@Cik_Sederhana

Hamba Allah

Ask @Cik_Sederhana

Sort by:

LatestTop

*

Cik_Sederhana’s Profile PhotoHamba Allah
Assalamualaikum. Sahabat-sahabat yang dirahmati oleh Allah sekalian.
.
Ingin saya katakan disini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kalian andai ada salah dan silap sama ada saya sedar atau pun tidak. Saya ingin memohon maaf.
.
Andai ada salah yang buat kalian terasa.
Andai ada soalan yang tidak puas hati dijiwa.
Andai ada jawapan yang menggores nestapa.
Andai ada soalan yang tertangguh lama.
Andai ada soalan yang salah faktanya.
Andai ada saja salah sepanjang saya di ask.fm ini.
.
Mohon maaf daripada kalian.
Sesungguhnya, saya hanya manusia biasa. Salah dan silap perkara biasa bagi pendosa seperti saya. Dalam proses menuntut ilmu bagi memperkasa diri dan membetulkan khilaf yang ada.
.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian atas ilmu yang dikongsi bersama, sama ada sedar atau pun tidak. Jujur, banyak perkara baru yang saya peroleh sepanjang mempunyai ask.fm ini. Mohon halalkan segala yang kalian beri pada saya. Terutama ilmu Allah yang amat luas ini. Syukran jiddan.
.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. Doa saya ada bersama kalian sahabat-sahabat alam maya saya. Moga dirahmati oleh Allah sentiasa.
.
Sama ada yang mengenali saya secara langsung atau pun tidak langsung, mohon untuk memaafkan kesalahan saya. Andai ada dosa saya pada kalian, saya mohon maaf. Janganlah dibawa sehingga akhirat. Moga kita semua diberkati oleh Allah dan diberikan kehidupan yang tenang diredhai Pencipta.
.
Maaf untuk segalanya.
Maaf untuk soalan yang tak berjawab.
Ask.fm ini mungkin hanya sampai saat ini.
Terima kasih sahabat.
.
Asiif jiddan. Barakallahufeekum.
Allahua'lam.

View more

Liked by: Fernanda iAsomm

Bahasa arab dengan bahasa inggeris mana susah?

Dua dua ada keistimewaan tersendiri.
Dua dua ada susah senangnya.
.
Yang mana susah?
Ikut individu itu sendiri.
Ada orang minat bahasa Arab jadinya bagi dia bahasa Inggeris itu susah sikit dan sebaliknya.
.
Kalau saya, saya rasa bahasa Inggeris mungkin susah berbanding bahasa Arab.
Sebab bahasa Inggeris mungkin agak kompleks berbanding bahasa Arab.
.
Tapi kalau nak ikutkan dua dua sama saja.
Ada susah dan senangnya.
Setiap bahasa ada hukum grammar, peribahasa semua.
.
In shaa Allah, kalau belajar dengan baik untuk mendalami bahasa, mesti akan jadi senang. Lebih bagus kalau ada minat. In shaa Allah.
.
Hanya pendapat. Asiif jiddan. Wallahua'lam.

Related users

start menyampah dengan orang yang buat dubmash ni, lelaki perempuan sama je tengok! apa yang dibangga sangat pun tak tahu! dunia oh dunia! nazak habis!

Doakan untuk umat akhir zaman sekarang. Moga kita semua diberikan hidayah dan tetap taat pada Allah. Allahumma ameen. Allahua'lam.

Patut atau tak, kitaa berkawan dahulu dengan seseorang itu sebelum nikah? give me reason?

Berkawan tak salah. Tapi ikhtilat kena jaga. Masih ada batas antara ajnabi. Berurusan apabila ada perkara penting sahaja. Wallahua'lam.

Assalamualaikum mengapakah manusia kini pergi kemana sahaja mesti membawa gadjet?

Waalaikumussalam. Mungkin gadjet itu perlu waktu kecemasan.

betul ke kita dianggap brtunang klau kita brsetuju sekiranya kita ingin brkahwin dgn seseorg. cth : “sye brsetuju akn brkahwin ngn awk 2 tahun lg". mknanya klau xde tnda mcm cincin pun x pe. aslkn memasing dah baligh & brsetuju. betul ke?

