Betul ke kalau kita nampak kemungkaran tapi tak cegah, kita pun turut berdosa?

Ia bergantung kepada kemampuan kita untuk mencegahnya. Dan ia sekaligus menandakan tahap kekuatan iman kita sebagaimana Hadith Nabi sallallahu 'laihi wasallam:
من رأی منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإمان
Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka dengan lidahnya، jika tidak mampu maka dengan hatinya. Dan itu (dengan hati) ialah selemah-lemah iman. [Riwayat Muslim no.49]
Ulama' berpendapat bahawa mengubah dengan tangan bermaksud dengan kekuasaan yang kita ada. Contoh jika kita seorang ketua terhadap sebilangan orang bawahan، maka kita mempunyai kuasa untuk cegah kemungkaran yang mereka lakukan.
Dengan hati ialah selemah iman. Kata Ibn Daqiq al- 'Id: Ia kerana membenci perbuatan itu dengan hati tidak mampu menghilangkan kemungkaran itu dan tidak juga mengubahnya. Namun itu sahaja yang mempu dilakukannya. Maka itu tahap iman yang lebih rendah dari mencegah dengan tangan dan lisan.
Allahua'lam.

View more