika sama-sama bincang/muayawarah persoalan-persoalan ilmu berbanding debat. Allahua'lam.

View more