@RabiatulFaazra

Rabiatul Faazra

Ask @RabiatulFaazra

Sort by:

LatestTop

What you will do if your friend backstab you ?

Em. Sebaiknya tak berkawan dah tetapi tak ada tunjuk sangat. Hanya menjauhkan diri dan bersahabat dengan mereka yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mereka yang bawa positive vibes.

Between your dates or your friend mana penting ? For sure mesti la kawan kan ? But how if your friend actually in plan to backstab you ?

Kalau saya, dates itu suami sahaja. Jadi semestinya pilih suami lagi. Hihi. Tapi kalau soalannya dah tahu friend nak tikam belakang, baik dari awal tak pilih friend kan?

Related users

Terjumpa kulit ular dalam bilik. I is scared. What to do?

haaa camna ad kulit ular. dah check suma tempat x lagi. mungkin kena terangkan sikit kawasan biar binatang rasa tak boleh duduk situ

Assalamualaikum. Saya nak tanya, bila kita ambil asasi sains kemanusiaan di uia, automatically kita akan kna sambung ijzh di unvrsiti yg sama. But, lps hbis ijazah di unvrsiti trsbut, boleh tak nak sambung master di luar negara. Harap, saudari sudi menjawab.

Waalaikumussalam wbt. Maksudnya bila dah ambil aliran Human Sciences dari CFS hingga habis Degree di UIA, boleh atau tak nak sambung master luar negara kan? Setahu saya boleh, dan saya ada nampak juga dulu peluang-peluang untuk sambung oversea. Cuma HS ini banyak course kan, tak tahu course mana yang dimaksudkan sebab mesti lain-lain untuk tiap course. Nasihat saya, kalau perkara tentang ini, sebaiknya tanya lecturer-lecturer, lagi banyak pengalaman dan tahu lebih, boleh cuba google juga peluang-peluang yang ada. Apabila dah nampak jalan, cuba cari pula kawan yang pernah ke oversea, macam mana cara pembelajaran dan suasananya. Saya mahu cerita banyak, banyak saya tak tahu tentang ini. Tetapi saya boleh berikan pendapat tentang flow sahaja la ya. Terima kasih! ^__^

Assalamualaikum awak.saya ada terrrr suka kat sorang al hafiz ni, apa perlu saya buat?

Waalaikumussalam wbt awak. Terrrr suka ya. Ada beberapa step yang awak boleh buat.
1) Pendam sahaja perasaan tersebut. Dan tunggu sampai dia yang masuk melamar.
Atau.
2) Confess. Guna orang tengah yang dipercayai.
Yang paling penting untuk step yang ini.
Jelas dengan niat sendiri kenapa suka.
Semestinya suka sebab dia seorang calon imam yang dapat memimpin dan mendidik diri kita dengan baik. Kita suka sebab nak jalankan tanggungjawab dakwah bersama dia. Kita suka sebab kita tahu boleh hidup bahagia bersama dia dan sama-sama bina baitul muslim yang bahagia dan membahagiakan. Dan sebab-sebab yang lain.
Bila dengan ini. Mana-mana keputusan yang akan dapat nanti, diri kita akan reda.
Sebab segalanya baik.
Kalau dia terima maka baik untuk agama. Kalau dia tak terima pun, baik untuk agama.
Kerana Allah lebih tahu dan perancangan-Nya selalu yang terbaik.
All the best, sayang! ^__^

View more

Liked by: Dn. en.stranger

smua jns soalan blh tnye ke? kalu soalan sensitip mcm mana?

