Assalamualaikum. Saya yg masih mentah ingin bertanya. Seandainya. Semasa bersolat jemaah. Pada ketika tahiyyat akhir, sebelum imam memberi salam, saya secara tidak sengaja TERberi salam terlebih dahulu. Adakah solat saya sudah terbatal, sah atau bagaimana ustaz? Mohon pejelasan. Syukran :)

Sebelum masuk pendapat mazhab، dalam kes tak sengaja ini dimaafkan sebagaimana hadith Nabi:
إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ وانسيان وما استكرهوا عليه
Sesungguhnya Allah mengampunkan ummatku keranaku iaitu kesilapan mereka، kelupaan mereka dan perbuatan mereka yang dipaksa. [Riwayat Ibn Majah dan Al-Baihaqi]
Berbalik kepada masalah mendahului imam memberi salam (jika sengaja dilakukan)، maka solatnya batal menurut Mazhab Syafie، Hanbali، dan Maliki.
Kecuali dalam mazhab Hanafi، mereka berpendapat bahawa Afdhal beri salam serentak dengan imam، bukan sebelum atau selepas imam beri salam. Jika makmum itu beri salam sebelum imam،bagi mazhab Hanafi solat itu sah tetapi ia makruh tahrim (hampir kepada haram) jika dilakukan tanpa uzur.
Pada pandangan saya، pendapat Jumhur، iaitu mazhab Syafie، Hanbali dan Maliki lebih kuat untuk dipegang. Allahua'lam.

View more