addin, hadith mana yg baik dibeli dan dibaca ?

NurDyah Zaid
Jika untuk permulaan, boleh mula baca buku hadith yang ringan dahulu. Boleh mula dengan hadith 40 (Al-Arbain) oleh Imam An-Nawawi rahimahullah. Buku ini walaupun ringkas tapi mengandungi 42 hadith yang amat penting dan boleh dikatakan tiang-tiang Islam. Bacalah, fahami dan cuba hafal mana yang mampu.
Lepas habis hadith 40, boleh baca kitab Riadhussolihin (Taman orang-orang yang Soleh) oleh Imam An-Nawawi juga. Buku ini memuatkan hadith-hadith tentang akhlak, adab, perkara-perkara yang melembutkan hati, amalan baik dan sebagainya.
Dua hadith ini memadai untuk pemula yang baru nak mengenal hadith, hadith. Atau mahu menulis dalam artikel, blog dan sebagainya. Ada banyak lagi kitab lain tapi saya senaraikan dua ini dulu. Kedua-duanya sudah ada terjemahannya dalam bahasa Melayu. Allahua'lam.

View more