Ask @nanajohari:

spent years with the thought "im an extrovert!" lol bcs i talk a lot with people, but still needs time to be alone (it grews within years) and i rasa kenapa macam skill bercakap tu makin kurang ;( and then i discovered myself, im actually an introvert huhu. have been lying to myself sebab extrovert

-extrovert tu macam hebat je T.T. trying to love myself more now ehe.
||
i fully support you loving yourself! extrovert and introvert each has their own strength and weakness.

View more

Macam mana nak fit in with society? Masalah saya, jenis introvert. Orang approach baru boleh ngam. Kalau tak, sampai ke sudah. Boleh bagi nasihat atau cadangan? Thanks in advance. May Allah bless you ^_^

Apa yg awak nak capai/tahu tu saya rasa sebenarnya dalam kategori ‘social interaction’, tak semestinya ‘fitting in’. Saya mungkin bukan orang yg terbaik untuk jawab benda ni.. kurang pengalaman..
Approaching people in real life 101:
1. Senyum, eye-contact & adab.
Nampak lebih terbuka.
2. Cakap tentang pengalaman yg releven/dikongsi.
Misalnya korang berdua tengah tunggu benda yg sama, mungkin boleh cakap psl benda tu. Komunikasi ni mcm main bola, pas bola tu di antara korang berdua. Awak komen tentang sesuatu atau tanya soalan releven > dia jawab > dia mungkin akan tanya soalan balik tapi kalau tak, awak boleh bagi jawapan awak pd soalan awak tadi > dia yg patut tanya soalan atau buat komen yg seterusnya. Ulang. Kalau orang berminat nak bersembang, akan ada sesuatu yg awak boleh komen dlm jawapan diorang. Kalau diorang tak berminat, selalunya jawapan ringkas je. Kalau awak tak pasti, cuba dua kali dan lihat. Sesetengah orang terkejut bila orang tetiba tegur, diorang blank. Jangan takut untuk cakap slow.
3. Tunjuk vulnerability.
Manusia ni lagi selesa dgn orang yg senang dibaca (emosi/niat) dan dgn orang yg tak nampak perfect. Kalau nervous pasal sesuatu, mungkin awak boleh mengaku je yg awak nervous. Gelak sikit ke. Rendahkan diri tapi jgn melampau sampai kutuk diri sendiri. Orang yg dengar tu pun mungkin alami benda yg sama so boleh bina connection di situ.
4. Jangan kutuk orang lain (gosip).
Cara ni ‘hit or miss’. Silap haribulan awak mengutuk kekasih/keluarga orang tu tanpa sedar.
//
General, untuk introvert:
1. Keluar dari kepala sendiri.
Bila kita di tempat awam, berkemungkinan besar kita akan perlu berinteraksi dgn orang lain; orang lalu lalang, pekerja etc. Maka bersedia. Bila tiba situasi mcm ni, bg sepenuh fokus/perhatian pd orang tersebut.
2. Others
Senang nak bersembang dgn orang yg minat/fikir benda yg sama. Event, community. Kalau minat fotografi, bergaul dgn orang yg minat fotografi. Buat goal untuk bersembang/kenali at least seorang. Atau puji orang. Tak perlu pun nak buat perbualan panjang lebar, komen ringkas pun OK. Ataupun, approach sesiapa yg awak nak kenal; orang yg awak dah tahu nama tapi awak nak kenal lebih lanjut.
//
Konklusi:
Just be honestly curious about the other person. Find common ground, safe territory (sesuatu yg tak terlalu personal). Take it easy, don’t hope too much. Anything berlebihan = tak elok.
Tip: Tahu pendapat orang sebelum awak kemukakan pendapat awak. Dgn cara ni awak boleh avoid drpd tercakap perkara yg tak sepatutnya. Saya tak maksudkan awak perlu menipu tentang apa yg awak rasa/fikir; just tak perlu cakap apa-apa kalau awak tak setuju, atau terus tukar topik. Kekadang masa mula kenal orang ni, elok kita fokuskan pada persamaan dan simpan dulu benda yg bertentangan. (kalau awak peduli dan mahu). Tapi sesetengah orang suka jujur je dari awal (macam saya), so, depends.
Test the water.

