macam mana nak tahu hadis tu palsu atau tak?

Ada beberapa cara untuk mengetahui hadith itu palsu atau tidak.
1. Menyemak sendiri sanad sesebuah hadith itu، dari situ kita dapat tahu perawi didalamnya ada yang pemalsu hadith atau tak. Hal ini hanya dapat dilakukan oleh mereka yang arif dalam bidang hadith، boleh rujuk ustaz-ustaz yang arif insyaAllah.
2. Menyemak hadith itu dalam buku-buku yang memuatkan hadith-hadith palsu yang pernah dijumpai sepanjang zaman. Dalam bahasa Arab، kita jenis ini dipanggil Al-Maudhu'at. Ulama telah berusaha merekodkan hadith-hadith yang disahkan palsu oleh ulama' hadith supaya orang ramai dapat mengetahui kepalsuannya.
3. Jika tidak memiliki kitab hadith Maudhua'at، maka boleh semak sendiri matan (teks) hadith itu. Kebiasaannya hadith palsu boleh dikesan kerana ciri-ciri matannya seperti berikut:
A. Hadith yang bertentangan dengan Al-Quran dan ijmak ulama'، contoh; Dunia ini akan dijadikan@kiamat pada tarikh sekian-sekian...
B. Hadith yang bertentangan dengan logik akal، fakta ilmiah، atau ada unsur mengarut، contoh; Siapa panggil ayam putih، tidak akan terkena sihir padanya.
C. Hadith yang menunjukkan kelebihan@kehinaan aliran/puak tertentu، contoh; Tidak ada bangsa yang lebih baik dan mulia selaib bangsa Arab.
D. Hadith yang menyebutkan amalan yg kecil tapi ganjarannya terlalu besar dan melampaui batas. Atau dosa kecil tapi azab yg terlalu besar dan melampau batas، contoh; Siapa yg puasa pd hari sekian-sekian، ganjaran umpama pahala para nabi dan orang mati syahid.
atau; Siapa yg tidak puasa ramadhan، dia akan kekal dalam neraka.
--------------------
Ada banyak lagi tanda lain، tapi cukuplah untuk asas setakat ini. Allahua'lam.

View more