@RabiatulFaazra

Rabiatul Faazra

kenapa ye manusia meringan ringankan solat.adakah sebab dia tak rasa dekat dengan Allah.atau tak takut pembalasan.bagaimana nak lawan hasutan syaitan/rasa malas lalu meninggalkan solat

#Question at ask.fm/rabiatulfaazra
"kenapa ye manusia meringan ringankan solat.adakah sebab dia tak rasa dekat dengan Allah.atau tak takut pembalasan.bagaimana nak lawan hasutan syaitan/rasa malas lalu meninggalkan solat"
Kerana manusia tidak begitu mengenali dan mencintai Allah.
Tiap amalan yang terlaku hanya cukup untuk dihitung sebagai perlakuan pahala dan dosa.
Hamba yang punya rasa cinta dalam hati terhadap Pencipta, tiada sudah memandang akan ganjaran sebagai keutamaan, namun melakukan segalanya atas dasar cinta.
Tiada dipaksa-paksa.
Dan cintalah yang kebiasaannya mengekalkan perlakuan, rasa dan jiwa.
Bagaimana mahu mencintai Allah?
Itu memerlukan kepada zikir dan fikir.
Mahu menanam cinta ini bermula dari perkenalan.
Analoginya umpama cinta seseorang terhadap seorang kekasih.
Makin dikenali yang baiknya maka makin bertambah cinta dan sayang.
Dan Allah, Dialah Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah.
Harusnya, saat mengenali Dia, maka yang lain umpama sekadar sekilas pandangan sahaja.
Sudah tiada begitu bererti.
Pernah tahu bagaimana rasa cinta?
Melihat sesuatu yang berkaitan dirinya jua bisa mengembalikan ingatan tentangnya.
Melihat kata-kata yang pernah diucapkan buat kita juga mengembalikan ingatan kepadanya.
Saat merasa sedih dan kecewa, maka dia juga yang diingati untuk meluah segala rasa.
Saat diri mencapai apa-apa jua kejayaan, maka dia juga dituju untuk berkongsi rasa bahagia.
Itu contoh cinta terhadap ayah dan ibu.
Hubungan cinta sesama manusia itu juga mengajar bagaimana mahu bercinta dengan Allah.
Saat hati merasa resah, mahu benar segera ingin bertemu-Nya.
Meluah segala tangisan dan kedukaan dalam solat.
Kerana mengetahui bahawa hanya Dia yang bisa menyembuhkan dengan sebenar-benar kesembuhan.
Saat Al-Quran dan kalamullah tiada dibaca atau tiada didengari sehari sahaja, hati sudah mula tidak tentu arah.
Umpama tiada bisa menemui yang dia yang tersayang, maka dunia ini sudah terasa tunggang terbaliknya.
Kerana rindu. Rindu akan kata-kataNya. Terasa sesak jiwa saat tidak meneliti kalam-Nya.
Cinta juga membawa kepada ingatan tiap saat.
Alam ini cukup luas untuk membawa ingatan kembali kepada-Nya.
Lihat jari-jemari yang penuh berseliratan urat. Bagaimana hebatnya Dia Yang Menciptakan.
Maka dengan itu, kita sebagai hamba harus memanfaatkan sebaiknya kurniaan ini.
Tidak boleh malas bekerja. Tidak boleh malas beribadah.
Gunakan kelebihan yang dikurniakan Allah untuk membantu manusia lain.
Itu baru satu.
Belum berbicara mengenai kaki, mulut, mata, telinga.
Belum berbicara tentang udara, angin, awan, hujan.
Pendek kata.
Belajarlah mengenali Allah.
Belajarlah mencintai Allah.
Kerana cinta, segala suruhannya akan dipatuhi.
Kerana cinta, segala larangannya akan dijauhi.
Dan kerana cinta Allah, yang bisa membawa diri kembali kepada-Nya.
Dengan sebenar-benar kembali.
Liked by: Dn. en.stranger
❤️ Likes
show all
diyanadiyani’s Profile Photo berkelama’s Profile Photo

Latest answers from Rabiatul Faazra

What you will do if your friend backstab you ?

Em. Sebaiknya tak berkawan dah tetapi tak ada tunjuk sangat. Hanya menjauhkan diri dan bersahabat dengan mereka yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mereka yang bawa positive vibes.

Between your dates or your friend mana penting ? For sure mesti la kawan kan ? But how if your friend actually in plan to backstab you ?

Kalau saya, dates itu suami sahaja. Jadi semestinya pilih suami lagi. Hihi. Tapi kalau soalannya dah tahu friend nak tikam belakang, baik dari awal tak pilih friend kan?

Terjumpa kulit ular dalam bilik. I is scared. What to do?

haaa camna ad kulit ular. dah check suma tempat x lagi. mungkin kena terangkan sikit kawasan biar binatang rasa tak boleh duduk situ

Assalamualaikum. Saya nak tanya, bila kita ambil asasi sains kemanusiaan di uia, automatically kita akan kna sambung ijzh di unvrsiti yg sama. But, lps hbis ijazah di unvrsiti trsbut, boleh tak nak sambung master di luar negara. Harap, saudari sudi menjawab.

Waalaikumussalam wbt. Maksudnya bila dah ambil aliran Human Sciences dari CFS hingga habis Degree di UIA, boleh atau tak nak sambung master luar negara kan? Setahu saya boleh, dan saya ada nampak juga dulu peluang-peluang untuk sambung oversea. Cuma HS ini banyak course kan, tak tahu course mana yang dimaksudkan sebab mesti lain-lain untuk tiap course. Nasihat saya, kalau perkara tentang ini, sebaiknya tanya lecturer-lecturer, lagi banyak pengalaman dan tahu lebih, boleh cuba google juga peluang-peluang yang ada. Apabila dah nampak jalan, cuba cari pula kawan yang pernah ke oversea, macam mana cara pembelajaran dan suasananya. Saya mahu cerita banyak, banyak saya tak tahu tentang ini. Tetapi saya boleh berikan pendapat tentang flow sahaja la ya. Terima kasih! ^__^

Assalamualaikum awak.saya ada terrrr suka kat sorang al hafiz ni, apa perlu saya buat?

