Apa pendapat anda tentang muslimah yg berniqab sekarang ini yg hanya ingin ikutkan trend dan hanya utk amvil gambar and p0st dlm FB Insta dn sbagainyer.. Salah ke kalau mereka lakukan sedemikian

Ia boleh menimbulkan fitnah bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan kepada orang lain yang turut berniqab. Berniqah, sebagaimana yang telah saya katakan sebelum ini hendaklah berdasarkan ilmu dan tujuan yang jelas. Bukan sekadar ikut-ikutan. Hendaklah anda berniqab atas dasar ilmu yang jelas, sama ada anda mengikut pandangan ulama' mazhab mahupun selainnya. Bukan kerana faktor persekitaran yang mana ramai niqabis, maka anda pun turut ikut tanpa sebab yang jelas.
Seterusnya perbuatan tersebut mencemarkan maruah seorang Muslimah dimana asalnya wanita dalam Islam diperintahkan untuk menundukkan pandangan. Tapi hari ini sebaliknya yang terjadi. Dengan adanya laman social, muslimah lebih cenderung menayangkan wajah dengan posing-posing atau dengan tanpa keperluan. Hal ini secara tak langsung memberi banyak keburukan dari kebaikan.
Allahua'lam.

View more