@RabiatulFaazra

Rabiatul Faazra

Ada tak tips atau doa nak tenang kan hati? Saya selalu rasa ada something wrong. Bila jadi je macam ni, saya istighfar tapi rasa tak tenang tu tetap datang jugak. Kadang2 saya jadi overthinking, lepas tu stress. Ada tips tak? Terima kasih

Bila ada rasa something wrong, dan buat hati tak tenang, mesti ada sesuatu yang awak fikirkan. Ada sesuatu yang terlalu difikirkan sehingga.. ya, overthinking.
Awak perlu jelas terlebih dahulu dengan apa yang awak fikirkan.
Selalunya fikiran yang negatif akan bawa perasaan yang negatif.
Cuba jelas andai ada apa-apa yang awak risaukan, atau apa yang terkilankan, atau apa-apa sahaja yang undang rasa tak sedap dalam hati.
Cuba tuliskan. Tuliskan semuanya.
Jangan simpan.
Tak ada orang lain yang akan baca. Awak seorang sahaja.
Jadi, keluarkan sahaja semuanya ya.
Dan awak evaluate satu-satu. Perlu atau tidak untuk ada perasaan itu pada suatu-suatu perkara yang tertentu.
Kadang-kadang kita terlalu berfikir akan perkara yang tidak perlu.
Bezakan antara perkara yang penting, kurang penting dan tidak penting.
Usah biar diri buang masa dengan berfikir perkara yang sia-sia.
Lepaskan apa yang tidak penting.
Lepaskan rasa takut, rasa bimbang, rasa risau dan rasa-rasa yang negatif.
Lepaskan.
Dan tersenyumlah.
Cubalah keluar dan melihat alam.
Cubalah lihat sekeliling.
Kalau ada meja dan katil yang tak bersusun, kemaskan.
Kalau diri sendiri terasa tidak terurus, rapikan.
Terkadang faktor yang kelihatan kecil ini juga boleh buat diri rasa serabut.
Kalau awak ada masalah, andai perlu, kongsilah dengan yang lain.
Mungkin itu akan kurangkan beban yang tanpa sedar buat dada sesak.
Dan yang paling penting, jangan terlalu banyak berfikir.
Kalau ada kerja, buat sampai siap.
Dan yang lagi penting, saat untuk kembali kepada Allah.
Cuba lagi istighfar dan bawa hati sekali.
Cari ketenangan dengan solat sunat taubat atau baca Al-Quran, dan baca sekali terjemahannya.
Hayati dan fahami.
Bawa hati awak jauh-jauh sekejap dari dunia.
Banyakkan fikir akhirat dan kematian.
Insya-Allah, awak akan dapat hati awak yang tenang itu kembali.
Cuba ya!
Liked by: en.stranger
❤️ Likes
show all
berkelama’s Profile Photo

Latest answers from Rabiatul Faazra

What you will do if your friend backstab you ?

Em. Sebaiknya tak berkawan dah tetapi tak ada tunjuk sangat. Hanya menjauhkan diri dan bersahabat dengan mereka yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mereka yang bawa positive vibes.

Between your dates or your friend mana penting ? For sure mesti la kawan kan ? But how if your friend actually in plan to backstab you ?

Kalau saya, dates itu suami sahaja. Jadi semestinya pilih suami lagi. Hihi. Tapi kalau soalannya dah tahu friend nak tikam belakang, baik dari awal tak pilih friend kan?

Terjumpa kulit ular dalam bilik. I is scared. What to do?

haaa camna ad kulit ular. dah check suma tempat x lagi. mungkin kena terangkan sikit kawasan biar binatang rasa tak boleh duduk situ

Assalamualaikum. Saya nak tanya, bila kita ambil asasi sains kemanusiaan di uia, automatically kita akan kna sambung ijzh di unvrsiti yg sama. But, lps hbis ijazah di unvrsiti trsbut, boleh tak nak sambung master di luar negara. Harap, saudari sudi menjawab.

Waalaikumussalam wbt. Maksudnya bila dah ambil aliran Human Sciences dari CFS hingga habis Degree di UIA, boleh atau tak nak sambung master luar negara kan? Setahu saya boleh, dan saya ada nampak juga dulu peluang-peluang untuk sambung oversea. Cuma HS ini banyak course kan, tak tahu course mana yang dimaksudkan sebab mesti lain-lain untuk tiap course. Nasihat saya, kalau perkara tentang ini, sebaiknya tanya lecturer-lecturer, lagi banyak pengalaman dan tahu lebih, boleh cuba google juga peluang-peluang yang ada. Apabila dah nampak jalan, cuba cari pula kawan yang pernah ke oversea, macam mana cara pembelajaran dan suasananya. Saya mahu cerita banyak, banyak saya tak tahu tentang ini. Tetapi saya boleh berikan pendapat tentang flow sahaja la ya. Terima kasih! ^__^

Assalamualaikum awak.saya ada terrrr suka kat sorang al hafiz ni, apa perlu saya buat?