Waalaikumussalam wbt awak. Terrrr suka ya. Ada beberapa step yang awak boleh buat.
1) Pendam sahaja perasaan tersebut. Dan tunggu sampai dia yang masuk melamar.
Atau.
2) Confess. Guna orang tengah yang dipercayai.
Yang paling penting untuk step yang ini.
Jelas dengan niat sendiri kenapa suka.
Semestinya suka sebab dia seorang calon imam yang dapat memimpin dan mendidik diri kita dengan baik. Kita suka sebab nak jalankan tanggungjawab dakwah bersama dia. Kita suka sebab kita tahu boleh hidup bahagia bersama dia dan sama-sama bina baitul muslim yang bahagia dan membahagiakan. Dan sebab-sebab yang lain.
Bila dengan ini. Mana-mana keputusan yang akan dapat nanti, diri kita akan reda.
Sebab segalanya baik.
Kalau dia terima maka baik untuk agama. Kalau dia tak terima pun, baik untuk agama.
Kerana Allah lebih tahu dan perancangan-Nya selalu yang terbaik.
All the best, sayang! ^__^

View more

smua jns soalan blh tnye ke? kalu soalan sensitip mcm mana?

Boleh tanya semua jenis soalan ya. :)
Nak sharing juga boleh.
Ruangan ini bukan bertindak untuk menjawab segala persoalan.
Anggap sahaja ini ruangan daripada seorang sahabat yang sudi mendengar.
Dan cuba berkongsi apa yang boleh dikongsikan.
Memandangkan ruangan ini boleh anonymous.
Moga dalam rahmat Allah sentiasa.

Nak niKah tiada calon. Ada cadangan nak buat cane?

Sebelum ini saya ada jawab soalan yang berkaitan ini juga. Moga ada manfaatnya ya. :)
Assalamualaikum..sy sedang mencari pasangan hidup ni..tp disebabkan fizikal saya ni..ramai dah gadis yg reject saya mentah2. Ape perlu saya buat? Blh bg jawapan lain selain,sabar,berdoa..sbb semua gadis yg saya approach nak taknak je bila bercakap dgn saya.
Wa'alaikumussalam wbt brother.
Satu rahsia yang mahu saya khabarkan.
Faktor yang membuatkan manusia tertarik itu tidak terletak tinggi peratusannya pada kecantikan atau kehenseman semata.
Personaliti seseorang itu sendiri lebih cenderung untuk menyenangkan hati mereka di sekeliling dan yang menjadi daya penarik tanpa sedar.
Yakin. Yakin dengan diri sendiri. Yakin dengan keadaan diri sendiri.
Menerima bagaimana adanya kita.
Andai kita sendiri mempertikai akan rupa yang dianugerahkan Allah, bagaimana mungkin untuk orang lain cuba menghargai diri kita lebih daripada diri kita sendiri?
Be confident ya. Senyum dan melangkahlah dengan penuh keyakinan.
Bahagia itu ada apabila diri kita sendiri belajar untuk menerima diri apa adanya, dan tiada pernah berhenti daripada melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.
Sekarang ini, usah terlalu bersedih akan jodoh yang tiada kunjung tiba.
Sedih sebagai fitrah insani untuk mempunyai pasangan dan rasa disayangi serta menyayangi itu tidak salah, asalkan tiada hingga merenggut keyakinan diri. Apatah lagi bimbang hingga tanpa sedar mempersoal akan takdir yang menjadi ketetapan Allah.
Saya kira umur brother ini masih muda. Terlalu banyak perkara yang bisa brother lakukan serta ceburi.
Berbakti kepada mak dan ayah dengan sebaiknya sementara belum memegang tanggungjawab sebagai seorang suami.
Merancang kewangan untuk kehidupan masa hadapan yang lebih terjamin.
Mencari kebahagiaan dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.
Menyertai program-program kebajikan yang boleh membawa diri keluar bertemu dan berbakti kepada masyarakat. Mungkin dengan jalinan hubungan ini bakal membuka pintu jodoh tanpa diduga. Siapa tahu? Ini juga salah satu bentuk usaha.
Saya tahu. Yang merasainya tiada serupa dengan yang cuba menyelami.
Cuma, percayalah pada janji Allah.
Perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Katakan tiada sedikit rasa ragu akan janji Allah ini.
Jodoh datang, bukan atas faktor kita cantik atau tidak cantik semata.
Andai begitu, kiranya yang belum berkahwin ini semuanya tiada rupa.
Dan sebenarnya, 'cantik' dan 'hensem' dari segi fizikal serta rupa ini terlalu subjektif.
Sangat subjektif.
Jodoh datang, bukan atas faktor kita cantik atau tidak cantik semata.
Jodoh itu datang atas kehendak Allah.
Banyakkan talian dengan Allah.
Bersihkan hati.
Bersangka baik dengan Allah.
Be positive.
Buka jalan dan usaha lagi.
Jujur serta bersungguh dalam berdoa.
Tiap-tiap yang berlaku dalam kehidupan kita segalanya ujian.
Baik yang belum berkahwin atau yang berada dalam alam rumahtangga, kedua-duanya bakal teruji dan sedang teruji.

View more

Language: English