thoma'ninah tu apa? caner?

Tuma'ninah ialah bertahan/ diam sebentar setelah kedudukan tubuh berada dalam keadaan stabil. Maksudnya dia sekejap/tidak bergerak sebentar hingga anggota badan tenang dalam keadaan diam tersebut. Jangka masanya sekurang-kurangnya ialah satu kali bacaan tasbih/ subhanallah.
Nabi melarang solat dalam keadaan tergesa-gesa/terlalu cepat hingga tiada tuma'ninah. Diriwayatkan dalam hadith yang sahih bahawa Nabi pernah suruh sahabat ulang semula solatnya sebanyak 3 kali kerana tidak tuma'ninah.
Tuma'ninah ini ialah perkara yang fardhu/wajib dalam solat menurut mazhab Imam As-Syafie، Maliki، dan Hanafi. Allahua'lam.

View more