Waalaikumussalam wbt awak. Terrrr suka ya. Ada beberapa step yang awak boleh buat.
1) Pendam sahaja perasaan tersebut. Dan tunggu sampai dia yang masuk melamar.
Atau.
2) Confess. Guna orang tengah yang dipercayai.
Yang paling penting untuk step yang ini.
Jelas dengan niat sendiri kenapa suka.
Semestinya suka sebab dia seorang calon imam yang dapat memimpin dan mendidik diri kita dengan baik. Kita suka sebab nak jalankan tanggungjawab dakwah bersama dia. Kita suka sebab kita tahu boleh hidup bahagia bersama dia dan sama-sama bina baitul muslim yang bahagia dan membahagiakan. Dan sebab-sebab yang lain.
Bila dengan ini. Mana-mana keputusan yang akan dapat nanti, diri kita akan reda.
Sebab segalanya baik.
Kalau dia terima maka baik untuk agama. Kalau dia tak terima pun, baik untuk agama.
Kerana Allah lebih tahu dan perancangan-Nya selalu yang terbaik.
All the best, sayang! ^__^

View more

smua jns soalan blh tnye ke? kalu soalan sensitip mcm mana?

Boleh tanya semua jenis soalan ya. :)
Nak sharing juga boleh.
Ruangan ini bukan bertindak untuk menjawab segala persoalan.
Anggap sahaja ini ruangan daripada seorang sahabat yang sudi mendengar.
Dan cuba berkongsi apa yang boleh dikongsikan.
Memandangkan ruangan ini boleh anonymous.
Moga dalam rahmat Allah sentiasa.

kenapa ye manusia meringan ringankan solat.adakah sebab dia tak rasa dekat dengan Allah.atau tak takut pembalasan.bagaimana nak lawan hasutan syaitan/rasa malas lalu meninggalkan solat

#Question at ask.fm/rabiatulfaazra
"kenapa ye manusia meringan ringankan solat.adakah sebab dia tak rasa dekat dengan Allah.atau tak takut pembalasan.bagaimana nak lawan hasutan syaitan/rasa malas lalu meninggalkan solat"
Kerana manusia tidak begitu mengenali dan mencintai Allah.
Tiap amalan yang terlaku hanya cukup untuk dihitung sebagai perlakuan pahala dan dosa.
Hamba yang punya rasa cinta dalam hati terhadap Pencipta, tiada sudah memandang akan ganjaran sebagai keutamaan, namun melakukan segalanya atas dasar cinta.
Tiada dipaksa-paksa.
Dan cintalah yang kebiasaannya mengekalkan perlakuan, rasa dan jiwa.
Bagaimana mahu mencintai Allah?
Itu memerlukan kepada zikir dan fikir.
Mahu menanam cinta ini bermula dari perkenalan.
Analoginya umpama cinta seseorang terhadap seorang kekasih.
Makin dikenali yang baiknya maka makin bertambah cinta dan sayang.
Dan Allah, Dialah Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah.
Harusnya, saat mengenali Dia, maka yang lain umpama sekadar sekilas pandangan sahaja.
Sudah tiada begitu bererti.
Pernah tahu bagaimana rasa cinta?
Melihat sesuatu yang berkaitan dirinya jua bisa mengembalikan ingatan tentangnya.
Melihat kata-kata yang pernah diucapkan buat kita juga mengembalikan ingatan kepadanya.
Saat merasa sedih dan kecewa, maka dia juga yang diingati untuk meluah segala rasa.
Saat diri mencapai apa-apa jua kejayaan, maka dia juga dituju untuk berkongsi rasa bahagia.
Itu contoh cinta terhadap ayah dan ibu.
Hubungan cinta sesama manusia itu juga mengajar bagaimana mahu bercinta dengan Allah.
Saat hati merasa resah, mahu benar segera ingin bertemu-Nya.
Meluah segala tangisan dan kedukaan dalam solat.
Kerana mengetahui bahawa hanya Dia yang bisa menyembuhkan dengan sebenar-benar kesembuhan.
Saat Al-Quran dan kalamullah tiada dibaca atau tiada didengari sehari sahaja, hati sudah mula tidak tentu arah.
Umpama tiada bisa menemui yang dia yang tersayang, maka dunia ini sudah terasa tunggang terbaliknya.
Kerana rindu. Rindu akan kata-kataNya. Terasa sesak jiwa saat tidak meneliti kalam-Nya.
Cinta juga membawa kepada ingatan tiap saat.
Alam ini cukup luas untuk membawa ingatan kembali kepada-Nya.
Lihat jari-jemari yang penuh berseliratan urat. Bagaimana hebatnya Dia Yang Menciptakan.
Maka dengan itu, kita sebagai hamba harus memanfaatkan sebaiknya kurniaan ini.
Tidak boleh malas bekerja. Tidak boleh malas beribadah.
Gunakan kelebihan yang dikurniakan Allah untuk membantu manusia lain.
Itu baru satu.
Belum berbicara mengenai kaki, mulut, mata, telinga.
Belum berbicara tentang udara, angin, awan, hujan.
Pendek kata.
Belajarlah mengenali Allah.
Belajarlah mencintai Allah.
Kerana cinta, segala suruhannya akan dipatuhi.
Kerana cinta, segala larangannya akan dijauhi.
Dan kerana cinta Allah, yang bisa membawa diri kembali kepada-Nya.
Dengan sebenar-benar kembali.

View more

Language: English