Ask @aqilod7:

Boleh tak share tips belajar korang ? Lain orang , lain cara 😃❣

frankly speaking, aku ni bukan la jenis struggle sangat dalam study
time upsr and pt3 pun banyak main sebab tu tak pernah dapat straight A lol
even spm pun, time awal tahun tu banyak gila main. start belajar betul2 time nak trial
so kalau aku punya cara study lah kan,
aku tak study petang2. aku akan start study lepas maghrib, tapi study yang ringan2 je macam baca nota ke.. and then lepas isyak baru sambung balik sampai pukul 10:30-11 gitu.
pastu bangun awal pagi sebab otak time tu memang fresh so ilmu senang la nak masuk time tu insyaAllah.
kalau subjek membaca, aku suka buat latihan. contoh cam sejarah, aku buat latihan objektif dia bebanyak pakai pensel and sambil rujuk buku. pastu buat lagi sekali without tengok buku pulak.
lagi satu, aku akan baca buku tu pastu aku terangkan kat diri sendiri. kira macam bercerita dekat diri sendiri la.
kalau subjek kira2 macam math pun buat latihan bebanyak. lama2 kita akan terbiasa.
pastu, ni penting tau, mintak parents doakan. senanya kalau tak mintak pun memang diorang akan doakan.. tapi aku still akan mintak jugak.
tu je kot. harap dapat membantu la

View more

Next