Ask @adninroslan:

ustaz dh ada isteri? bgaimana ustaz jadikan dia isteri? melalui wali dan tak pernah pandang dia langsung kcuali saat akad nikah? tak mungkin sbb tgk bakal isteri kita kan harus agr tak tertipu? tp bgaimana nk jaga pandangan dan buang prsaan tu? tulisan ustaz sungguh mengelirukan. maafkn saya...

Bab kahwin lain wahai kawan. BOLEH BACA FIQH MUNAKAHAT. Di haruskan bagi lelaki memandang muka dan tapak tangan wanita yg ingin di kahwininya.
Simple je. Saya bagi contoh diri saya sendiri.
Saya mintak naqib saya carikan seorang perempuan utk saya. Kemudian, saya dapat borang perempuan tu. Saya lihat biodata dan gambar di dalam borang tu. And then, bila saya setuju, maka akan di arrangekan sesi TAARUF bersama akhwat tu, yg di kendalikan oleh org tengah. Ketika tu, tanyalah apa2 nak tanya supaya kenal. Kemudian, kalau setuju, bgtau parent masing2, dan arrange pertemuan antara keluarga. Saya jmpa keluarga pihak perempuan, dan taaruf dgn keluarganya.
Kemudian, keluarga saya pula jumpa keluarga perempuan tu, kemudian merisik. And then bincang tarikh tunang. Kemudian tunang. Set tarikh kahwin. Kemudian kahwin.
SIMPLE.
***
1)Saya tak pernah kenal pun perempuan tu sebelum ni. Tapi, dgn beberapa kali taaruf yg di kendalikan oleh org tgh dan taarug bersama keluarga, dah boleh kenal dah.
2)Sepanjang sesi tunang, kami x pernah mesej i love u you love me, dan sbagainya. Hatta, kami hanya chat/mesej atas urusan penting sahaja. Itupun dalam group yg di kendalika oleh org tgh seperti kakak saya, ayah saya dll, supaya perbincangan sentiasa terkawal.
***
RAMAI HARI NI org guna alasan tunang utk berikhtilat. Dah ramai org tanya saya soalan secara personal, menceritakan bahawa mereka dah bertunang, tp x sempat kahwin, dah BERZINA!!!!!! Bukan sorang dua.
Islam ni mudah dan simple kalau ikut betul2. Nabi dan khadijah dulu pun, x pernah sembang kosong melainkan tth kerja. Itupun sgt terkawal. Once khadijah tertarik, trus dia guna ORG TGH iaitu maisarah utk lamar nabi melalui atuknya.
****
Pesan saya:
"Dah bersedia nak kahwin baru orak langkah. Jgn x bersedia dah sibuk cop org ni sbg suami/isteri bagai. Pastu putus tunangla inila itula...."
MALU LA DGN ALLAH.

View more

ustaz macam mana saya nak tenang kan diri saya sebab saya tak dapat banggakan parents saya dlm pmragi tadi :( saya rasa saya macam loser sangat? (bendera merah)

saya UPSR 3A 2B.
PMR 5A 4B.
time form 4 baru saya sedar yg saya ni malas dan x beberapa pandai. maka, saya belajar gila2 bapak, tidur pkul 3 tiap hari, nota buat mcm2.
Alhamdulillah, SPM saya dpt 9A dgn bantuan allah.
****
tp, saya cadang? banggakan mak ayah kamu dgn AKHLAK dan solehnya kamu! itu lebih brharga!
tahniah atas result kamu.
bagi saya:"PMR, its all about genius, but SPM, its all about struggle".

View more

HMM.. CERITAKAN LAH, TAHUN DEPAN SY SPM NII, MASIH LALAI DGN DUNIA :(((( CAMNE NAK ISTIQAMAH, CAMNE NAK SKOR ADDMATH DAN KIMIA T_T kdg2 , sy istiqamah, sy rajin belajar ..tapi ade satu masa sy jadi lalai, malas ...dan sampai lahhh skrgg T_T

Punca malas ialah dosa. Cuba taubat dan tgalkan dosa.komfem.jadi rajin.
Saya cabar.
1)tinggalkan ikhtilat
2)tak payah bercinta
3)jgn tgok drama x kisahla korea jepun hindustan melayu ke.
4)jgn dengar lagu bieber,1D, exo, katy perry dan yg seangkatan dgnnya.
Benda2 macam nila yg merosakkan hati. Dan bila hati rosak, malas menguasai diri.