Boleh tanya semua jenis soalan ya. :)
Nak sharing juga boleh.
Ruangan ini bukan bertindak untuk menjawab segala persoalan.
Anggap sahaja ini ruangan daripada seorang sahabat yang sudi mendengar.
Dan cuba berkongsi apa yang boleh dikongsikan.
Memandangkan ruangan ini boleh anonymous.
Moga dalam rahmat Allah sentiasa.
Liked by: Dn. en.stranger

kenapa ye manusia meringan ringankan solat.adakah sebab dia tak rasa dekat dengan Allah.atau tak takut pembalasan.bagaimana nak lawan hasutan syaitan/rasa malas lalu meninggalkan solat

#Question at ask.fm/rabiatulfaazra
"kenapa ye manusia meringan ringankan solat.adakah sebab dia tak rasa dekat dengan Allah.atau tak takut pembalasan.bagaimana nak lawan hasutan syaitan/rasa malas lalu meninggalkan solat"
Kerana manusia tidak begitu mengenali dan mencintai Allah.
Tiap amalan yang terlaku hanya cukup untuk dihitung sebagai perlakuan pahala dan dosa.
Hamba yang punya rasa cinta dalam hati terhadap Pencipta, tiada sudah memandang akan ganjaran sebagai keutamaan, namun melakukan segalanya atas dasar cinta.
Tiada dipaksa-paksa.
Dan cintalah yang kebiasaannya mengekalkan perlakuan, rasa dan jiwa.
Bagaimana mahu mencintai Allah?
Itu memerlukan kepada zikir dan fikir.
Mahu menanam cinta ini bermula dari perkenalan.
Analoginya umpama cinta seseorang terhadap seorang kekasih.
Makin dikenali yang baiknya maka makin bertambah cinta dan sayang.
Dan Allah, Dialah Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah.
Harusnya, saat mengenali Dia, maka yang lain umpama sekadar sekilas pandangan sahaja.
Sudah tiada begitu bererti.
Pernah tahu bagaimana rasa cinta?
Melihat sesuatu yang berkaitan dirinya jua bisa mengembalikan ingatan tentangnya.
Melihat kata-kata yang pernah diucapkan buat kita juga mengembalikan ingatan kepadanya.
Saat merasa sedih dan kecewa, maka dia juga yang diingati untuk meluah segala rasa.
Saat diri mencapai apa-apa jua kejayaan, maka dia juga dituju untuk berkongsi rasa bahagia.
Itu contoh cinta terhadap ayah dan ibu.
Hubungan cinta sesama manusia itu juga mengajar bagaimana mahu bercinta dengan Allah.
Saat hati merasa resah, mahu benar segera ingin bertemu-Nya.
Meluah segala tangisan dan kedukaan dalam solat.
Kerana mengetahui bahawa hanya Dia yang bisa menyembuhkan dengan sebenar-benar kesembuhan.
Saat Al-Quran dan kalamullah tiada dibaca atau tiada didengari sehari sahaja, hati sudah mula tidak tentu arah.
Umpama tiada bisa menemui yang dia yang tersayang, maka dunia ini sudah terasa tunggang terbaliknya.
Kerana rindu. Rindu akan kata-kataNya. Terasa sesak jiwa saat tidak meneliti kalam-Nya.
Cinta juga membawa kepada ingatan tiap saat.
Alam ini cukup luas untuk membawa ingatan kembali kepada-Nya.
Lihat jari-jemari yang penuh berseliratan urat. Bagaimana hebatnya Dia Yang Menciptakan.
Maka dengan itu, kita sebagai hamba harus memanfaatkan sebaiknya kurniaan ini.
Tidak boleh malas bekerja. Tidak boleh malas beribadah.
Gunakan kelebihan yang dikurniakan Allah untuk membantu manusia lain.
Itu baru satu.
Belum berbicara mengenai kaki, mulut, mata, telinga.
Belum berbicara tentang udara, angin, awan, hujan.
Pendek kata.
Belajarlah mengenali Allah.
Belajarlah mencintai Allah.
Kerana cinta, segala suruhannya akan dipatuhi.
Kerana cinta, segala larangannya akan dijauhi.
Dan kerana cinta Allah, yang bisa membawa diri kembali kepada-Nya.
Dengan sebenar-benar kembali.

View more

Liked by: Dn. en.stranger

Nak niKah tiada calon. Ada cadangan nak buat cane?

