@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Renungan untuk kaum muslimah di luar sana :) pic.twitter.com/KFEh3wf3

Peringatan yang bagus, tapi memang nak argue lagi ke pasal isu letak gambar ni?

Related users

syukran anti kerana membetulkan keslahan ana dalam penggunaan muhrim dan mahram. syukran anti :)

Afwan, sekadar berkongsi ilmu pinjaman Allah :)

Akak, saya sebenarnya nak sangat pakai tudung labuh. Tapi kalau saya pakai and then saya pergi rumah sepupu saya, saya takut dia orang perli saya. Macam mana ni kak?

Akak nak tanya, adakah awak pakai tudung labuh untuk Allah atau manusia? Kenapa nak fikir pasal apa yg manusia fikir? Kita kena fikir tentang Allah, bukan tentang manusia. :) We dress for Allah not for humans.

bila waktu sesuai nak buat solat istikharah??

Seeloknya sebelum tidur kerana waktu tidur itulah sesuai mendapat petunjuk samada melalui mimpi atau selepas terjaga daripada tidur :)
Liked by: Mia saoirse

Assalammualaikum.kalau kita janji macam ni ''Ya Allah,aku janji aku tak akan buat benda ni lagi'' adakah ianya suatu sumpah?

Wa'alaikumussalaam, saya tak pasti tapi jika disebut nama "Allah" maka itu merupakan sumpah di atas nama Allah. Dan ianya satu amanah. Wallaahu a'lam.

Akak, apa hukumnya kalau kite mimpi berpegangan tangan dengan yang bukan mahram? Berdosa ke?

Tak ada hukum ya, mimpi itu bukan pilihan tapi mainan tidur semata-mata.

Berdosa ke klau ada orang cakap kat org couple mcm ni 'hope korang kekal lama'

Erm, nak cakap berdosa atau tidak saya tak berani sebab pembahagian dosa bukan kerja saya, itu kerja Allah (kecuali yg terang-terangan berdosa). Pernyataan "Hope korang kekal lama" seolah2 menggalakkannya melakukan maksiat dan terus bergelumang dalam dosa. Wallaahu a'lam bisshowab.

assalamualaikum .. selamat pagi !! korang da ready nk k skula ?? hehe :)) bila dftr ??

Wa'alaikumussalaam,, :) Daftar 2 Jan.

Kata-Kata untuk hari ini ... "CINTA boleh kata "Tunggulah habis study dulu." Tapi MATI tak boleh kata "Tunggu dulu, aku nak pergi taubat dulu." "

=)
Liked by: ن

assalamualaikum. nak tanye ni. boleh tak kita melawat orang bukan islam yang dah mati. maksudnya bagi penghormatan terakhir

Wa'alaikumussalaam. Melawat orang bukan Islam tu di mana tempatnya?

Dengan siapa kita boleh bersalam dan tidak boleh bersalam?

Bagi perempuan?
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[An-Nuur: 31]
Berdasarkan tafsir di atas, terdapat golongan yg kita dibenarkan mendedahkan aurat kepada mereka. Maka golongan ini jugalah kita dibenarkan bersalaman dengan mereka. Yang lainnya, haram bersalaman dengan mereka kecuali kesemua golongan yg disebut di dalam Surah An-Nuur ayat 31 ini.

View more

Awak rasa saya buat perkara yang betul ke me.njual baju renang saya,sbb saya dh bertudung labuh,takkan saya nak berenang,dhla baju tu jenis yang ketat

Kalau boleh jual lah baju renang itu kat orang bukan Islam =)
Liked by: saoirse Rusy

Assalammualaikum.Jika ingin mendalami agama,harus ada guru.Kalau kita tengok ceramah dekar tv or belajar dari tv,adakah itu bermakna kita berguru juga?

Wa'alaikumussalaam. Erm, boleh dikatakan berguru tapi tidak formal dan ini adalah secara sekilas masa. Tapi tak mengapa, asalkan ada yg lebih berpengalaman yg mengajar kita, bukannya dapat daripada sumber2 mengarut seperti internet dsb.
Liked by: Nazihah

Awak rasa pelik ke klau org yg pkai tudung labuh pegi duduk kat hotel.Saya pegi hotel and adk saya cakap ada 2 org perempuan yg pkai shawl tengok saya sambil memeluk tubuh.Saya rasa pelik la,knapa msti ada org macam tu?

Tak pelik .__. Saya rasa takda masalah pun. Talking about hotels, erm, saya baru je balik daripada hotel. Rasanya ada beberapa niqabis lagi yg pergi hotel, takda masalah pun. Remember...we are born to pleasure Allah, not humans who put negative thoughts around us.
Liked by: Rusy

Apa beza darah penyakit dgn darah haid eh?

Darah penyakit itu masih boleh melakukan ibadah apabila terkeluar darah ini, tapi wajib suci daripada darah ini sebelum melakukan ibadah. Darah haid tu tak boleh melakukan apa-apa ibadah kalau keluar darah haid.
Liked by: Rusy

Next

Language: English