View more

Assalamualaikum. Ana nk tye. Baru2 ni ade calon spm yg buat sujud syukur di dataran slps habis spm di luar dwn. Dan ada gambar yg diupload ke fb dan twitter. Ada komen berbunyi "yg sye x gemar bile korg membesar2kan ibadah korg, ke mmg kite kene membesar2kan kebaikan yg kite buat?" mohon penjelasan.

X salah pun.
Sbb bukan nampak pun muka tu.
Org yg komen tu hati busuk. Asyik nak cari kesalahan org je.

View more

Sebagai cth : Ali percaya akan pengharaman zina. Dia percaya. Dan dia tahu ianya berdosa besar. Tetapi, oleh kerana nafsu, dia terus melakukan zina. Pd masa yang sama, dia rasa takut akan kemungkaran Allah kepadanya. So adakah jatuh hukum kufur kepada Ali ?

Kufur perbuatan.
Tapi bukan kufur iktikad.
Sbb tu ada hadis yg kata, org yg berzina, ketika dia berzina tu iman akan keluar dari diri dia. Jika dia taubat, iman masuk balik.
Sbb, org beriman xkan buat apa yg Allah larang.

View more

salahkah meminati korea??

Meminati lagu, drama, movie dan yg sama waktu dengannya, HARAM andai:
1) lagu tu ada unsur x elok (kpop, unsur tarian wanita, lirik lagu yg berunsur cinta~walaupun kita x faham~. bukan korea je, apa2 lagu yg ada unsur2 macam tu, haram utk di lihat dan di dengar.
2)movie/drama korea yg berunsur cinta, HARAM. saya malas nak hurai benda ni dgn trperinci. cuma saya nak nyatakan bbrp teori:
*seorang wanita yg obsess dgn artis korea/jepun, hatinya ada masalah.
*seorang wanita yg obsess dgn artis lelaki sprti one direction, justin bieber dan lain (saya highlightkan 2 artis ni kerana saya jmpa ramai wanita yg taksub dan obsess mereka tahap kritikal), maka hatinya ada masalah.
*Sesiapa yg mghiburkan diri mereka dgn kpop atau lagu2 lagho yg lain, hati mereka ada masalah.
******
bila saya sebut "hati mereka ada masalah", bererti perlu TAUBAT dan usaha segila2nya utk tgalkan. sebelum sampai satu tahap, hati anda mati.

View more

tapi ustaz bukan nabi dan sbhgian sahabat gunakn sedikit waktu utk berhibur ke??nabi pon xlarang tpi jgn smpai lalai atau terpesong akidah..??

Kamu tahu tak apa makna LALAI?
Ramai hari ni orang guna alasan boleh berhibur asalkan tak lalai. Dan, dengan alasan "asalkan tak lalai" ni, mereka pun main game berjam-jam bagai. Atas alasan, "aku tak tinggal solat".
Sebenarnya, LALAI ialah kita lalai dari buat perintah dan suruhan Allah. Dan, perintah dan suruhan Allah bukan solat sahaja. Saya nak tanya:
1)Kamu solat jemaah 5 waktu di masjid secara berjemaah(bg laki) dan solat awal waktu(bg wanita)?
2)Kamu baca quran 1 juz sehari?Atau sekurang2nya 5 muka sehari?
3)Qiamullail buat tiap malam?
4)zikir pagi petang istiqomah?
5)DAKWAH DAN TARBIAH kamu buat? Means, dah berapa orang yang BERUBAH asbab kamu?Dan kamu ikut tarbiah secara komit?
6)Kamu dah baca buku agama? Buku sirah apa yang kamu dah baca, buku fiqh apa yang kamu dah baca, buku firrah dan tarbiah apa yang kamu dah baca?Dah baca tulisan hasan albanna, fathi yakan, ahmad arrasyid, mustafa mahsyur, almaududi, syed qutb, alqardhawi dan lain-lain walaupun satu?
7)Mak ayah kamu berbakti?
8)Pelajaran kamu skor tak?
***
Hakikatnya, kalau kamu TUKAR MASA yang kamu gunakan untuk main game tu kepada DAKWAH TARBIAH ILMU, nescaya, kamu boleh jadi ulama'. Tapi, akibat kita LALAI dengan game, akhirnya buku agama kita kurang baca, quran dan tafsir kita jarang bukak, pelajaran lemah, dakwah dan tarbiah dah terabai dan sebagainya.
Ingat, jangan fikir LALAI tu hanya dengan jaga solat. ISLAM BUKAN SEKADAR SOLAT.
Wallahua'lam.
*Game ni ASALNYA HARUS. Tapi, jika dah terabai benda yang saya sebut di atas, boleh jadi makruh. Dan, boleh jadi haram.