Sebelum ini saya ada jawab soalan yang berkaitan ini juga. Moga ada manfaatnya ya. :)
Assalamualaikum..sy sedang mencari pasangan hidup ni..tp disebabkan fizikal saya ni..ramai dah gadis yg reject saya mentah2. Ape perlu saya buat? Blh bg jawapan lain selain,sabar,berdoa..sbb semua gadis yg saya approach nak taknak je bila bercakap dgn saya.
Wa'alaikumussalam wbt brother.
Satu rahsia yang mahu saya khabarkan.
Faktor yang membuatkan manusia tertarik itu tidak terletak tinggi peratusannya pada kecantikan atau kehenseman semata.
Personaliti seseorang itu sendiri lebih cenderung untuk menyenangkan hati mereka di sekeliling dan yang menjadi daya penarik tanpa sedar.
Yakin. Yakin dengan diri sendiri. Yakin dengan keadaan diri sendiri.
Menerima bagaimana adanya kita.
Andai kita sendiri mempertikai akan rupa yang dianugerahkan Allah, bagaimana mungkin untuk orang lain cuba menghargai diri kita lebih daripada diri kita sendiri?
Be confident ya. Senyum dan melangkahlah dengan penuh keyakinan.
Bahagia itu ada apabila diri kita sendiri belajar untuk menerima diri apa adanya, dan tiada pernah berhenti daripada melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.
Sekarang ini, usah terlalu bersedih akan jodoh yang tiada kunjung tiba.
Sedih sebagai fitrah insani untuk mempunyai pasangan dan rasa disayangi serta menyayangi itu tidak salah, asalkan tiada hingga merenggut keyakinan diri. Apatah lagi bimbang hingga tanpa sedar mempersoal akan takdir yang menjadi ketetapan Allah.
Saya kira umur brother ini masih muda. Terlalu banyak perkara yang bisa brother lakukan serta ceburi.
Berbakti kepada mak dan ayah dengan sebaiknya sementara belum memegang tanggungjawab sebagai seorang suami.
Merancang kewangan untuk kehidupan masa hadapan yang lebih terjamin.
Mencari kebahagiaan dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.
Menyertai program-program kebajikan yang boleh membawa diri keluar bertemu dan berbakti kepada masyarakat. Mungkin dengan jalinan hubungan ini bakal membuka pintu jodoh tanpa diduga. Siapa tahu? Ini juga salah satu bentuk usaha.
Saya tahu. Yang merasainya tiada serupa dengan yang cuba menyelami.
Cuma, percayalah pada janji Allah.
Perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Katakan tiada sedikit rasa ragu akan janji Allah ini.
Jodoh datang, bukan atas faktor kita cantik atau tidak cantik semata.
Andai begitu, kiranya yang belum berkahwin ini semuanya tiada rupa.
Dan sebenarnya, 'cantik' dan 'hensem' dari segi fizikal serta rupa ini terlalu subjektif.
Sangat subjektif.
Jodoh datang, bukan atas faktor kita cantik atau tidak cantik semata.
Jodoh itu datang atas kehendak Allah.
Banyakkan talian dengan Allah.
Bersihkan hati.
Bersangka baik dengan Allah.
Be positive.
Buka jalan dan usaha lagi.
Jujur serta bersungguh dalam berdoa.
Tiap-tiap yang berlaku dalam kehidupan kita segalanya ujian.
Baik yang belum berkahwin atau yang berada dalam alam rumahtangga, kedua-duanya bakal teruji dan sedang teruji.

View more

Liked by: en.stranger

apa hukum melukis gambar manusia?

Liked by: Dn. en.stranger

Salam awak. Saya ada seorang kawan lelaki yang sukakan saya sangat2. Walau dia tahu hati saya masih dekat ex saya, tapi dia still boleh terima keadaan saya. and dia lebih muda dari saya. Masalah saya, saya selalu marahkan dia even benda2 kecil. Mesti nak teremolah. Nak tertinggi suaralah. Pernah sek

Wsalam wbt. Awakkk~ Soalan awak tak lengkap.
Boleh send lagi sekali tak? Hehe, terima kasih ya~
Tak perasan yang kata-kata tak lengkap lah ni ya waktu send ni kan ^__^
Liked by: en.stranger