Maaf. Mohon bertanya kepada yang lebih arif.
Maaf.

Assalamualaikum.. sebagai seorang pelajar, jgn kedekut berkongsi ilmu dgn kwn2..sebarkanlah ilmu, seperti kita sebarkan senyuman/salam..persoalannya, berapa byk ilmu yg telah kita kongsi?

Waalaikumussalam. Betul. Kita tak boleh kedekut ilmu. Ilmu Allah itu luas dan perlu disebarkan.
.
Sebarkan ilmu yang bermanfaat.
.
Allahua'lam. Hanya Allah yang tahu berapa banyak ilmu itu telah dikongsi.
.
Terima kasih atas peringatan. Syukran jiddan.

minat anime tak..?? kalo minat anime pe yang best..??

Tak adalah minat sangat. Dah lama tak tengok anime. Tapi saya minat Yugi Oh dengan Digimon. Best ever :)

sis,ada buku yg menarik untuk dibaca? share pls

Pendapat saya buku-buku ni best. Trylah baca nanti.
.
*Tarbiyah Sentap
*Catatan Matluthfi
*Beduk Diketuk
*Bicara Ini Demi Ilahi
.
Wallahua'lam.

salam akak,hmm takutnya dapat study jauh2.lagipun saya ni tak perrnah duduk asrma life takut tk.boleh nak survive.hmm

Waalaikumussalam,adik :)
.
Alhamdulillah,tahniah sebab dapat further study jauh-jauh.Bersyukurlah adik.Bukan senang tau nak dapat peluang keemasan macam tu,kalau boleh jangan lepaskan.Grab it!
.
Risau duduk jauh? Tak pernah duduk asrama? ;)
.
Jangan risau adik.Tu bermakna perjalanan hidup adik baru bermula.Mungkin dulu adik dalam zon selesa dan sekarang adik bakal pergi kepada zon yang lebih mencabar.
.
Suka adventure? Kalau adik suka kepada perkara baru,mungkin mudah untuk adik survive dekat dunia 'luar' ni.Perjalanan selepas SPM teramatlah mencabar,itu belum masuk alam pekerjaan lagi tau.
.
Susah senang lumrah hidup adik.Biarpun adik tak pernah duduk asrama,adik akan melalui saat segalanya adik perlu buat sendiri.Lepas ni adik kena basuh baju sendiri,gosok baju sendiri,apa-apa yang selalunya ada orang yang tolong adik buat,adik kena buat semuanya sendiri.
.
Itulah pengalaman adik.Pengalaman mendewasakan seseorang.Adik jangan risau sebab tak teruk pun hidup adik kalau adik tak 'pilih' jalan yang 'salah'.
.
Hidup dekat 'dunia universiti/luar' memang mencabar.Kalau tak mencabar tu,bukan hidup namanya :) Waktu ni,adik akan belajar banyak perkara,dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.
Emosi,mental,fizikal kena seimbang,stabil.Jangan mudah melenting.
.
Hidup dekat 'luar' ni,adik kena pandai pilih kawan sebab pengaruh kawan sangat kuat.Nak lagi,kalau adik further study dekat luar negara atau masih dalam negara tapi jauh dari tempat tinggal adik.Kawan...peranan dia amat besar.Jadinya,adik kena pandai pilih kawan yang okey dan boleh 'masuk' dengan adik.
.
Lagi satu,iman dan jati diri kena kuat,dik ;) sebab banyak dugaan dan ujian hidup dekat dunia 'luar' ni.Jangan mudah futur,jangan mudah kalah dengan godaan nafsu dan syaitan.Jangan buat perkara yang bukan-bukan.Pesan akak,nak buat apa-apa,ingat ibu ayah dulu :)
.
Macam tak menjawab soalan je kan? #$%*$%&#
Maaf adik.
.
Tapi tu aje la yang akak nak cakap,kalau adik dah pilih untuk belajar jauh daripada keluarga,lepas ni adik kena buat semuanya sendiri.Adik jangan risau,kadang orang yang tak duduk asrama lagi bagus daripada orang yang duduk asrama.Pilihan ada dalam tangan,sama ada nak atau tak nak.Belajar jadi lebih baik daripada orang yang duduk asrama.Pandai berdikari.Penting.
.
Kalau tak pernah duduk asrama,adik kena belajar.Belajar sesuaikan diri dekat tempat baru.Bergaul dengan kawan-kawan,belajar sama-sama macam mana nak hidup bahagia kat tempat baru.In shaa Allah,adik boleh.
.
Jangan takutlah.Allah ada.Selagi ada Allah,DIA akan jaga adik.Cumanya,adik kena dekat DIA dan segala urusan dunia akhirat adik baik-baik saja,in shaa Allah =)
.
Allahua'lam.Aasiif jiddan.