View more

salam kak nana. what to do if someone send hate comments to us? and why does it affects us even though we know it is not true?

Maybe bcs it’s negative. Negative things give out negative vibe.
Maybe the comment triggered something (I don’t mean this in a mocking way). Emotional response means we need to pay attention. What haven’t you accepted? What are you still rejecting? ‘Knowing things’ isn’t the same as ‘believing’ in it. Do you really believe in what you know as true? Sometimes we feel disappointed because we expect something. Did you expect anything? What is it that you want from this person, or any person who knows about this hate comment?
I think it’s normal to want to get positive response, or to want validation and acknowledgement. Even from people we don’t know. Sometimes when we work so hard in something and take pride in something, especially when we identify with it, it can get to us when they dismiss it and put it in a negative way. It’s like invalidation, as if they are denying us and our truth. Especially when it’s from someone we care about and respect.
Remind yourself of what you know as true and why it is true. Remind yourself that people’s world-views are influenced by many things, not just by what you do; it is influenced by their personal experience, their biases and insecurity, their belief, their attitude to things, their personal likes and dislikes, the way other people treat them. Two individuals can make two different conclusions about the same object because they view the object from two different perspectives. Their stances influence their reasoning and the conclusion they make. People’s opinions are so vague and subjective, it’s hard to tell what influence their judgment. It’s an unsolvable mystery most of the time.
Fully understand this and believe this as true, people’s opinions will cease to control us. We might feel a throb of the same old feeling (negative) but it won’t affect us as much anymore, it won’t control our decisions. You might still feel something when people throw hate at you (because hate gives out negative vibe), but the feeling will recede and you will be able to bounce back. This matters more than ‘not feeling negative at all’ about hate comments. Getting back up or continuing whatever you have been doing. Having control over decision you make and not letting wrong things affect it. There are days when it does affect our decision, so in this case we follow it up with actions that truly comes from ourselves. It’s a process, there are ups and downs. Do what you love to do. Drown the hate with love. Surround yourself with love.
Self acceptance is key, too. People can’t use something you have accepted, against you. Remember.
I can be resolute in what I do; when I believe, understand and accept it as true and/or necessary. That doesn’t mean I don’t feel anything when people react negatively (but hey sometimes I really don’t feel anything). As long as it doesn’t control my decision, it's good enough to me I guess.
What do you need for you to be unwavering in whatever you do?

View more

kak nana, do u know any argument topic yang kak nana rasa interesting? sebab i need to come out with argumentative essay on any topic cuma saya tak tau nak buat pasal apa. maybe akak boleh kasi cadangan as a starting point? thanks akak really appreciate it if u can reply asap.

start with what you find interesting, what you are interested in. or if you really have nothing in mind, if i were you, i'd start with controversial or contemporary topics. look around, and pay attention to what people are talking about.
or maybe these can give you ideas
http://ieltsliz.com/100-ielts-essay-questions/

View more

kak nana, selalu discussion and theories yang akak baca online akak baca kat mana? and what kind of materials yang akak baca? sebab saya pun suka juga baca pasal psikologi stuff macam depression, self-improvement things and stuff lile that. mind sharing?