Ada tak tips atau doa nak tenang kan hati? Saya selalu rasa ada something wrong. Bila jadi je macam ni, saya istighfar tapi rasa tak tenang tu tetap datang jugak. Kadang2 saya jadi overthinking, lepas tu stress. Ada tips tak? Terima kasih

Bila ada rasa something wrong, dan buat hati tak tenang, mesti ada sesuatu yang awak fikirkan. Ada sesuatu yang terlalu difikirkan sehingga.. ya, overthinking.
Awak perlu jelas terlebih dahulu dengan apa yang awak fikirkan.
Selalunya fikiran yang negatif akan bawa perasaan yang negatif.
Cuba jelas andai ada apa-apa yang awak risaukan, atau apa yang terkilankan, atau apa-apa sahaja yang undang rasa tak sedap dalam hati.
Cuba tuliskan. Tuliskan semuanya.
Jangan simpan.
Tak ada orang lain yang akan baca. Awak seorang sahaja.
Jadi, keluarkan sahaja semuanya ya.
Dan awak evaluate satu-satu. Perlu atau tidak untuk ada perasaan itu pada suatu-suatu perkara yang tertentu.
Kadang-kadang kita terlalu berfikir akan perkara yang tidak perlu.
Bezakan antara perkara yang penting, kurang penting dan tidak penting.
Usah biar diri buang masa dengan berfikir perkara yang sia-sia.
Lepaskan apa yang tidak penting.
Lepaskan rasa takut, rasa bimbang, rasa risau dan rasa-rasa yang negatif.
Lepaskan.
Dan tersenyumlah.
Cubalah keluar dan melihat alam.
Cubalah lihat sekeliling.
Kalau ada meja dan katil yang tak bersusun, kemaskan.
Kalau diri sendiri terasa tidak terurus, rapikan.
Terkadang faktor yang kelihatan kecil ini juga boleh buat diri rasa serabut.
Kalau awak ada masalah, andai perlu, kongsilah dengan yang lain.
Mungkin itu akan kurangkan beban yang tanpa sedar buat dada sesak.
Dan yang paling penting, jangan terlalu banyak berfikir.
Kalau ada kerja, buat sampai siap.
Dan yang lagi penting, saat untuk kembali kepada Allah.
Cuba lagi istighfar dan bawa hati sekali.
Cari ketenangan dengan solat sunat taubat atau baca Al-Quran, dan baca sekali terjemahannya.
Hayati dan fahami.
Bawa hati awak jauh-jauh sekejap dari dunia.
Banyakkan fikir akhirat dan kematian.
Insya-Allah, awak akan dapat hati awak yang tenang itu kembali.
Cuba ya!

View more

Liked by: en.stranger

kenapa saya tak bole berhenti membaca penulisan saudari,??

Waa, awak benar-benar buat saya terharu.
Terima kasih.
Kalau awak tak boleh berhenti baca penulisan saya itu bukan kerana penulisan saya.
Tetapi itu kerana hati awak sendiri yang sememangnya bagus.
Dapat cari hikmah dan kebaikan sekalipun pada penulisan saya yang entah apa-apa ini.
Cuma selalu berharap ada sesuatu manfaat yang dapat dikongsi dan diamalkan bersama dengan ilmu yang tak seberapa ini.
Moga awak dapat kongsi kebaikan hati awak dengan ramai orang, ya!
Terima kasih lagi sekali ^_^
Liked by: en.stranger

saya ada banyak masalah, tapi bila nak luah, mulut terkunci. even nak taip pun terus blank. termenung sana, termenung sini. tapi untuk memulakan bicara, masalah saya, lepas dikhianati orang yang paling saya percaya, saya tak percayakan sesiapa lagi, termasuk ahli keluarga sendiri. saya benci manusia

