Apa yg dimaksudkn dgn syubhah? Penjelasannya?
Syubhah (شبهة) menurut Bahasa Arab ialah ragu,was-was atau syak. Secara istilahnya Syubhah ialah perkara yang diragukan sama ada ia halal atau haram. Jika mengikut kaedah syarak، maka perkara syubhah lebih hampir kepada haram.
Ini berdasarkan hadith Nabi yang jelas menyebut tentang perkara ini. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إن الحلال بين وإن الحرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس فمن اتقی الشبهات فقد استبرأ لدنيه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام كالراعي يرعی حول الحمی ييوشك أن يرتع فيه
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya ada mutasyabihat (iaitu perkara syubhah) yang mana kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang memelihara diri daripada segala perkara syubhah itu، maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan kehormatannnya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara yang syubhah، maka dia telah jatuh ke dalam perkara-perkara yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala kambingnya di sekitar kawasan yang terlarang yang mana kambingnya itu hampir-hampir makan rumput di dalamnya. [ Riwayat Al-Bukhari no.52; Muslim no. 1559]
Allahua'lam.