kak wana, sha student asrama. and asrama sha susah sangat nak bagi kitorang balik. tapi tu bukan point nya. point nya adalah, macam mana student asrama nak buat duit sendiri? sha nak beli sick hockey baruuu.. huhuhu.. boleh tak kak wana kongsi tips

Awak ada full access dekat internet ke? Sekarang ni macam banyak juga peluang untuk student buat duit. Saya tak tahu awak macam mana tapi mana tahu bayangan ni boleh bagi awak idea kan. Contoh kalau pelajar university kan, kitorang ada buat printing service. Saya kadang bawak kuih dari rumah and jual je dekat kolej promote dekat whatsapp. Ada juga yang jual benda2 online, macam cookies CW ke cookies2 ni Haa. Promote dekat whatsapp ataupun iklankan kertas kecik tampal kat board dan sebagainya. Ada jugak yang jual skincare, macam-macam lagi. Dorang jadi dropship, awak boleh google dropship tu macam mana.
Ada jugak yang jual maggi, milo sachet, dan sebagainya singgit satu. Sebab benda tu macam keperluan tau untuk student. So sebenarnya banyak jeeee peluang buat duit dekat sini.
Tapi saya tak tahu asrama awak macam mana semua saya tak boleh bayangkan pun hehe. Mungkin agent dropship paling ideal tapi kena pandai cari yang betul2 tak tipu.

View more