Kasihannya awak ya. Mesti rasa kecewa sangat-sangat kan saat dikhianati orang yang terpercaya.
Namun, untuk menjadikan kesalahan seseorang dan memalitkan yang sama terhadap yang lain itu sesuatu yang kurang rasionalnya. Ya, saya faham. Mungkin awak tak mahu perkara yang sama berulang. Makanya lebih baik kalau tutup pintu kepercayaan daripada terlalu terbuka dan berwaspada.
Take time, ya. Mungkin awak perlu teroka dan bergaul dengan ramai orang lagi.
Dari situ kita boleh lihat siapa yang bisa dipercayai dengan sebenarnya dan yang sebaliknya.
Terkadang kita tersilap memberi rasa percaya terhadap orang yang salah.
Hingga sampai satu masa kepercayaan yang diberi itu dikhianati, maka segalanya sudah tiada apa yang tinggal.
Hilang rasa percaya.
Hilang rasa terhadap manusia.
Cuma terkadang dalam hidup ini, satu yang harus kita sedar.
Tiap manusia itu tiada terlepas daripada kesalahan.
Andai mahu hidup kita tenang dan bahagia.
Cubalah untuk lihat yang baik-baik sahaja pada yang lain walaupun susah.
Susah yang bertambah susah dengan apa yang dia lakukan pada diri.
Tetapi tiap manusia ada hak dan peluang untuk berubah kan?
Moga hati awak makin tenang dan baik-baik sahaja selepas ini.
Ambillah masa untuk diri sendiri.
Dan renungkan kembali segala yang berlaku.
Renungkan segala perasaan yang ada dalam hati.
Nanti awak akan temui sesuatu.
Awak akan temui jawapan dan lorongnya.
Be strong, okay! :)

View more

Liked by: en.stranger

I have low self esteem. Selalu bandingkan diri dengan orang lain. Selalu rasa down. Semua negative feelings saya ada. Bila orang cakap pasal depression, saya yang mendengar akan mengalirkan air mata. Malam2, kalau nak tidur, boleh nangis. Sekarang pun rasa nak nangis. T.T

Nampak dari gaya menulis, awak mesti seorang perempuan kan.
Kerana perempuan kuatnya pada emosi.
Low self esteem.
Selalu bandingkan diri dengan orang lain.
Awak sendiri sudah memberi jawapan terhadap persoalan awak.
Sayang.
Kita manusia biasa.
Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Andai orang lain lebihnya di sana, kita lebihnya di sini.
Andai kita lebih di sini, orang lain pula lebihnya di sana.
Kita hamba ciptaan Allah.
Pencipta Yang Maha Hebat.
Harusnya kita bangga dengan diri sendiri,
Belajar untuk menghargai diri sendiri.
Belajar untuk menyayangi kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri,
Siapa lagi yang mahu menyayangi diri kita andai bukan diri kita sendiri yang terlebih dahulu menghargai diri sendiri, bukan?
Hidup di dunia. Tiap langkahan dalam hidup.
Usah terasa keseorangan. Kerana Allah selalu menemani tiap detik dan bersama.
Saat menyedari bahawa diri merupakan seorang hamba Allah, harusnya kita merasa 'izzah, bangga. Dan selalu berusaha untuk melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.
Rasa rendah diri kebiasaannya terjadi saat terlalu membandingkan diri sendiri dengan orang lain.
Oleh itu, apa yang perlu dilakukan.
Berhenti membandingkan diri sendiri dengan yang lain sehingga boleh merenggut keyakinan diri. Kita boleh bandingkan diri kita dengan orang lebih baik untuk tujuan muhasabah dan pengislahan (pembaikan) dalam diri. Namun andai perbandingan sudah sehingga sampai tahap untuk hilang kepercayaan diri sendiri, itu ada sesuatu yang tidak kena.
Cara perbandingan yang paling baik adalah dengan membuat perbandingan terhadap diri sendiri dengan diri sendiri. Bandingkan pencapaian diri yang lepas dan yang kini. Kenal pasti titik kelemahan dan cara untuk improvement.
Selalu bisikkan kata-kata positif pada diri. Usah merendahkan keyakinan diri sendiri. Walau jatuh sakit bagaimana jua, kita ada kekuatan diri sendiri untuk menguatkan diri sendiri jua akhirnya. Be positive!
Usah takut kepada kegagalan. Tanya diri apa sebenarnya yang dimahukan dalam hidup. Ramai orang yang tidak tahu apa yang penting bagi dirinya dalam kehidupan, sehingga hilang arah dan tujuan. Tindakan kita akan bertindak balas dengan kemahuan dan nilai yang kita pegang dalam hidup.
Lakukan sesuatu yang diminati. Lakukan sesuatu yang mudah. Lakukan sesuatu dengan penuh gembira dan keinginan untuk selalu belajar. Bila kita sudah mampu untuk mencapai sesuatu, keyakinan diri akan meningkat.
Awak jangan menangis begitu, saya tak boleh tengok orang menangis, nanti saya menangis juga. Siannya dekat awak ya T ___ T
Saya yakin, awak pasti boleh lakukan dan dapatkan keyakinan diri semula, asal sahaja awak dahulu yakin akan diri sendiri.
Saya doakan yang terbaik buat awak.
Moga akan datang, bila saya jumpa awak nanti, awak sudah menjadi seorang muslimah yang periang dan selalu positif dalam kehidupannya.
Love you!