Jangan salah faham, akak tak ada la banyak membaca pun. Cuma dalam aktiviti cari ilmu ni, akak cuba banyak jenis materials dan topik because I'm interested in mostly everything. Tak ada sumber spesifik untuk satu topik.
.
Topik psychology terlalu besar, awak perlu tahu apa yang awak minat dalam psychology sebelum awak search. Kalau subtopik ‘mental illness’ dan awak fokus pada ‘depression’, kenalpasti apa yang awak nak tahu pasal topik tu. Pengalaman orang? Solusi? Penjelasan saintifik di sebalik depression? Baca pelbagai sumber untuk nampak titik persamaan dan perbezaan arguments, boleh luaskan perspektif. Topik 'self improvement' pun besar, pecahkan ke dalam beberapa bahagian dulu seperti; interpersonal skill, intrapersonal skills, emotional intelligence, transferable skills etc.
.
Kesimpulan:
Materials merata, maka fokus dulu pada apa yang awak nak cari, spesifikkan. Kalau tak pasti, just buat general reading dan bila jumpa sesuatu yang buat awak curious, baca pasal benda tu pula. Just be curious and try and read everything (with caution and critical thinking).
.
Hows:
Kalau nak senang cari, sign up dan guna pinterest.com. Awak boleh search 'self improvement' dan pinterest boleh carikan sumber apa-apa post (dari seluruh internet) yang berkaitan dengan apa yang awak search.
Socmed: follow orang yang deal dengan benda tu atau selalu bincang pasal benda tu.
Kedai buku: tengok bahagian self-help, humanities atau business.
.
[other links]
general knowledge:
https://www.skillsyouneed.com
http://www.wi-phi.com
https://www.youtube.com/user/crashcourse
https://www.ted.com

View more

Photoshop CC tu beza ke dengan CS?

sebenarnya saya pun tak tahu lol, ni apa yang saya faham daripada google; kalau nak tahu lebih lanjut dan lebih tepat, boleh buat research sendiri.
CS adalah Creative Suite. software komputer yang biasa tu. you beli, you install, then you guna.
CC atau Creative Cloud, daripada apa yang saya faham, macam.. applications. you subscribe (bayar monthly), then you boleh dapat update yang terbaru daripada developers (macam apps hp yang kita boleh update bila ada tambahan baru), so maybe lebih up to date. dan benda ni adalah cloud based (internet), boleh sync storage dan sebagainya.
dalam siri CS dan CC ni, ada banyak jenis programs. photoshop (ps) dan illustrator (ai) adalah antaranya. yang lain adalah macam Indesign, AfterEffects. so for example ada: Indesign CS dan Indesign CC.

View more

Hi wanna ask sth. May i know how the benefits of studying communication apply to you as a student in your chosen area of study

how the benefits of studying communication apply to me? eg. it smooths out my interaction with people? is that what you mean?
sorry, i'm not sure i understand, maybe you can rephrase the question.

View more

Selalunya kalau kak baca articles or apa apa bahan bacaan yg bermanfaat, kak selalu tak jot down points yg kak rasa penting?

it depends pada medium dan jenis/kegunaan info; do i need information ni untuk faham sesuatu yang i nak faham atau is it just random info, yknow?
kalau buku, selalunya ya. akak highlight dan garis, and then kalau rajin atau perlu, akak akan buat nota ringkasan (selalunya dalam bentuk flowchart) about that book. selalunya yang akak buat macam ni adalah buku 'how to' atau buku self help, akak nampak keseluruhan idea better kalau akak susun sendiri.
untuk online/skrin, juga bergantung pada jenis info. yang simple dan yang tarik perhatian akak, maybe akak quote kat twitter je. takpun reblog kat tumblr. kalau info yang berkaitan skills atau 'how to', akak memang ada tulis nota. sometimes i just think about it and talk/write/discuss, ni pun adalah satu cara akak ingat sesuatu info.
.
[contoh nota: click image for hq]
image: subtopic 'novelty', main topic 'procrastination';
Brainblocks by Dr. Theo.

View more

how to response kalau org yang tgh ckp ngn kita tu, pandang rendah kita? aku sakit hti gila mcm org igt aku x bole buat sbb aku dpt kos electrical engineering. since aku prmpuan. and aku ltk uni yg ranking biasa je dkt upu tu pun nk pndng rndh aku. aku x pham knp. sdih mcm xde org support n x prcya.

