tapi ustaz bukan nabi dan sbhgian sahabat gunakn sedikit waktu utk berhibur ke??nabi pon xlarang tpi jgn smpai lalai atau terpesong akidah..??

Kamu tahu tak apa makna LALAI?
Ramai hari ni orang guna alasan boleh berhibur asalkan tak lalai. Dan, dengan alasan "asalkan tak lalai" ni, mereka pun main game berjam-jam bagai. Atas alasan, "aku tak tinggal solat".
Sebenarnya, LALAI ialah kita lalai dari buat perintah dan suruhan Allah. Dan, perintah dan suruhan Allah bukan solat sahaja. Saya nak tanya:
1)Kamu solat jemaah 5 waktu di masjid secara berjemaah(bg laki) dan solat awal waktu(bg wanita)?
2)Kamu baca quran 1 juz sehari?Atau sekurang2nya 5 muka sehari?
3)Qiamullail buat tiap malam?
4)zikir pagi petang istiqomah?
5)DAKWAH DAN TARBIAH kamu buat? Means, dah berapa orang yang BERUBAH asbab kamu?Dan kamu ikut tarbiah secara komit?
6)Kamu dah baca buku agama? Buku sirah apa yang kamu dah baca, buku fiqh apa yang kamu dah baca, buku firrah dan tarbiah apa yang kamu dah baca?Dah baca tulisan hasan albanna, fathi yakan, ahmad arrasyid, mustafa mahsyur, almaududi, syed qutb, alqardhawi dan lain-lain walaupun satu?
7)Mak ayah kamu berbakti?
8)Pelajaran kamu skor tak?
***
Hakikatnya, kalau kamu TUKAR MASA yang kamu gunakan untuk main game tu kepada DAKWAH TARBIAH ILMU, nescaya, kamu boleh jadi ulama'. Tapi, akibat kita LALAI dengan game, akhirnya buku agama kita kurang baca, quran dan tafsir kita jarang bukak, pelajaran lemah, dakwah dan tarbiah dah terabai dan sebagainya.
Ingat, jangan fikir LALAI tu hanya dengan jaga solat. ISLAM BUKAN SEKADAR SOLAT.
Wallahua'lam.
*Game ni ASALNYA HARUS. Tapi, jika dah terabai benda yang saya sebut di atas, boleh jadi makruh. Dan, boleh jadi haram.

View more