Ask @thesoulvoices:

Macm mana nk hadirkan rase ikhlas nk menghafal? dulu time f1 masuk kelas menghafal sbb mk ayh suruh, skrg dh f5 still perasaan ikhlas tu berbolak balik hm ☹️

You should know yang tak semua orang terpilih untuk menjaga kalam Allah.
You're the chosen one.
Banyakkan istighfar. Allah yang membolak balikkan hati, maka berdoalah. Minta pada Allah, untuk tetapkan hati dalam jalan hafazan. Biasalah ujian menghafaz, kadang-kadang rasa tak kuat. Tapi ingat ;
"Aku dah mulakan. Jadi aku kena habiskan" -Teme
Moga Allah permudahkan urusan kamu. Moga kalam Allah kekal dalam dada kamu hingga akhirnya.

View more

Apa yg perlu saya buat Saya hafaz quran tapi tak ingat²😭 Pastu tajwid hancur Pastu banyak sngt kelemahan Keyakinan sye down bila dgn kawan² Cam mana nak buat?

Bismillah.
First benda paling penting yang awak kena buat ialah TAJDID NIAT. Hafaz al-Quran kerana Allah. Bukan kerana manusia.
Second, banyakkan istighfar. Buat solat sunat taubat. Mungkin dosa kita menyebabkan kita susah nak hafal. Bersihkan hati dulu.
Nak hafaz quran ni tak boleh gopoh-gopoh, nak cepat habis 30 juz. Apa guna kalau habis 30 juz, tpi bila ngulang langsung tak ingat kan ?
So buat slow-slow,
"biar lambat, asal ingat"
Mula-mula, awak bacalah satu page al quran sambil tengok beberapa kali. Baca betul-betul, pastikan tajwid betul, dan lancar.
Lepas dah lancar, awak mulakan hafaz satu ayat demi satu ayat.
Baca ayat pertama sambil tengok (20 kali)
Then try tutup, ulang balik ayat pertama tengok ingat ke tak. Kalau belum ingat, buka balik then baca lagi 5 kali. Then tutup , try baca . Buatlah sampai awak ingat ayat tu.
Then ulang langkah sama untuk ayat seterusnya.
Nampak susah, tapi kalau betul-betul niat awak kerana Allah, In sha Allah, Allah bantu.
Ini sekadar cadangan. Masing-masing ada cara tersendiri. Buat mana yang awak mampu.
Jangan cepat mengalah, teruskan hafaz 👍

View more

cam mane nak ingat 30 juz ni, huhuhu payahnye

Payah. Memang payah.
Tapi kita janganlah mengalah .
Teruskan menghafaz. Teruskan mengulang. Tak perlu nak cepat-cepat habiskan 30 juz. Biar kita betul-betul ingat satu page tu, then baru kita move ke page seterusnya.
Ingat, niat lillahi taala.
Banyak-banyak berdoa minta Allah pemudahkan.
Dan paling penting, jauhi maksiat. Sebab dosa yang kita buat boleh menghilangkan hafalan kita dan menyukarkan kita untuk menghafaz. Rajinkan diri buat solat taubat, banyakkan istighfar.
In sha Allah, semoga Allah permudahkan urusan kamu.

View more

Y'know what. Ada satu penyakit paling bahaya, kata ulama. . Iaitu. Cinta akan dunia dan takut akan mati. So...???

woshu woshu adibah
Penyakit yang dimaksudkan tu --
Penyakit al wahan ;
terlalu cintakan dunia sehingga takut untuk meninggalkannya.
.
.
Takut mati ada beza ;
1. Takut mati sebab taknak berpisah dengan dunia. Tak sanggup berpisah dengan kemewahan, kehidupan dunia etc
2. Takut mati sebab rasa diri masih banyak dosa dan amal belum cukup lagi.
Yang pertama tu , yang dimaksudkan penyakit paling bahaya :)
Wallahualam

View more

How tak nak takut mati?

Rasa "takut mati" tu perlu ada dalam diri kita supaya kita sedar bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan ; untuk mencari bekalan .
Bila rasa takut mati tu wujud dalam diri kita, In sha Allah kita juga akan rasa takut untuk buat dosa, takut nak dekati maksiat, takut nak langgar perintah Allah ...
.
.
"Cukuplah kematian sebagai tanda peringatan"

View more