kalau nk buat solat istikharah contoh pada 20 tahun,takpe ke?tak terlalu awal?mean solat utk memilih jodoh..klau dpt petunjuk mmg betul lah tu ke?

Istikharah tidak semestinya buat ketika umur 20 tahun. Tak kisah umur berapa pun ia boleh dilakukan bila ada hajat atau mahukan kepastian atas sesuatu.
Solat sunat Istikharah ini bukan untuk nak pilih jodoh semata-mata. Ramai yang keliru dan salah faham konsep istikharah. Dan tanda istikharah pula bukan semestinya mimpi. Kadang-kala memang bukan mimpi pun.
Istikarah dilakukan bila kita dilema dalam membuat keputusan terhadap seauatu. Contoh dilema mahu buat pilihan lepas dapat beberapa tawaran belajar/ kerja.
Biasanya tanda-tanda istikharah ialah Allah akan mudahkan ke arah perkara ituĜŒ dan sukarkan ke arah perkara yg satu lagi. Tidak semestinya mimpi. Kadang-kala mimpi itu mainan tidur sebab kita terlalu memikirkannya, lalu ia hadir dalam mimpi.

View more