Ask @erry55:

Assalamualaikum ustaz, saya pn rusuwati nak tanya. bagaimana nak dapatkan bahan dari blog ustaz ni ya..sbb saya dah cuba download tapi tak boleh2 juga....mohon pencerahan...boleh tak ustaz emailkan saya sekurang2 nya modul x a plus sbp beserta skema , tajwid dan jawi....ke..rusuwati@sas.edu.my ..Tq

wslm... untuk download bahan drpd blog saya puan perlu daftar sebagai member dlm web 4shared.com. ini kerana semua bahan yang saya masukkan dalam blog adalah disimpan dalam server 4shared.com.

View more

bolehkah anak haram menjadi imam, ustaz?

Anak haram tu kita saja yang namakan mereka dengan pangggillan tu.. sedangkan setiap bayi yang dilahirkan di dunia adalah bersih dan suci daripada sebarang dosa biarpun lahirnya disebabkan perbuatan zina atau sebagainya. Maka setiap amalannya tetap diterima Allah termasuklah menjadi Imam solat..
Nasihat saya jangan panggil mereka anak haram... kasar bunyinya ... kesian..akibat perbuatan dosa mak ayah meraka (yang tidak sah) anak pula yang dinisbahkan nama haram.
jika dalam istilah ini mereka dipanggil anak tidah sah taraf..

View more

Assalamualaikum ustaz, saya ada 2 soalan.. 1. apa maksud kufur? kafir? fasik? munafik? riddah? 2. apa tjuk nasyid yang ustaz gunakan sebagai background blog? (mohon jawab soalan melalui email : shasz89@yahoo.com) terima kasih ustaz... :)

wslm.. kufur ialah satu perbuatan yang tidak mengakui keesaan Allah dan kenabian Muhammad SAW, terbahagi kepada kufur hakikat dan kufur nikmat. Kafir ialah orang yang melakukan perbuatan kufur tersebut. Fasik ialah orang yang sering melakukan dosa2 kecil secara berterusan tanpa taubat, Munafik pula ialah orang yang menzahirkan keimanan namun batinnya adalah kufur.
tajuk nasyid : binnabil huda.. dendangan UNIC

View more