Assalamualaikum. Boleh tak tolong jelaskan maksud surah al-isra ayat 36

Allah kata: ولا تقف ما ليس لك به علم، إن السمع والبصر والفؤاد كل ألئك كان عنه مسئولا. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran، penglihatan، dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan. ( Al-Isra' 17:36)
Ayat ini berkaitan dengan kesaksian palsu menurut pandangan Muhammad bin al-Hanafiyyah.
Kata Qatadah: Janganlah kamu cakap "aku dengar, aku lihat، aku tahu" padahal kamu sebenarnya tidak mendengar، lihat atau tahu mengenainya. Maka setiap anggota itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
Ayat ini melarang kita dari bercakap atas dasar zann/sangkaan semata-mata tanpa kita mengetahui hakikat sebenarnya tentang perkara tersebut. Kata Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:
إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث
Jauhilah oleh kalian semua berprasangka kerana prasanka itu merupakan sedusta-dusta ucapan. (Bukhari dan Muslim)
Rujuk Tafsir Ibn Kathir، Lubab al-Tafsir، dan tafsir lain.
Pelajaran dari ayat ini janganlah kita bercakap-cakap sesuatu yang kita tak pasti kebenarannya kerana ianya hanya mengundang keburukan dan belum tentu ia benar. Contohnya gosip، mengumpat dan seumpamanya. Teliti dan kaji dahulu sesebuah perkara yang diterima، bertanya yang mengetahui dan barulah bercakap mengenainya. Jika hanya ada "rasa-rasa macam tahu" sahaja maka hendaklah dia tidak bercakap/ menahan diri dari berbicara mengenainya. Allahua'lam.

View more