View more

Assalamualaikum, ustaz. Maaf. Kalau tak menyusahkan ustaz. Boleh tak ustaz ceritakan serba sedikit pengalaman ustaz semasa menjadi pelajar SPM dulu? Semoga menjadi sumber inspirasi. :)

Saya ni.......
Jujurnya, bukan budak yg genius. Bukan budak yang selalu naik pentas utk pelajaran. Yg saya ingat, time saya darjah 2, saya pernah dapat nombor 3 dalam kelas. lepas tu dapat hadiah naik pentas.
Tapi, UPSR saya mengecewakan mak ayah saya. dapat 3A 2B je. Yelah, kakak dan adik saya 5A UPSR diorang.
Time skolah menengah, dari form 1, saya tidak di kategorikan sebagai orang yg pandai. Tak pernah dapat naik pentas langsung. PMR, sekali lagi saya mgecewakan mak ayah saya. saya dapat 5A 4B. Sedih, tapi apakan daya.
SAMPAI SATU TAHAP,mak ayah saya macam dah tak pandang saya sgt dalam bidang akademik ni. Saya belajar ke tak belajar, mereka tak kisah, asalkan saya jadi budak baik.
Berbanding dgn adik beradik saya yg lain, mak saya selalu marah depa kalau x belajar. Kakak saya SPM 12A, dpt anugerah pelajar paling cemerlang, org pertama dapat 12A di SAMTTAJ.
Saya masih ingat, saya mula insaf dan ada kesedaran utk rajin ialah ketika AKHIR TAHUN FORM 4.ketika tu, saya memang target utk belajar sguh2, banggakan mak ayah.
Time tu, saya belajar hampir setiap hari sampai pukul 3 pagi. Saya buat latihan, buat nota, baca buku, hafal, dan lain2. Dan alhamdulillah, ketika periksa akhir tahun form 4, saya dapat 8A dan berjaya naik pentas buat pertama kali utk pelajaran di sekolah menengah!
Sejak itu, saya rasa yg sebenarnya BELAJAR NI SAAANGAT BEST. Belajar ni kalau NIAT KITA JELAS dan bukan terpaksa, kita akan rasa sangat nikmat.
Alhamdulillah, t berkat pertolongan allah, Allah bg saya dapat 9A dalam SPM.
Mak saya menangis, sebab dia langsung tak konfiden yg saya mampu dpt 9A. Mak saya peluk saya, mak saya cium saya. Saya syukur juga, saya mampu buat mak ayah saya tersenyum gembira.
MASIH SAYA INGAT, guru saya di sekolah menengah berkata:
"Kalau korang nak tengok orang bodoh yang berjaya, tgoklah adnin.
******
PENGAJARAN:
1)sebodoh mana pun kita, ia bukan alasan utk kita berpeluk tubuh, putus asa dgn kejayaan. Mana ada orang yg tak boleh. Cuba muhasabah balik:
-kita belajar berapa banyak?
-atau kita ni byk buang masa dengar kpop,bieber,1D,lady gaga dan lain2, atau habiskan masa tgok movie demi movie, drama demi drama, anime demi anime, runningman dan lain?mgkin dosa2 inilah menjadi PUNCA ALLAH tak kabulkan doa kita utk cemerlang. kalau ya, baca ni:
http://adninroslan.blogspot.com/2014/06/teguran-buat-kpopers-belieber-dan.html?m=1
-atau kita byk buang masa dgn bercinta monyet?jika ya, baca ni:
http://adninroslan.blogspot.com/2014/05/cinta-itu-menghancurkan-kau.html?m=1
2)akhirnya, muhasabahlah kembali. sejauh mana kita ini ikhlas dalam menuntut ilmu? nak result cemerlang sbb takut kena marah?atau sbb nak dpt biasiswa?atau nak banggakan mak ayah semata? atau x nak kena kutuk dan d pandang rendah org lain?atau nak bangga?
NIAT2 mcm ni, kalau ada pada diri kita, nescaya segala penat lelah kita utk ilmu ni sikitpun Allah x bagi pahala. buatlah kerana Allah.maka Allah aka berikan kemudahan dan rezeki yg tak di sangka2.
WALLAHUA'LAM.