View more

Liked by: en.stranger

Terima kasih kpd saudari sbb sudi bagi penjelasan yg saya kira dapat meningkatkan keyakinan saya untuk tidak berputus asa dalam mencari jodoh.lama juga saya tunggu balasan dari saudari :)

Sama-sama. Ha, betul rupanya tekaan saya. Memang dapat rasa ini soalan daripada brother UIA.
Maaf sekali kerana kerana dengan fatrah (tempoh) exam ini dan hal-hal lain, tak dapat untuk terlalu fokus pada soalan-soalan ask.fm. Ini jua banyak lagi yang belum berjawab.
Apa pun, all the best buat brother!
Liked by: en.stranger

Assalamualaikum..sy sedang mencari pasangan hidup ni..tp disebabkan fizikal saya ni..ramai dah gadis yg reject saya mentah2. Ape perlu saya buat? Blh bg jawapan lain selain,sabar,berdoa..sbb semua gadis yg saya approach nak taknak je bila bercakap dgn saya.

Wa'alaikumussalam wbt brother.
Satu rahsia yang mahu saya khabarkan.
Faktor yang membuatkan manusia tertarik itu tidak terletak tinggi peratusannya pada kecantikan atau kehenseman semata.
Personaliti seseorang itu sendiri lebih cenderung untuk menyenangkan hati mereka di sekeliling dan yang menjadi daya penarik tanpa sedar.
Yakin. Yakin dengan diri sendiri. Yakin dengan keadaan diri sendiri.
Menerima bagaimana adanya kita.
Andai kita sendiri mempertikai akan rupa yang dianugerahkan Allah, bagaimana mungkin untuk orang lain cuba menghargai diri kita lebih daripada diri kita sendiri?
Be confident ya. Senyum dan melangkahlah dengan penuh keyakinan.
Bahagia itu ada apabila diri kita sendiri belajar untuk menerima diri apa adanya, dan tiada pernah berhenti daripada melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.
Sekarang ini, usah terlalu bersedih akan jodoh yang tiada kunjung tiba.
Sedih sebagai fitrah insani untuk mempunyai pasangan dan rasa disayangi serta menyayangi itu tidak salah, asalkan tiada hingga merenggut keyakinan diri. Apatah lagi bimbang hingga tanpa sedar mempersoal akan takdir yang menjadi ketetapan Allah.
Saya kira umur brother ini masih muda. Terlalu banyak perkara yang bisa brother lakukan serta ceburi.
Berbakti kepada mak dan ayah dengan sebaiknya sementara belum memegang tanggungjawab sebagai seorang suami.
Merancang kewangan untuk kehidupan masa hadapan yang lebih terjamin.
Mencari kebahagiaan dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.
Menyertai program-program kebajikan yang boleh membawa diri keluar bertemu dan berbakti kepada masyarakat. Mungkin dengan jalinan hubungan ini bakal membuka pintu jodoh tanpa diduga. Siapa tahu? Ini juga salah satu bentuk usaha.
Saya tahu. Yang merasainya tiada serupa dengan yang cuba menyelami.
Cuma, percayalah pada janji Allah.
Perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Katakan tiada sedikit rasa ragu akan janji Allah ini.
Jodoh datang, bukan atas faktor kita cantik atau tidak cantik semata.
Andai begitu, kiranya yang belum berkahwin ini semuanya tiada rupa.
Dan sebenarnya, 'cantik' dan 'hensem' dari segi fizikal serta rupa ini terlalu subjektif.
Sangat subjektif.
Jodoh datang, bukan atas faktor kita cantik atau tidak cantik semata.
Jodoh itu datang atas kehendak Allah.
Banyakkan talian dengan Allah.
Bersihkan hati.
Bersangka baik dengan Allah.
Be positive.
Buka jalan dan usaha lagi.
Jujur serta bersungguh dalam berdoa.
Tiap-tiap yang berlaku dalam kehidupan kita segalanya ujian.
Baik yang belum berkahwin atau yang berada dalam alam rumahtangga, kedua-duanya bakal teruji dan sedang teruji.
Moga kita semua sentiasa tenang, sabar dan reda dalam menempuhi apa jua ujian yang mendatang dalam hidup.
All the best, brother! You can do it, insya-Allah.

