@itsteme

teme Abdullah™

Ask @itsteme

Sort by:

LatestTop

Related users

Teme. Wajarke kita letakkan syarat2 & goals utk calon suami kita? Or ia macam sombong dgn apa yg Allah bagi?

Semua org ada ciri-ciri yg dia harapkan pada calon pasangan dia. Kalau dia kata dia tak harapkan apa-apa, mungkin dia tak sedar yg sebenarnya ada ciri-ciri yang dia lebih gemar daripada ciri-ciri yang lain. Takyah bajet tak memilih sangat 😂.
Tak salah pun set syarat untuk calon suami. Kita nk bersama dia selama-lamanya kot. Cuma biarlah ia realistik, jangan terpengaruh dengan drama tv. Sedangkan Rasulullah pun ada berikan panduan dalam memilih pasangan.
Saya pun ada ciri-ciri yang saya harap pada pasangan. Kalau saya, saya nak seorang yang baik dengan ibu bapa dia. Itu dah cukup.

Teme, i was wondering something about you. Whats the main reason you didnt show off your face? Hahaah bukan apa, sebab from your status, it seems like kau bijak, badan sado, suara sdp. It is bcs of nak jaga privacy or nak suruh org melihat apa yg disampaikan, bukan siapa yg mnyampaikn? Thanks 😊

Banyak orang tanya pasal ni,
So, kalini biar saya jawab dengan ringkas.
1) Sebahagian jawapan saya dah tulis dalam buku #PelukisJalanan .
2) Saya yakin dan saya nak buktikan yang orang Malaysia boleh appreciate something/someone daripada segi sumbangannya kepada masyarakat; apa dia buat, apa dia nasihat, apa pandangan dia. Bukanlah bagaimana rupa dia.

Teme! Kat twitter ada pendakwah kata haram orang islam ke USA sekalipun dengan niat belajar. Dia kata USA tu negara kafir harbi. Komen? Sy tak tahu betul ke salah.

😊
Awak, kan saya dah cakap dulu. Jangan ambik ijtihad hukum daripada ustaz wannabe di social media.
Kalau kita nk ikut hukum pendakwah social media, bercakap dengan perempuan pun dia kata haram.
Haram ke tak saya taknak jawab. Awak kene tanya Ustaz Nouman Ali Khan & Imam Suhaib Webb. Mereka ilmuan islam di USA. Mereka pun haram duk kat USA kah?

Teme.. Ada orang komen kata Teme & watak bernama Ahmad dalam buku Pelukis Jalanan ialah pasangan gay. Boleh tak nk dengar penafian drpd Teme sendiri? Are you gay/bisexual?

Apa soalan macamni ni. Saya rasa, orang yang berfikiran macamni tak pernah merasai kemanisan bersahabat.
Adakah saya gay/bisexual?
Sy buysexual. You buy me food, then i'll love you. Simple.

Aku minat kat sorang muslimah ni. Aku dah istikarah. Tapi dia tak keluar mimpi pun? Aku takut aku buat pilihan yang salah je. Nasihat aku please teme?

Awak, petunjuk istikarah bukan hanya mimpi. Kalau jawapan istikarah itu mimpi, senang lah hidup kita; bila buntu je, istikarah, terus dpt jawapan. Ia tak berfungsi macamtu. Itu macam pakai cheatcode dalam hidup.
Kalau kita rasa selesa dengan dia, tengok muka dia rasa tenang, takda masalah timbul sepanjang proses kita nak berkenalan/taaruf dgn muslimah tu, perancangan kita untuk kawin jadi mudah. Semua itu juga mungkin jawapan istikarah.
Istikarah ni juga menguji kebergantungan kita kpd Allah. Kadang kala kita buat pilihan selepas istikarah, tapi masih gagal. Dan kita mula anggap kita dah buat pilihan yang salah.
Kita tak salah buat pilihan sebenarnya. Percayalah, itu pilihan terbaik Allah utk kita. Kegagalan itu juga perkara yang Allah dah susun untuk kita supaya kita jadi lebih baik. Kegagalan itu juga pilihan yang tepat. Istikarah kene seiring dengan tawakal, yakin, & bersangka baik terhadap perancangan Allah. Good luck!

