Siapa Qarin?

Qarin (قرين) bermaksud peneman، pendamping. Ia juga boleh membawa maksud zauj (suami). Jika qarinah boleh membawa maksud zaujah (isteri). Kedua-dua mereka tergolong pendamping terhadap sesuatu.
Namun yang dimaksudkan secara dengan qarin dalam Al-Quran dan hadith ialah pendamping dari kalangan jin، syaitan atau malaikat. Mereka mendampingi setiap manusia. Antara ayat Al-Quran yang menyebut tentang Qarin ialah:
ومن يعش عن ذكر الرحمن نقيض له شيطنا فهو له قرين
Dan sesiapa yang tak mengendahkan pelajaran Allah Yang Maha Pemurah، jadilah syaitan itu sebagai qarin (temannya). [Az-Zukhruf 43:36]
Qarin ini mendampingi semua manusia termasuklah Nabi. Namun، Qarin Nabi telah masuk Islam dan ia hanya menyuruh kearah kebaikan sahaja. Didalam hadith diriwayatkan daripada Ibn Mas'ud، Rasulullah sallallahu 'alahi wasallam bersabda:
ما منكم من احد الا وقد وكل به قرينه من الجن قالوا واياك يا رسول الله، قال واياي الا أن الله أعانني عليه فأسلام فلا يأمرني الا بخير
Tidaklah seorang pun daripada kalian melainkan didampingi oleh qarin dari kalangan jin. Beliau bertanya: Engkau juga ya Rasulullah? Baginda jawab: Aku juga، namun Allah membantuku mengalahkannya lalu ia masuk Islam. Maka ia hanya memerintahkan kebaikan kepadaku. [Muslim no. 2814]
Allahua'lam.

View more