@AtifaLiaa

The Queen

Ask @AtifaLiaa

Sort by:

LatestTop

Salam..kita akan hadapi mati kan..kita perlu takut utk mati ke?

Wassalam ya 'alayk.
Mu'min sejati tidak akan takut menghadapi mati kerana dia tahu dia sudah berusaha sedaya upaya mencari amal di dunia in shaa Allah. Oleh itu penting utk sentiasa mempersiapkan diri menghadapi hari kemarian :)

Assalamualaikum :) hurmm Akak haram ke kalau kita panggel panggilan manja seperti 'syaang , biy , baby 'dgn psangan? Bercinta Tapi tdk kapel , just suke-2 . adakah ianya berdosa ? Ape hukumnya ?

Wa'alaikummussalaam.
Haram jika panggilan tersebut mampu menimbulkan nafsu syahwat.
Jika ia tidak menimbulkan nafsu syahwat sekalipun, tidak ada faedah utk kita menggelarkan mereka sebegitu. Biarlah gelaran itu hanya valid utk bakal zauj/zaujah kita :D

Assalamualaikum kak. Kalau kita dh minta maaf dkt seseorg ni lpstu dy tetap taknak maafkn kita smpai bila bila. Adakah kita tetap berdosa dgn dia? Saya rasa serba salah bila dy ckp dy takkan maafkn sy sdgkn sy dh selalu minta maaf dgn kawan sy. Tapi kami tetap masih berkawan.

Wa'alaikummussalaam.
Ya, selagi sahabat itu tidak memaafkan kamu, selagi itu kamu berdosa. Dosa yg lain Allah ampunkan jika kita bertaubat (kecuali syirik) tapi jika kamu bertaubat orang tu still tak maafkan, maknanya Allah juga tidak redha.
Mungkin kamu boleh ambil hatinya? Bukannya ambil organ dia tu... :D
Ambil hatinya dengan cara memberikan beberapa hadiah yg dia suka. Berikan mesej2 yg mampu menggenbirakan dia. Kemudian lama kelamaan, cuba minta maaf semula.
In shaa Allah dia maafkan :)
Liked by: MALAYSHIRE

Related users

Assalammualaikum ukhti :D saya minat sorang budak laki ni, dh lama, dan dia pun tahu perasan saya tp melalui orang tengah, tapi kami tak de ending yang baik, means jln cerita nya tergantung.Even kami selalu bertembung, kami tak penah tegur each other, malu. tp mcm mana nak hilangkn perasaan suka tu?

Wa'alaikummussalaam.
Cepat2 beristighfar jika kamu bimbang berlakunya zina mata. Allah perintahkan dalam Surah An-Nuur ayat 30-31, saya rumuskan, lelaki2 dan perempuan2 yg beriman hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka.
Suka tak salah, kerana ianya fitrah manusia yg Allah kurniakan :)
Liked by: Azhar

Assalamualaikum. Akak, apa hukum kalau kita main daun terup dengan familyy untuk tujuan saja saja?

Wa'alaikummussalaam.
Harus, selagi ianya bertujuan utk merapatkan ukhuwwah bersama keluarga dan selagi ianya tidak tertimbulnya unsur perjudian.
Haram jika sengaja meniru perbuatan org yg berjudi.
Liked by: MALAYSHIRE

Jadi kita mmg tak boleh cabut uban ke?tapi kalau umur belas2 lgi ade uban satu dua tu mcm mane.? Boleh tak cabut?

Umur belas2 if ada uban tu maksudnya penyakit rambut. Jika ianya memudharatkan kepala maka potonglah, jika ia tidak memudharatkan tak perlu.

Akak berdosa ke kalau kita baca Al Quran tapi xfaham maksud?

Tak berdosa, tapi Muslimin/Muslimah sejati pasti akan berusaha utk memahami maksudnya :)

Boikot itu apa?