View more

Kalau dah kahwin pastu suami tanya pasal aib dan dosa-dosa lalu patut ke kita bagitahu? Nanti takut bergaduh.

1) Rahsiakan pun bagus. Sembunyikan aib sendiri & avoid pergaduhan. Mulakan hidup baru dengan suami.
2) Dalam situasi tertentu, ada baiknya kita bagitahu pada suami. Sebab keadaan akan jadi keruh kalau suami dapat tahu daripada orang lain. So baik kita sendiri bagitahu.
.....
Kalau sy letakkan diri sy sendiri sebagai suami, sy prefer isteri sy cerita kot. Bukan nak bergaduh pun, at least sy rasa lagi rapat dgn dia. Sy rasa dia percaya kat sy sbb dia sanggup ceritakan semua tu.

kalau kawan sekolah rendah tegur kau tnya khabar kau skrg . pun dikira ikhtilat ke ? habistu tal boleh berckp la dgn laki / pompuan

Saya malas nak respon pada soalan ni, but saya ada satu cadangan.
Kalau nak belajar agama termasuklah isu ikhtilat, belajar dengan ustaz yang sahih. Jangan belajar dengan pendakwah-pendakwah muda social media yang takda tauliah pengajian agama pun. Agama ini nampak bodoh dan sempit dengan ijtihad daripada pemuda-pemuda yang tidak layak memberi fatwa lalu merosakkan agama.

teme, apa yg kau akan buat kalau ada orang suka kau ? sedangkan kau tak suka dia

Cakap direct dengan sopan. Mungkin akan kecewakan dia sikit. But better daripada kecewakan dia di kemudian hari bila perasaan dia dah menebal.
But kene ingat jugak,
Mungkin sekarang kita tak suka, lama-lama jadi suka. Bagi ruang untuk diri sendiri menilai betul-betul.

Baru habis baca buku #PelukisJalanan . Terkejut tengok betapa jauh & banyak yang Teme dah achieve sekarang berbanding apa yang tertulis dalam buku tu. Parents Teme tak risau ke Teme hidup sorang2 susah camtu?

Alhamdulillah. Semua yang saya kecapi sekarang ialah kurniaan & ujian Allah utk sy.
1) Masa saya susah, saya tak cerita kat parents masalah saya. Mama & papa pun tahu cerita tu lepas baca buku Pelukis Jalanan. Saya tulis buku tu bila saya dah berjaya atasi one difficult life phase.
2) They gave me 'roots' & 'a pair of wings'. Roots ialah ajaran agama. Wings ialah kepercayaan untuk saya terbang jauh. Mereka percaya dengan 'roots' yang mereka bagi itu sudah cukup untuk saya 'terbang' meneroka dunia & berdikari. Mereka percaya yang Allah sentiasa jaga anak mereka.

Teme. Aku minat kat perempuan ni. Aku cam nk ajak dia nikah la. Tapi aku rasa dia tak ready la. Tapi aku cam betul2 suka kat dia. Buntu sngt ni sampai tanya soalan cinta kat Teme 😢

1) Kene pastikan betul-betul. Adakah awak betul-betul mampu untuk nikah? Nak bagi nafkah, nak terima baik buruk, nak bertoleransi, nak bekorban, nak pujuk isteri merajuk, nak kawal emosi sendiri, nak hadapi emosi pasangan, nak jadi side-kick, nak jadi bodyguard etc, ready? Kalau ya, baca point no 2. Kalau tak ready, lek-lek dulu, jodoh tak kemana.
2) Tak semua orang ready nak terus nikah. Cuba kawan dulu? Bukan semua orang stock dak-dak usrah boleh terus main ajak nikah direct. People need time, people need space.
3) Kalau betul suka, usaha. Tapi elok-elok sikit, jangan sampai mana-mana pihak terluka.
Hmmm.. Engkorang ni dah besar rupanya eh? Ramai pulak tanya soalan jodoh lately.

Next

Language: English