Aku bukan nak buruk sangka pada kau, tapi disebabkan aku tak tahu apa benda kesnya ni, kau kena sure yang kau tak salah interpret respon orang. Boleh jadi, orang hanya komen biasa je, tapi disebabkan kita sendiri insecure pasal benda tu, kita cenderung nampak benda tu. Maka tanya diri, adakah kau rasa uni kau pilih tu tak bagus? Adakah kau risau kau takleh bawa course tu sebab kau perempuan? Adakah kau risau orang lain rasa/fikir macam tu pasal kau? Apa yg kau maksudkan dengan 'pandang rendah' tu? Apa kesimpulan lain yg kau boleh buat tentang respon diorang? Apa yg takde kaitan dgn /diri kau/, yg boleh menyebabkan respon/reaksi diorang tu terjadi?
Aku kongsi antara sebab orang buat mcm tu:
1.
Orang yg memperlekehkan orang lain atas sebab /remeh/ adalah orang yg insecure. Cara nak lindungi ego daripada terluka & rasa terancam. Walaupun dia tak ada kena mengena dlm bidang orang yg dia kutuk tu, dia tetap boleh rasa insecure tengok orang tu /buat sesuatu/.
Maka untuk jaga ego, perkara paling senang untuk manusia buat ialah memperkecilkan (usaha) orang lain. Supaya dia boleh rasa bagus/selesa dengan diri dia sendiri, dgn pencapaian dan status dia. Manusia kutuk orang lain hodoh supaya dia tak rasa diri dia hodoh. Ada manusia tak sedar yg diri dia buat macam ni.
Seolah:
'Dia tak boleh buat pun benda ni, tak perlu aku rasa terancam dgn usaha dia'
'Dia hanya buang masa je, sama je dia dgn aku yg tak buat apa-apa ni'
.
2.
Dunia kau dan dia tak bertemu.
Kita ketepikan soal betul & salah; ada orang yg kita jumpa lihat dunia berbeza dgn cara kita lihat dunia. Mungkin sebab perbezaan ilmu/fokus. Ilmu ada byk jenis. Dia tak ada ilmu & kepercayaan yang /kau ada/ sekarang ni sbb tu lah dia tak nampak apa yg kau nampak. Sesetengah orang ada cara pandang dunia yg limited; tertutup dgn kepercayaan yg limit potensi manusia. Kalau seseorang tu dibesarkan dgn Kepercayaan A, DAN kalau dia tak guna otak untuk berfikir sendiri, Kepercayaan A tu jugak la yang dia akan ulang. Kemana diorang pergi, diorang akan sebarkan kepercayaan diorang, sebab /ini/ yg diorang faham dan tahu.
.
It feels good when people support and believe in us. Tapi ni bukan keperluan. At least, kau tak perlu setiap orang untuk percaya pada kebolehan kau- untuk kau berjaya hasilkan sesuatu yg berkualiti.
Orang yg boleh berfikir akan percaya pada /hasil/. Maka kalau kau nak orang percaya pada kau, tunjuk hasil. Kita perlukan kepercayaan sesetengah orang untuk kita survive kat dunia ni sebab diorang adalah pengantara yg membuka jalan; they pay us, they introduce us to others etc. Fokus pd orang yg (boleh) memainkan peranan dlm kemajuan diri kau.
Kau tak perlu balas/buktikan apa-ii pd orang yg tak penting. Untuk buktikan sesuatu pd orang mcm ni adalah kemahuan ego, atau boleh datang drpd rasa mahukan penerimaan/pengakuan (validation). Tak salah, cuma ada kecenderungan untuk kacau fokus kau. So leave this battle of ego, you have a destiny to focus on.

View more

apa kau buat bila kena gosip dengan 'someone' dan kau takut syok sendiri, kau minta tolong orang tanya apa perasaan dia bile kena gosip dengan kau. lepas tu dia cakap just anggap kawan. tapi kau rasa macam kecewa bila dia anggap kau kawan. apa kau akan buat ?

payah sebenarnya kalau pakai orang tengah ni. tak tahu sama ada dia betul jujur, atau cakap macam tu sebab nak cover malu. kau approach la dia terus. mana tahu dia ubah fikiran ke apa ke. tapi kalau dia sendiri dah jelas cakap 'taknak', mungkin adalah lebih baik give up.

View more

Next