View more

Liked by: mvisvrvh

"Manusia dalam hatinya penuh kegelapan. Sebab kegelapanlah kita tidak dapat melihat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW itu adalah 'Nur'. Mana mungkin 'Nur' dan kegelapan boleh disatukan. Jika ingin hilangkan kegelapan dalam hati ialah dengan BERSELAWAT". . (Al-Habib Kadzim bin Jaafar As-Saggaf)

Tabarakallah.
.
"Semakin kalian banyak Berselawat, semakin Baginda akan mengenalimu."
.
-Habib Ali Zainal Abidin Alkaff-
.
Nak syafaat Baginda? Perbanyakkanlah selawat,moga Baginda akan mengenali kita kelak.
.
Syukran jiddan atas tazkirah ini.
.
Nanti kongsi lagi ya :)
.
Jazakillahu khairan jaza.Moga Allah merahmatimu sentiasa =)
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Sabda Rasulullah SAW- "Iman seseorang hamba Allah tidak akan lurus sebelum hatinya lurus, dan hatinya tidak akan lurus sebelum lidahnya lurus." [sollu 'alan nabiy]^^

Tabarakallah.
.
Jazakillah atas tazkirah ini.
.
Mohon bagi saya lagi ya apa-apa bentuk tazkirah sekalipun.
.
Sangat bermanfaat.
.
Syukran jiddan.
.
Barakallahufeeq =)
.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

*

Cik_Sederhana’s Profile PhotoHamba Allah
Sebenarnya sukar nak nilai manusia yang benar-benar ikhlas dalam persahabatan & perkenalan. Jadi , kita doa banyak-banyak. Andai manusia itu ikhlas moga Allah dekatkan dan andainya ada niat buruk dalam dirinya moga dijauhkan selamanya. Be positive & stay smile.
Liked by: ميرا

Perempuan . Dedah sana . Dedah sini . Tarik sikit . Lalu apa yang surprise untuk suami ? Pikir dedalam wehh . Adioss ! :: Q U O T E ::

Myraniss’s Profile Photoميرا
Tabarakallah :)
.
Kewajipan menutup aurat tu dah temaktub dalam Al-Quran.
Hidayah dah lama datang sejak zaman Nabi lagi.
.
Kenapa masih ada perempuan yang bangga menayang aurat kepada ajnabi? Semuanya berbalik pada diri,pada hati.
.
Diri dan hati tak nak ikut suruhan Allah,didikan Rasulullah.
Salah siapa? Didikan ibu bapa dan guru menjadi faktor jua namun sebenarnya,diri sendiri yang memainkan peranan.
.
Jika dinasihat tak jalan,ditegur seperti tiada apa-apa.
Adakah itu dikatakan masih mempunyai iman?
.
Muslimat,dirimu begitu berharga.Limited edition.Hanya yang halal saja yang berhak ke atasmu.Jangan murahkan diri untuk publisiti.
.
Jangan jadi perempuan yang indah pada mata ajnabi tetapi hina pada pandangan Tuhan.Jangan.
.
Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
.
Jadilah muslimah bukan perempuan.
.
Tutuplah auratmu sayang.
.
Allahua'lam.Aasiif jiddan.Jazakillah =)

View more

Liked by: ميرا

*

Cik_Sederhana’s Profile PhotoHamba Allah
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS
.
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias
.
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal
.
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus
.
5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- Ustaz haslin baharin
.
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
- Al-Habib Ali Zainal
.
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
.
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.
.
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani
.
10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"
.
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol Juoi-
.
( Perkongsian daripada sahabat )
.
Allahua'lam.Aasiff jiddan.

View more

Next

Language: English