View more

Salah ke ada kawan baik lain jantina? Tak kan? Kau tu je yang mentaliti zionis

Boleh kau bagi dalil yg mengatakan BOLEH? Aku ada banyak dalil yg mengatakan tak boleh.
KALAU kau tak mampu bagi dalil, tapi kau bertegas jugak nak ikhtilat, brmakna, kau la yg macam zionis, yang EGO utk terima kebenaran walaupun dah di beri dalil yg banyak.
Agama ni bukan ikut akal bro...Dah berapa banyak orang yang awal2 kononnya kawan, akhirnya zina bro. ramai bro. Bukan sorang dua orang bro. Berjuta-juta bro.

View more

Adakah kita boleh sesuka hati menjatuhkan hukum kepada org walaupun circumstances pada zaman sekarang berbeza pada zaman sekarang ? Bukankah sepatutnya hukum2 berat ini sepatutnya diberi tugas based on ijtihad mufti2 dan fatwa2 terlebih dahulu ?

Kita x boleh hukum org A kafir dan sesat sesuka hati.
Adapun memperingatkan manusia ttg apa yg membuatkan kita jatuh kafir atau sesat, amatlah perlu.
Seperti hadis nabi:
"Pemisah antara iman dan kufur ialah solat".
Bermakna, kalau x solat, seseorang tu jatuh kafir.
Adakah nabi di kira mghukum org?
Tidak.
The point is:
1. Menerangkan manusia apakah perkara yg boleh membawa kepada kekufuran adalah amat penting supaya manusia boleh beza mana hak dan batil.
2. Menghukum org secara spesifik seprti "Abu kafir!" atau "Farah sesat dan kafir!" amatlah di larang dalam islam. Ia hanya di bolehkan jika memang ada perkara yg jelas menunjukkan yg dia telah kafir. Boleh rujuk usul 20 imam hasan albanna bab ni.

View more

ustaz, kalau kita tinggal solat macam 10 tahun kan, camne kita nak ganti solat tu ? dan kita tk tau dh brpe byk kita tinggal solat.

kalau kita tinggalkan solat ketika kita sudah baligh, maka wajib qadha'. kalau banyak sangat tinggalkan solat sampai lupa berapa banyak, qadha' segala solat yg kamu ingat.
Wahai pembaca ask.fm sekalian, suka utk saya sentuh di sini, akan betapa besarnya dosa tgal solat.
1)nabi saw brsabda:"brgsape yg tgalkan satu solat dgn sgaja, dia akan masuk neraka selama 1 huqub. satu huqub brsamaan 70 tahun akhirat. 1 hari akhirat brsamaan 1000 tahun dunia..."
2) org yg tgal solat ni, allah takkan trima segala amalan baik yg dia buat.
*****
Taubatlah dari skrg, qadha' solat semana yg kita ingat dan mampu, dan jgn tgalkan solat dgn sengaja lagi.Adakah kita tak takutkan allah? adakah kita tak cintakan allah?
Wallahua'lam.

View more

Ustaz boleh tak share kehidupan kakak ustaz masa remaja. teringin nak tahu krhidupan wanita solehah era meden ni cemana. nak jadikan ikutan. syukran

