Ask @imaleeya:

Kadang kala bukan org taknak berubah tapi mereka tiada sokongan yg membina .. Lalu mereka malu, putus asa n enggan berubah .. Allah . jom bimbing antara satu sama lain? nasihat-menasihati . ajak kpd perkara kebaikan :') - A _ S #LuasknDakwah~

Ada disebut dalam hadis yang pertama, iaitu NIAT. Segala perkara yang kita lakukan itu bergantung kepada niat. Kalau niat baik, baiklah jadinya dan begitulah sebaliknya. Bila niat kerana Allah, segala dugaan susah pahit getir kita BOLEH tempuh dengan bantuan Allah. Allah pinjamkan sedikit kekuatanNya untuk kita. Jika tidak kerana Allah yang kuatkan kita, maka tiada satu pun kekuatan yang ada dalam diri kita untuk menempuh cabaran hidup ni.
Bagi mereka yang niat disebaliknya, moga Allah bukakan pintu hati mereka untuk kuat balik, rasa jatuh cinta balik untuk kembali kepada Allah. Doa itu senjata mukmin. Sebagai sahabat, jangan berhenti berdoa.

View more

macam mana nak jaga maksiat mata,mulut,hati dan sebagainya.?

Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.
agalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain. Ada orang, dihumbankan ke neraka kerana satu sebab. Sebab tak jaga lidah. Hati-hati. Jangan ambil remeh.
Dalam banyak-banyak ni, jaga hati yang susah sikit. Bila duduk je sorang-sorang, mula lah teringat masa zaman cintan-cintun dulu. Lepastu mula lah rindu. Pastu mula lah rasa nak contact dia balik. Pastu .. pastu .. pastu ... Jalan penyelesaiannya, hadirkan Allah setiap saat dalam hati. Rindu tak salah, yang salahnya bila kita terlalu melayani perasaan rindu itu. Kan lebih baik kita alihkan rindu itu pada Nabi Muhammad SAW yang setia mencintai kita.
Paling penting, JAGA IKHTILAT. Bila kamu dah jaga ikhtilat, In shaa Allah semua akan terjaga. Istighfar istighfar istighfar lah selalu.

View more

As'salam.. nak tanya sedikit. Saya ada masalah sakit gusi bahagian dalam mulut. rasa bengkak, tapi tak adalah berdarah. Sakit.. Bila kunyah/ cakap akan rasa sakit. Ni terjadi dekat 3-4 tempat dalam mulut (bahagian tepi gigi belah dalam) Ada tahu ni sakit apa tak? Syukran

Waalaikumsalam. Ekceli, saya taktahu bab-bab dentist ni huhu tapi rasanya kalau gusi bengkak sebab gigi nak tumbuh. Tak silap lah. Teringat mak cakap haritu. Kalau salah maaf ye.
Maaf para-para doktor gigi sekalian. Uhuk

View more

Next