@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

❤️ Likes
show all
muhammadmadan’s Profile Photo

Latest answers from خويدم لطالب العلم

Macam mana nak layan orang yang kita suka? I’m not a people pleaser.

Layan dia macam mana kita suka dia layan kita. Begitulah kalau nak buat apa-apa, layan sepertimana kita nak kita dilayan kalau kita berada ditempat dia.

Buat apa sekarang?

Kerja sebagai penterjemah bawah Ruwaq Jawi. Buat masa ni, tengah dalam proses semakan kitab ulum hadis, at-Tazkirah tulisan Imam Ibnu Mulaqqin.

Assalamualaikum mail, saya nak tanya. Klau saya post gambar saya di kedai makan. Di belakang saya ada a muslim woman yg free hair. Adakah saya menanggung dosa dia?

Waalaikumussalam. hmm... memang sengaja bergambar bagi dia ada ke, or tak sengaja? Apa-apa pun, basicnya ialah kita takkan tanggung dosa sesiapa pun melainkan benda tu ada dalil dalam agama yang tetapkan. Macam tulah kaedah dia.
Jadi itu pilihan dia. Dia yang pilih untuk tidak bertudung waktu tu sedangkan dah sampai umur yang wajib dia bertudung. Tambah pulak kalau memang tak sengaja termasuk, nak buat macam mana.

da tahu dia tunangan orang .. pi kacau lgi watpe ??

orang macam ni kena tegur. tapi tegur la elok-elok. dan kalau dia tak makan tegur, cuba ingatkan dia bahawa kacau tunang orang tu berdosa. takutkan dia dengan benda tu.

Sekarang kan ada pemeran kayu sugi, ekstrak peluh Rasulullah SAW dekat Madrasah Darul Uloom, Sg Buloh. Masa saya share iklan tu, ada kawan pm saya tanya, peluh tu tak tersejat ke..? Minta maaf saya tak tahu.

Semua athar atau tinggalan nabi yang sabit setahu saya zaman ni, diorang ada silsilah penjaga dia. Maknanya athar tu dijaga dari satu generasi, ke generasi seterusnya dan semua generasi2 tu nama mereka direkod. Tapi untuk semacam yg disebut atas ni, saya tak pasti, sebab kadanag-kadang ianya cuma dakwaan tanpa bukti. Tapi kalau sangka baik kita sekalipun ianya benar peluh nabi, kenapa ia tak tersejat, boleh jadi itu sebahagian daripada keistimewaan Rasulullah yang tiada pada makhluk selain baginda. Wallahualam.

Apa yang buat Mail jatuh cinta dengan bidang hadis? (If you mind sharing).

Bidang hadis ni saya minat tapi biasa-biasa je. Sampai bila saya masuk stam dan antara subjek kami mustolah hadis. Alhamdulillah, saya tak tahu kenapa tapi Allah mudahkan saya faham segala istilah-istilah dia. Dan disebabkan itu, markah saya melebih markah kawan-kawan yang jauh lagi pandai dari saya. Akhirnya bila nak cari mentor untuk setiap subjek, saya jadi mentor untuk subjek tu.
Saya cuma hairan kenapa bila berkaitan dengan hadis je, seolah-olah macam saya lagi mudah faham dari orang lain. Tapi saya tak pandang tu sebagai apa-apa kelebihan pun. Dan beberapa kali jugak saya tanya diri saya, betul ke hadis ni bidang yang kau nak sambung nanti? Dan soalan tu tergantung, sampailah bila bangkit isu-isu berkaitan doktor phd bidang hadis.
Saya tertarik banyak dengan isu-isu yang beliau bangkitkan. Saya tahu ada beberapa pendapat beliau yang tidak selari dengan pendapat asatizah yang lain. Tapi saya kira tiada siapa yang mampu menjawab kritikan-kiritikan ilmiah terutama berkaitan hadis yang beliau berikan. Kalau ada yang membalas pun, saya tak nampak ianya ilmiah dan hujah yang berbalas hujah. Bila dikempenkan semak hadis pada orang awam oleh doktor berkenaan, lagi tambahkan keinginan diri saya untuk kuasai bidang ni. Biar saya yang buktikan dan sebutkan yang mana yang salah dari cara beliau.
Lalu akhirnya sebelum saya terbang ke Mesir, saya beli satu buku terjemahan Indonesia kitab Syeikh Muhammad Abu Syahbab, tentang hadis dan para muhaddisun. Saya cuba buat ianya sebagai bacaan harian saya, dan hari demi hari, makin jatuh cinta saya dalam ilmu tersebut. Saya kemudian nekad, memang saya akan sambung belajar dan mendalami hadis semampu yang saya boleh, setinggi yang saya mampu. Jika ke phd, maka phd lah ia!
Bila saya sampai ke Mesir, saya terus wajibkan diri saya hadir kelas hadis dan ulum hadis. Lalu saya dilorongkan untuk mengenali dan mulazamah dengan kelas Syeikh Abdul Wahid. Syeikh Wahid lah yang pertama ajarkan saya mustolah hadis di Mesir dan ketika itu di Pusat Pengajian Ruwaq Jawi kitab Nuzhatun Nazhor. Walaupun waktu tu saya kira kurang 10% saya faham dari kelas, tapi saya yakin yang ilmu itu bukan sekali dengar terus faham. Bukan boleh disuap, tapi perlukan usaha dari diri sendiri juga. Lalu saya cuba belajar, fahamkan, baca sebelum kelas dan lain-lain. Dan bila dah faham, baru rasa manisnya kelas. Alhamdulillah.
Dan kemudian dengan perantaraan Syeikh Sayyid Syaltut, saya berkenalan dengan Syeikh Aiman Ariff. Dan dari Syeikh Aiman lah saya belajar aplikasi segala pengetahuan dan kaedah ilmu hadis yang saya belajar pada hadis-hadis, sehinggalah ke hari ini. Jadilah dua Syeikh ini jambatan saya mengenali dan mendalami ilmu hadis.
Tetapi yang sentiasa memberikan saya inspirasi dan cinta pada ilmu hadis adalah Syeikh Ahmad Maabad. Syeikh pada muhaddis-muhaddis Mesir. Syeikh Ahmad lah Syeikh yang sentiasa membakar himmah saya untuk terus membaca, mengkaji dan mendalami ilmu hadis. Wallahualam.

View more

are you still currently in Mesir? By any chance do you know Ustaz Nizam alBanjari?

tahu dari qasidah2 beliau je. jumpa tak pernah

Idk how to start but ive known you since 4 years ago... through askfm. I read abit of your writings on ur blog..? And some updates on fb.. كيف سأقول لك...صعب أن أقول...أستحي أن أقول... وربما عرفت قصدي ..؟؟

أي شيء تريد؟

Mail musim covid ni kat Mesir je ke tak balik Malaysia?

balik dah alhamdulillah. nak balik sana balik tak tahu bila

Language: English