Boikot bermaksud kita tidak bersetuju utk menyokong sesuatu perkara. Kalau boleh sila rujuk Kamus Dewan sebab saya bukan Kamus Dewan :D
Liked by: MALAYSHIRE

Awak hafal satu al-Quran?

Allahu, tak lah...saya ni cuma baca tafsirnya dan saya cuba utk memahami. Ada beberapa Surah yg saya sudah hafal alhamdulillah. Tapi banyak lagi yg saya tak tahu.
Liked by: Adawiyah.

Alia, salah ke dengar lagu-lagu macam lagu inggeris ke?

Tak salah. Fitrah manusia utk berhibur dengan cara apa sekalipun tetapi janganlah sehingga ia lagha (melalaikan) sehingga melebihkan masa utk berhibur berbanding beribadah.
Dan jika lagu itu mempunyai unsur kekufuran, tidak dibenarkan dengar.

Assalamualaikum akak , saya mahu bertanya. adakah haram kita berkapel dalam islam ? tetapi kita berkapel cinta jarak jauh , adakah ianya haram juga? mohon penjelasan akak. terimekasih :)

Wa'alaikummussalam.
Jika yg dimaksudkan couple budak zaman sekarang, memang totally haram sebab ada adegan menyentuh bukan mahram dan berdua2an. Langkah ini adalah langkah pertama menghampiri zina. Percintaan jarak jauh bukan dinamakan couple, ianya dinamakan bercinta dalam keadaan ta'aruf.
Bercinta tak salah, tapi jangan sampai couple. Couple ini berpasangan, sedangkan tiada ikatan sah. Couple hanya wujud pada pasangan yg sudah bernikah.

kita tak wajib khatam tafsir al-Quran kan? kalau khatam tafsir pun dikira khatam jugak ke? kalau nak baca tafsir macam mana ye? baca yg memang ada kat dlm al-Quran moden tu ke?

Ya tak wajib. Khatam Qur'an pun tak wajib, ianya sunat sahaja. Tafsir Al-Qur'an boleh didapati di mana2, di Al-Qur'an moden boleh, membeli tafsirnya pun boleh.

macam mana kita nak teruskan usaha kita nak bertaubat .. sebab .. kadangkala .. kite dah bertaubat tapi kita tetap buat dosa ..; susah nak tinggalkan dosa2 yang lalu .. cmne ni kak ????

Manusia bukannya maksum, dan manusia sentiasa melakukan dosa walaupun mereka sudah bertaubat.
Dalam hal ini, syarat sah taubat salah satunya adalah berjanji dan berazam utk tidak mengulangi dosa yg lampau lagi. Jika kamu mahu berhenti dari melakukan dosa, kamu cepat2 lah istighfar apabila kamu hendak melakukan dosa dan katakan kepada diri kamu sendiri bahawa kamu bertaubat kerana Allah ta'ala.

macam mana awak boleh kuat nak pakai purdah. saya yang sekolah smka pun tak sekuat awak :')

Alhamdulillah. Kekuatan dan segala rahmat itu Maha Suci Allah yg berkuasa memberikan hidayah kepada hamba-hambaNya yg dikehendaki. Teruskanlah berdoa, in shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan utk terus menjadi mujahidah ke jalan-Nya :)

Assalamualaikum akak (: Nak tanya, bagaimanakah nak khusyuk dalam solat selain yang saya tahu kena faham betul-betul makna Al-fatihah, rukuk dan sujud kena ada tomak'ninah. Kalau salah tolong perbetul ya :)

Wa'alaikummussalaam.
Salah satu cara utk dapatkan kekhusyukan dalam solat adalah bermulanya drpd ambil wudhu' lagi. Ambil wudhu' kena sempurna, daripada itu kita boleh dapat solat yg khusyu'.
Betul apa kamu cakap. If nak khusyu' and elak was2 semasa solat, baca Surah An-Naas sebelum memulakan solat :)

Next

Language: English