assalamualaikum, boleh ke kita berbohong atas sebab janji pada orang tu?

Jika yang dimaksudkan bohong kerana mahu menjaga rahsia, maka ia tidak dibolehkan. Ia tidak termasuk dalam bohong yang dikecualikan. Sebaiknya kita jujur sahaja yang kita telah diamanahkan untuk tidak memberi tahu kepada sesiapa.
Jika yang dimaksudkan itu berbohong kerana telah berjanji kepada seseorang untuk berbohong, maka tidak boleh melakukan pembohongan itu. Tidak ada ketaatan dalam perkara yang maksiat/ munkar. Janji terhadap perkara ma'ruf sahaja. Sebagaimana hadith nabi dan juga kaedah dalam fiqh:
لا طاعة في معصية الله إنما الطاعة في المعروف
Tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanya kepada perkara yang baik (ma'ruf). [Riwayat Ahmad, isnadnya sahih]
Allahua'lam.

View more