Assalamualaikum, betul ke kalau kita hafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah al-kahfi boleh elakkan fitnah dajjal ? harap sgt Addien jawab

Ya، ia berdasarkn hadith Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: من حفظ عشر آيات من اول سورة الكهف عصم من فتنة الدجال.
Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat awal daripada surah Al-Kahfi، maka dia akan terpelihara dari fitnah Al-Dajjal.
Hadith ini hadith sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud no.4323، Ahmad no. 22344, Al-Hakim no. 3069 dan selain mereka. Imam Muslim turut meriwayatkan hadith ini tanpa lafaz "fitnah"، hanya lafaz 'usima min dajjal (terpelihara dari Dajjal) hadith no.809.
Hadith diatas menyebutkan hafaz 10 ayat terawal sahaja tanpa 10 ayat terakhir surah al-Kahfi.
Riwayat yang menyebutkan 10 ayat akhir surah Al-Kahfi secara soreh (jelas) ialah dalam Riwayat Ahmad no.28281, Ibn Hibban no. 786, isnadnya sahih menurut Al-Arnaut.
من قرأ عشر آيات من آخر الكهف عصم من فتنة الدجال.
Sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi، akan terpelihara dari fitnah Al-Dajjal.
Hadith 10 ayat awal menyebut lafaz "menghafaz" manakala hadith 10 ayat terakhir menyebut "membaca". Jadi disini sebaiknya cuba untuk hafaz dengan itu kita sudah tentu dapat membacanya dengan mudah. Jika tidak mampu maka bacalah dengan merujuk mushaf Al-Quran. Kedua-duanya baik untuk diamalkan.
Allahua'lam.

View more