Kakak saya?
1)tudung labuh sejak sekolah rendah. Dia kata, dia ada juga keinginan utk berfashion, nak bukak tudung, nak pakai tudung pendek dan sebagainya. Namun, berkat nasihat mak ayah, juga KAWAN-KAWAN yang "setudung labuh" dgnnya, akhirnya dia rasa kuat.
2)sejak sekolah menengah, dia amat jaga batas2 ikhtilat. sehingga, lelaki pun sangat respect dia lantaran ketegasannya bab2 ikhtilat ni.
*nak tahu pasal ikhtilat, baca ni:
http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html?m=1
-dia tak pernah chat dgn laki.
-dia tak pernah ada nombor lelaki dalam henset.
-dia tak berkawan dgn lelaki.
-dia tak layan lelaki.
Kalau ada urusan yg melibatkan lelaki seperti nak handle program, mesyuarat pgawas dan sebagainya, dia JAGA batas dan serius dalam percakapan. bak kata lelaki2 yg satu batch sekolah dengan kakak saya:
"adnin. kakak kau kat sekolah dulu thiqoh(di percayai/org respect) gila..semua laki tak berani kacau dia. dahla cantik...."
3)Lepas SPM(alhamdulillah dia dpt 12A), dia hafal quran di darul quran. alhamdulillah dia dpt hafal 30juz dalam 1 setengah tahun. Kemudian dia sambung degree di jordan dalam bidang usul fiqh. sejak itu dia buat keputusan utk berpurdah. sehingga sekarang.
4)dalam keadaan dia berpurdah, dan tak sembang dgn lelaki pun, lebih 5 orang datang rumah utk meminang kakak saya.
***Nak kata, tak payah nak risau bab2 jodoh ni.
5)sekarang, alhamdulillah dia dah berkahwin dan dapat 2 org anak kembar.
6)kakak saya juga tak minat dan tak tgok cerita2 korea jepun, tak dgr artis barat mcm justin bieber, one direction dan lain2, juga x layan kpopp dan segala HIBURAN yg mengahancurkan jati diri seorang wanita.
7)selain faktor mak ayah dan kawan2, kakak saya aktif bersama NGO Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) yg amat menekankan aspek tarbiah dari segala sudut, dan amat menjaga ahlinya. Saya juga adalah ahli ISMA. alhamdulillah.
*****
PENGAJARAN:
1) Tak perlu pun risau laki kata kita sombong sebab kita "jual mahal". Buat apa nak dgr cakap laki mcm tu? laki macam tu biasanya hanya nak mempergunakan perempuan utk kepuasan nafsu mereka. Biar mereka kata kalian sombong, asalkan Allah redha kalian wahai wanita!
2)Jagalah ikhtilat sebaik mungkin. tak payah nak bercinta sebelum kahwin ni. Seksa kot. tak best langsung. baca tulisan saya pasa cinta kat sini:
http://adninroslan.blogspot.com/2014/05/cinta-itu-menghancurkan-kau.html?m=1
3)jagalah diri kalian dari melihat/mendengar/melayan artis2 barat/korea jepun dan yg sama waktu dgnnya.wanitapun WAJIB jaga pandangan.
4)ikutlah TARBIAH. baca ni:
http://adninroslan.blogspot.com/2013/11/nak-pilih-jemaah-apa.html?m=1
WALLAHUA'LAM.
:')

View more

itu ustaz. ustaz senang lah.keluarga ustaz mesti baik2 je kan.. keluarga saya tak.. malah diorang tak percaya kalau saya ckp 'cousin berlainan jantina tak boleh pegang2'. saya terperangkap, terseksa dgn kejahilan & kelemahan diri. kadang2.. rasa nk futur. tolong bagi kata2 semangat

sepupu belah mak saya, hampir semua kehidupan ala2 barat. die rambut, seksi tahap kritikal, ada yg minum arak dan sebagainya. Melainkan beberapa orang yg allah pelihara, antaranya ibu saya!
sepupu belah ayah pula kehidupan org kampung, ada yg dadah dan sebagainya, melainkan bbrp org yg Allah selamatkan, antaranya ayah saya!
Syukur sgt mak ayah saya di pertemukan oleh Allah.
Di belah family mak saya, keluarga saya di anggap kolot, dan mereka tak respect serta pandang rendah, hanya semata2 kami berperwatakan "orang islam".
tapi kami buktikan yg org yg amalkan islam lebih MAJU dan keterhadapan dalan hidup berbanding org yg tak amalkan agama! Kami nak buktikan pada sepupu2 kami.
Kakak saya 12A SPM.
Saya alhamdulillah 9A spm.
adik saya upsr 5A, pmr 8A.
Dan mak ayah saya berjaya asaskan tadika LITTLE CALIPH yg mana skrg dah ada lebih 150 cawangan di seluruh malaysia.
*****
Kesimpulannya, di mana pun KEADAAN YANG KITA LALUI, jgn jadikan alasan utk kita melonggarkan agama. Andai kita tak tahu, insyallah Allah ampunkan. tp andai kita xde usaha utk belajar ilmu agama,nauzubillah. apatah lagi kalau kita dah tahu, tp kita longgar2kan dan ambil ringan perintah Allah, takut2 Allah soal kat akhirat nanti.
Nauzubillah. Moga Allah pelihara kita. Setiap org ada ujian yg dia hadapi. mungkin ujian yg kamu hadapi 1000 kali lagi berat dari saya, kerana kamu mampu dan iman kamu lebih hebat dari saya. Saya doakan agar kamu dapat laluinya dgn sabar, tabah dan solat!
moga allah bg syurga!!

View more

Next