View more

Liked by: en.stranger

assalamu'alaikum...saya brother student uia ad penyakit OCD..ssh sgt nk fokus stdy...psycho sini psycho sana..ras nk bunuh diri pon ada..rase seksa je hidup...sedih sgt2,...spttnye boleh score tp x dpt score exam..fail, x dpt kerja, x dpt kahwin...huuuuuu..boleh bg tips?

Wa'alaikumussalam wbt. Saya simpati sangat-sangat dengan brother. Cuma saya harap, brother jangan patah semangat. Brother tak keseorangan yang ada penyakit itu. Saya dapat tahu ramai lagi. Ini ujian daripada Allah buat brother. Orang yang meminta untuk sabar memang senang, hanya yang melaluinya satu demi satu sahaja yang dapat merasa. Namun hakikatnya, yang diduga begini, hatinya kuat dan Allah tahu brother dapat hadapinya.
Boleh saya tanya. Bagaimana brother tahu yang memang brother ada OCD. Ada buat rawatan apa-apa ke? Sebab saya ada seorang kawan, yang beritahu dia ada OCD, tetapi sebenarnya bukan. Saya ada teman dia jumpa seorang lecturer di UIA, berkenaan masalah dia. Dan lecturer tu kata, kita tak boleh kata penyakit kita itu OCD melainkan dah ada bukti memang penyakit itu betul-betul OCD. Sebab kemungkinan penyakit lain.
Saya bukan ada certificate apa-apa dalam NLP atau apa-apa bidang Psikologi untuk bantu lebih mendalam. Saya cadangkan brother untuk jumpa seseorang yang terpercaya dan buat appointment. Sekurangnya, brother cuba usaha dan cari jalan untuk keluar daripada masalah ini.
Boleh saya tanya. Brother ada cerita dekat siapa-siapa tak tentang perkara ini? Atau pendam sendiri sahaja. Kalau rasa tak tahan nak tanggung seorang, cari sahabat yang boleh dipercayai untuk bercerita. Sekurangnya, ada yang mendengar. Tetapi itu mungkin agak susah juga sebenarnya, memandangkan bukan semua orang mahu faham.
Cuma saya mohon, brother tabahkan hati.
Tak ada masalah yang tidak ada jalan penyelesaian.
Percayalah.
Brother berhak untuk jalani kehidupan dengan gembira.
Kalau saya cadangkan brother jumpa lecturer tu boleh?

View more

Liked by: en.stranger

:)

terima kasih sudi singgah ke mari dan datang memberikan sedekah senyuman~ ^__^ jemput datang lagi ya!
psst. next visit bawalah buah tangan sekali. ekeke > __ <
Liked by: en.stranger

Next

Language: English