Ask @farahmadihah:

sajak untuk merdeka ?

Merdeka -
Bukan mudah untuk diraih
Bukan mudah untuk dijuangkan
Bahkan payah untuk diperoleh
Lagikan payah untuk dipertahan.
Satu titik tolak berubahnya fasa
Pantasnya masa berlalu
Dari dulu ke kini
Di bawah jajahan kepada bebas merdeka.
Tapi diistilahkan merdeka itu
Pada bebasnya kita dari pemerintahan mereka
Pada bebasnya kita dari perundangan mereka
Dan bebasnya kita dari jajahan fizikal mereka.
Namun
Adakah kita benar merdeka?
Dari jajahan media mereka?
Dari jajahan idealogi mereka?
Dari segala cengkaman mereka?
Tidak.
Tidak sama sekali.
Bagkitlah anak muda,
Keluar dari kepompong jajahan ini
Merdekakan diri.
Bebaskan diri.
Merdeka!
27082017
1227

View more

Assalam'alaik. Nak tanya. Apa itu REDHA? Dan macam mana nak REDHA? -S-

Alaikumussalam warahmatullah.
Redha tu means kita terima segala yang Allah beri dengan hati yang terbuka. Contoh common periksalah kan. Dapat result yang kurang memberangsangkan. Once kita terima result tu, first and foremost kita kena redha yakni terima sebab memang itulah yang kita dapat dan nothing can change it kan.
Ok how to gain redha? Redha ni em saya tak sure lah cemana tapi tu kena mula dengan hati kita sendirilah. Kena train sabar. Tak boleh suudzon (buruk sangka) dengan Allah sebaliknya kena sentiasa husnudzon (baik sangka) dengan Allah sebab He knows the best. Em maaflah saya bukan pakar so nak lebih awak tanya yang lebih layak menjawab okay? 😇

View more

Assalam'alaik. Ada motivate about ujian tak ? If ada, boleh share?

Alaikumussalam warahmatullah. Sorry ya saya dah lama tak bukak acc ni.. Motivation eh, takdelah motivation sangat pon 🙃
Ujian mana ya?
Ujian yang Allah bagi ke cemana hm. Kalau tu kita kena terima and redha lah sebab Allah sendiri kata yang kita mampu kan. Takkan kita tak boleh tahan sedangkan Pencipta kita sendiri kata kita boleh. Mintaklah kekuatan dari Allah sebab semua tu Allah punya. Allah tunggu masa tu untuk kita mintak. And sebenarnya lah kan kita banyak doa nak kuat lah itu ini bagai, melalui ujian yang sebegitulah Allah salurkan kekuatan dalam diri kita. Sebenarnyalah kan.
Or ujian periksa tu? Kalau tu kena tajdid niatlah kenapa belajar and so on. Satu lagi ingatlah, parents hantar sini sebab nak belajar, lagipun kan ke belajar tu tuntutan agama jugak. Biarlah diri kita ni mampu beri manfaat pada orang kelak sebab sebaik manusia tu adalah mereka yang banyak memberi manfaat pada yang lainnya kan?
Am I right? 😄

View more

Assalamualaikum. Nk tnye. Boleh ke buat solat hajat sebelum solat fardu? Mksudnya. Kita terlepas solat isyak berjemaah. Selepas solat isyak tu, dorng buat solat hajat. So, boleh ke buat solat hajat dulu?

Waalaikumussalam warahmatullah. Firstly sorry late sebab saya lama tak bukak acc ni. And pasal tu saya tak sure tapi kebiasaannya kalau kat sekolah saya depa solat isyak berimamkan solat hajat tadi tu. Means bila imam bagi salam kita sambung lagi dua rakaat 😇

View more

Next