@ainaromei

ainaromei

-♡♥

ainaromei
Kehidupan adalah sebuah perjalanan
yang panjang dan penuh dengan
dugaan. Allah telah menentukan bahawa
perjalanan kehidupan setiap manusia
hanya berakhir pada dua destinasi iaitu
syurga atau neraka. Allah telah
mencipta manusia masing-masing sesuai
dengan peranannya. Kebiasaan bagi
seseorang musafir yang ingin menempuh
suatu perjalanan yang jauh adalah
membawa bekal yang sesuai dan
mencukupi sehingga sampai ke destinasi
dengan selamat.
Wanita adalah makhluk Allah yang
dicipta sebagai pasangan kepada lelaki
dan mempunyai peranan yang sangat
penting dalam hidupnya. Perjalanan
menuju ke destinasi syurga akan
menuntut seorang wanita untuk berusaha
menjadi seorang wanita muslimah yang
sejati. Layaknya seorang penunggang
kuda yang mahir, menunggang kudanya
untuk memudahkannya menuju ke
destinasi dengan selamat, seorang
pemandu kereta memilih untuk
memandu kereta dalam bermusafir dan
begitu juga wanita selayaknya memilih
untuk menjadi muslimah sejati supaya
selamat sampai ke destinasi syurga yang
diimpikan.
Bekalan pertama: Menjadikan Al-Quran
dan As-Sunnah sebagai rujukan utama
dan cara hidup
Namun begitu, perjalanan yang sangat
jauh ini memerlukan bekal yang
mencukupi dan sesuai bagi seorang
muslimah. Lebih-lebih lagi dalam era
globalisasi ini yang menyaksikan
muslimah-muslimah diserang dengan
pelbagai ancaman yang boleh menggugat
jati diri seorang wanita muslimah di
sepanjang perjalanannya. Oleh itu
bekalan pertama yang harus ada pada
seorang muslimah adalah bekalan taqwa
seperti yang difirmankan Allah dalam
surah Al Baqarah ayat 197,
“Berbekallah dan sesungguhnya sebaik-
baik bekal adalah taqwa.”
Bekalan taqwa ini akan memastikan
setiap hati muslimah di dalam
perjalananya sentiasa menjadikan Allah
sebagai satu-satunya tempat memohon
perlindungan dan pertolongan. Ketika
hati wanitanya sentiasa ingin dekat
dengan Allah dan ingin tahu apakah
peranannya, apakah sumbangannya
dalam kehidupan ini maka rujukan
utamanya adalah Al-Quran dan As-
Sunnah. Hal ini seumpama seorang
pengembara yang tidak tahu arah jika
difikirkan dengan kemampuan akalnya
yang terbatas maka Al-Quran dan As-
Sunnah menjadi panduan sepanjang
perjalanannya. Lebih jelas lagi,untuk
menjadi seorang muslimah sejati
hendaklah rajin membaca Al-Quran,
menghafal ayat-ayatnya, mengkaji dan
meneliti maksud ayat-ayatnya serta
mengamalkannya di dalam kehidupan.
Tidaklah cukup bagi seorang wanita yang
mahu bergelar muslimah sejati hanya
pandai membaca Al-Quran tetapi tidak
mengamalkannya di dalam kehidupan
kerana ayat-ayat Allah bukanlah
sekadar untuk dibaca dan dihafal
tetapi hendaklah dijadikan amalan dan
sistem kehidupannya.
Bekalan kedua: Menjadikan wanita yang
beriman sebagai tauladan kehidupan
Muslimah sejati adalah wanita yang
sentiasa menjadikan wanita-wanita baik
seperti isteri-isteri nabi, sahabiah dan
wanita beriman sebagai teladan
hidupnya. Sesungguhnya sejarah telah
membuktikan bahawa wanita-wanita
yang bertaqwa akan sentiasa berjaya di
dalam hidupnya. Ukuran kejayaan
seorang wanita bu

Latest answers from ainaromei

"Just close your eyes, and think with your heart: how many blessings Allah has blessed you with today without you even asking."

🌹🌹🌹

"Everything you desire exists with Allah. So if you have Allah, you have everything you desire. If you don't have Allah then nothing you desire will make you happy." Shaykh Hamza Yusuf

💕💕

"Miracles do happen. Silent dreams do come true. Become hearts become brand new. That's what prayers and faith can do."

jzzk😍

"If Allah separates you from something, trust His ability to teach you there is something more beautiful on the way."

:))

Language: English